Pages

Wednesday, October 5, 2011

Pergi dan Hilang



tingkap ni lah, mana lagi


    Sembuh masih diharap tiba. 3 bulan sudah berlalu semenjak pemergian Sophie. Seketika kadangnya masih terngiang gelak tawanya mengimbau seribu satu memori sewaktu bersama. 6 tahun bersama bukan calang sayangnya dari diriku. Hanya Tuhan saja yang tahu. Ku tongkat dagu dalam helaian angin malam mendayu seakan memujuk hatiku. Pasrah. Tingkap ini ku rasa seperti mendesah melihat riak wajahku. Ku biarkan ia begitu. Lampu di kamarku terpasang dan kemalasanku memuncak untuk mamadamkannya. Biarkan saja. Dah namanya malas, memang aku malas.


-----------------------------------------------------------------------


Kekasih pergi tak kembali.

Pengertian 'pergi' itu ada seribu satu cara, seribu satu cerita. Pergi mampus sama cerita kekasih atau apa pun kehilangan yang korang rasa aku nak terangkan. Aku cuma mahu bebel tentang

PERGI.


Segalanya datang dan pergi. Dalam persahabatan, cinta, duit dan macam - macam lagilah yang korang nak letak. Sedangkan kereta pun belum habis bayar hutang, dah bukak loan baru tukar kereta lain. Motor ex5 datang pada awalnya tetapi terpaksa pergi untuk toyota vios yang akan memenuhi ruang parkir kereta.

Untuk remaja belasan tahun zaman la ni memang bila berborak pastinya cerita cinta nombor satu. Biasalah tu, dah itu benda paling best kan zaman sekarang, nak buat macam mana. Maksiat kan memang best, sebab tu orang buat ye tak. Korang teruskan agenda korang, dan kitorang akan terus menganjing korang yang melakukannya termasuk diri aku sendiri. Ianya adil bukan?

Kekasih yang pergi sama ada mati atau pergi ke orang lain memang menyedihkan. Tapi rileks! Jangan terbawa - bawa melampau. Kalaulah betul si dia sayangkan anda, si dia pastinya tidak suka lihat kau bersedih. Korang nak bersedih gak? Maknanya korang macam lukakan hati si dia yang menyayangi korang. Untuk yang kekasih lari kepada orang lain tu pun janganlah terbawa - bawa sehingga melibatkan unsur - unsur memusnahkan diri seterusnya mencampakkan jasad ke dalam api neraka tanpa dihisab.

Sedih?


Memang sedih, tapi itu semua dicampakkan kepada kamu sebagai pengajaran dan juga pengalaman. Walau apa pun berlaku, try to be positive. Kau muda lagi, ada masa depan bagai. Takkan kerana cinta remaja ada yang nak balas dendamlah, cederakan dirilah bagai. Itu perbuatan yang tidak matang!

Biasanya kaum lelaki ni ada yang suka mencederakan diri untuk tarik perhatian dan meminta belas kasihan dari si hawa. Bila gaduh sedikit je, mulalah telan pil lah, bawak motor lelajula, layan ganja, hisap rokok 5 kotak sehari dan macam - macam lagi benda bodoh yang ditampilkan. Memang, aku pasti kaum hawa ni akan rasa serba salah dan akan memberi perhatian pada korang, tetapi sejujurnya dari aku, semua kelakuan tu amatlah bodoh. Ianya menjatuhkan saham sebagai seorang lelaki dan turut merosakkan maruah dan reputasi sebagai golongan pemimpin ni.

suicide?


Tutup cerita kekasih. Panjang sangat kang aku mencarut.


Perkataan pergi itu sendiri menunjukkan akan kehilangan sesuatu. Kenapa ia pergi? Kerana ia pernah datang pada kita dan setelah kita kehilangannya, itulah timbulnya pergi. Mungkin juga sebaliknya.

Bila barang yang kita sayang hilang, kita akan doa, cari dan tawakkal jika masih tak jumpa. Macam tu lah yang patut kita lakukan pada semua entiti yang kita sayang jika ia pergi. Jika sikap pemaaf kita hilang dengan timbulnya sikap baru iaitu panas baran, cuba kaji balik mana silapnya, apa sebabnya jadi macam tu. Cari puncanya, kenal masalah sebenar, baru mudah kita nak atasi dan ubah kepada sikap pemaaf yang dahulu.


" Bro, kalau gua dari dulu dah memang jahat nak buat macam mana? apa benda yang gua nak cari balik ni? "


Itu mungkin masalah yang mungkin ada manusia persoalkan. Dikatanya dia tak mampu nak berubah kerana dia tidak pernah mengenal erti 'BAIK'.

Itu hanyalah alasan. yang wujud adalah antara hendak berubah atau tidak. Itu sahaja. Kerana apa? Kerana kita memang dilahirkan suci! Mana ada orang lahir - lahir je dah set dalam kepala nak jual dadah. Kita lahir - lahir dalam keadaan bodoh tak tahu apa - apa dan sekeliling yang kita rasa dari pancaindera kita itulah yang mengajar kita.


So, ada apa lagi alasan untuk kita berubah ke arah kebaikan?


