Pages

Monday, August 8, 2011

Rakan - Rakan dalam Kehidupan


Kosong

Itulah keadaannya seawal kelahiran kita ke dunia yang penuh pancaroba ini. Kita dilahirkan di dalam keadaan yang suci tanpa dosa ibarat kain putih suci yang hanya menunggu masa untuk dicorakkan oleh dunia demi mencapai keredhaanNYA semata – mata.

Dalam proses pencorakan itu pasti ada pro dan kontranya kerana permasalahan dan kehidupan manusia itu tercipta dengan berbeda – beda. Tiada yang sempurna dan serupa. Masing – masing ada kisah masing – masing. Ada manusia yang berusaha mengejar akhirat, ada yang semata – mata dunia dan ada yang tidak kisah langsung akan dunia dan akhirat. Bermacam ragam bukan?

Environment sekeliling kita yang mencorak budaya kehidupan kita. Family mengambil tempat utama dan Rakan – rakan menjadi punca utama. Punca dan tempat itu aku asingkan pada dua entiti yang berbeza kerana padaku, family mencorak dasarnya, dan rakan – rakanlah yang merealisasikannya. Keluargalah yang menetapkan rakan jenis apa yang sesuai dengan kamu. Mereka yang bertanggungjawab mengawal kehidupan awal kamu.

environment memang mempengaruhi. huh!



Lain Cara Hidup, Lain Masalah


Berkait dengan kehidupan yang berbeza itulah, kita akan berhadapan dengan topik permasalahan yang berbeza. Kita ambil contoh masalah dihadapi si kaya dan si miskin, ianya berlainan bukan? Permasalahan si kaya sinonimnya dengan drama Seberang di televisyen. Masalah cinta tak kesampaian, perebutan harta, anak angkat dan sebagainya manakala permasalahan dari cerita si miskin selalunya tentang tak cukup makan, menjual diri demi menyara keluarga, menjadi gangster ( tribute to KL GANGSTER,2011 ) dan lain – lain lagi.

Itu masalah besar yang sering ditonjolkan di dalam drama, belum lagi masalah – masalah kecil yang juga sangat merunsingkan yang melanda kita seharian. Dengan tak cukup duit nak bayar hutang, kerja bertimbun, ada gaduh mulut dengan budak ofis lah, awek merajuk dan macam – macam lagi masalah yang sudah menjadi rutin seharian kita.


RAKAN Akrab.

Aku percaya kita semua pasti ada rakan baik di dalam kehidupan kita lebih – lebih lagi remaja yang belum berkahwin. Kepada dialah kita mengadu segala masalah tidak kiralah lelaki atau perempuan yang pastinya seorang rakan yang kita letakkan title ‘true sahabat’ kira kawan akrablah lebih kurang.

Dari mana munculnya rakan baik itu? Pastinya dari salah seorang rakan – rakan kita yang sebelumnya bukanlah baik sangat, tetapi kerana faktor masa dan sosial merapatkan hubungan sehingga menjadi rakan baik. Kebiasaannya rakan baik kita pastinya ada sedikit persamaan dengan kita tidak kiralah gaya pemikirannya, sosialnya, pakaiannya, taraf hidupnya, kerjanya dan macam – macam lagi genre kehidupan yang lain.





Fungsi RAKAN

Dari persamaan dalam salah satu gaya hidup kita seperti contoh kujelas di atas, aku klasifikasikan rakan itu amat mempengaruhi kehidupan kita. Jika ada masalah contohnya, sebelum bertanya siapa – siapa seperti kaunselor, atau siapa sahaja golongan professional untuk membantu, pasti saja kita bertanya dahulu kepada kawan baik kita akan pendapat dia akan masalah kita. Dan kita juga lebih mudah mempercayai nasihat dari rakan – rakan kita dan kadangkala kita menyelesaikan sesuatu masalah berdasarkan pengalaman rakan karib kita sendiri kan?

Itu normal, aku juga begitu.

Oleh kerana itulah ramai manusia simpulkan bahawa pengaruh rakan itu amat besar dalam mencorak hidup kita. Fungsinya seperti jiwa kita yang kedua atau bayang – bayang kita yang bergerak seiring dengan kita. Walau jasadnya jauh, tapi hati dan perwatakan masih ada persamaan. Rakan karib itu lebih dekat di hati kita dan pengaruhnya amat besar.