Banyak lagi alasan yang boleh kita buat. Sebab aku sendiri pun nak merubah kebiasaan tu sangat susah. Cukuplah nak suruh aku berhenti hisap rokok. Dah sangat susah dah. Nak berhenti, tapi bila terbau asap rokok orang lain hisap sampai ke akal kotor aku lagi tu nikmatnya rokok. Dem betul.


--------------------------------------------------------------------------

buah blog namanya ni.


Ok, sangat lari dari tajuk yang asalnya aku ingin bahaskan. Tapi bagi yang selalu baca blog aku memang dah terbiasalah aku lari dari tajuk. Korang lak tak tegur, memang aku tak tahulah kan. Lantaklah, janji aku dapat meluahkan sesuatu tuk tatapan umum. Nak cerita pasal awek, aku tak ada awek. Kalau dah ada, silaplah para pembaca, memang aku cerita aku dating kat mall lah untuk korang muntahkan blog aku serta merta. Gurau.

Hari sudah malam semasa aku menghabiskan taipan 48 minit aku ini. Dah cukup masa menaip. Para pembaca pun dah habislah baca entry ni kalau dia tak skip ke bawah terus. Boleh bersurai sekarang. haha

Selamat semua! :D

aku nak tidur dalam chamber ni.


*bila hari rabu, orang letak gambar je dan aku mesti lupa akannya.
**bila hari rabu je, aku sesorang buat entry berjela. HAHA
*** layan jela ye sayangku semua.

18 comments:

APi said...

pilihan itu tetap ada..
terpulang kepada kita untuk memilihnya..

Miss Dolce and Gabbana said...

haha.kena batang hidung guwa sendiri. :)

Eyka said...

sygg ci cun..muahhh! euwww~ hahaha ;p

RepublicAku said...

tajuk lain mula lain dan akhirnya lain ...itu biasa ...keh3

Nin Ahmad ツ said...

Aku pernah rs hilang dengan cara PERGI.kawan baik dgn kekasih sendiri.Perit dan pedih.Tapi mcm biasa hdp kena di teruskan.

Kalau aku taip komen pepanjang lagi,sah sah aku akan jiwang.kbai.haha

kaizen said...

aku rase baik ko dgr lagu pergilah ayu by fabulous cats.... lagu tu sbgai komen aku amacam??

Hakim said...

abang..abang dah lari taj...ah,dem!

Nor Solehah said...

haa , betul betul .
jgn nak asyk cakap diri kite ni jahat je . biasalah tu kalau penah buat kesilapan , nama pun manusia . takde yg perfect kan ? ( :
kalau nak fikir psl mult org , smpai bila bila tak hbs . hehe
ok laa , best ^^
tc haikal ( :

norinaomar said...

aku rasa semua orang pernah rasa kehilangan tu..

haikalblank said...

api : kita yang punya kuasa memilih

Miss Dolce: sengetkan hidung ke kiri sedikit, biarkan kena pada pipi. tak sakit sangat. haha

Eyka : jangan menyayangiku, aku tidak layak. HAHA bongek!

RepublicAku: kebiasaan itu kelakar. kehkeh

NinAhmad: jangan risau, jiwang itu cool. err....selagi tak melampau! hehe

Solehah : aduh, asal macam terkena batang hidung aku lak? pedih! pedih! hehe

Cikgu Noi : semua pernah rasa, cuma kisahnya berbeda. :D

Zulfikar Hazri said...

layan ganja tu sedap tak haikal?

>;)

missSenget said...

oi...oi...da lari tajuk..

ok..aku da lepas..sebab da tegur..jgn tuntut kat akhirat.. :P


ko kene bahagia.. kalo dia bahagia..
x kan nk die bergembira dengan orang lain, tp ko sedih sorang2..


hye..nk ngurat bole?

haikalblank said...

zulfikar: haha soalan cepumas. memang sedaplah jawaban aku. tpi para pembaca jangan try! kang tak terkawal, jadi najis dadah nanti. puihh~

miss senget:haha dia dah bahagia, dan kau kena bahagia. cool ayat tu. hehe.

ehem, ini bukan kawasan mengurat. hahahaha

adwafarahin said...

yg hilang akan berganti insyaAllah ada yg lebih baik menunggu :)

Si DauN CeRi said...

aku tak selalu mengalami kehilangan/pemergian. kowt. tapi aku slalu rasa mcm chipsmore. kejap ada, kejap takde. itu maknanya apakah?


*garu kepala*

Amirah Jafri said...

relaks.. patah tumbuh hilang berganti.. *tu orang yang kata* tapi bagi yang memikul masalah cinta, hanya hati dia yang tahu kan... yang penting jangan buat apa2 yang xpatut lah macam haikal cakap hisap rokok semua tu.. kita masih ada kawan, keluarga, dah yang penting kita masih punya sang pencipta ; ALLAH swt :)

hanaahmad said...

patah tumbuh hilang berganti bro. :)

| cik azeya | said...

banyak2 benda dalam dunia nih, gua paling benci orang tinggalkan gua.


gua rasa tak aci.


sungguh.