Nasihat Dari rakan

Oleh kerana pengaruhnya yang besar dalam kehidupan kita, nasihat dari seorang RAKAN inilah yang paling penting. Kalau nak mengharap nasihat orang alim, guru – guru, pendita – pendita, untuk orang yang hatinya dah kelam dan keras macam aku, memang susah. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Tetapi bila sahabat baik yang menasihati kita, pemikiran kita lebih terbuka untuk mendengar dan sekaligus menghayatinya. Kerana kita ada sifat ‘percaya’ pada rakan karib kita. Kita nampak keikhlasan dia menasihati, tujuan dia menasihati. Kita rasa dia menasihati kerana dia sayangkan kita, bukan sekadar cerita lebat ataupun ada agenda lain.

Percaya itulah yang penting.



Bagaimana untuk mencari rakan yang sesuai?


SAMBUNGANNYA DI SINI.




16 comments:

K said...

rakan memang kena pandai pilih, kita pon kena pandai jaga diri :)

deanzofq said...

kawan gak ley mkn kawanny sendiri.. pikir2kan.. @@

Haikal Blank said...

yeah, dan kita akan pandai jaga diri dengan beberapa sebab antaranya pengalaman berkawan. :D

Deanzofq : yang makan kawan itu bukanlah kawan yang menasihati. aku ada jelaskan pada sambungan entry ini.

littledolphin said...

pastikah kalau kita kawan baik dengan orang tu,orang tu lebih senang terima nasihat? well mungkin mudah nak dengar dan x mudah melenting,tapi menerima?

sebab...

saya ada kawan dengan beberapa org(jadi member rapatlah kira),dan mereka ni dari satu sudut,baik tapi dalam masa yang sama memang boleh dikatakan jauh betul dari agama.kebanyakan masa saya diam je.tapi ada jugak masanya saya tegur sikit2.

and depan saya,macam konon-kononya ada kesedaran sikit-sikit.tapi dengan org lain,duk mencanang-canangkan apa yang dia buat. dan saya tahu dia tak sembahyang.bila ajak,dia bagi alasan solat dia tak sempurna.haih.

dengan saya dia kata dia dah x minum arak,tapi dengan org lain dia kata dia masih minum.

pendek kata,saya tak tahu nak kata apa dah. tapi satu benda yang bagus pasal dia lah,dia buat benda2 gitu pun,dia tak ajak/desak org.sebab tu saya masih rasa selamat walaupun kawan dengan dia.

tapi still benda2 yang dia buat tu tetap salah.so suggestion?

apelyna said...

kte kena sntisa pndai pilih kawan.
kawan dengan orang2 berilmu, org2 alim yang sentiasa berusaha untuk mengajak kita buat kebaikan.
akhirat nanti, mungkin kawan yang baik tu akan dapat membantu kte jejakkan kaki ke syurga, i.Allah :)

*mood sopan :b

Haikal Blank said...

mudah nak mendengar dan tak melenting itu tanda yang dah cukup baik aku rasa. Dia membenarkan kata2 kau, cuma belum kuat untuk melakukannya. Dia menghormati kau sebagai kawan baik dia. :)

yeah, nak ubah dunia lebih senang dari nak ubah hati orang. aku tahu itu. itulah gunanya usaha.

kalau tak boleh tegah guna kuasa, gunakan lisan, tak mampu juga, gunakanlah hati dengan membenci perbuatannya bukan pelakunya. Sesungguhnya menegur dengan hati itu selemah - lemah iman.


USAHA. kalau kau sayang dia, kau taknak dia terus sesat, kau akan terus usaha slow slow and aku tahu ia mengambil masa yang sangat panjang. Tapi ada apa dengan masa nak banding dengan usaha dan sayangnya kita pada kawan kita ye dak? :D

Primadona said...

yess..sahbat baik sukar untuk dicari ganti.Aku pernah hilang kawan baik bukan sekali cuma banyak kali.Skrg aku ada kwn baru tapi still tak boleh lupakan yang lama ;(

Unknown said...

kawan baik adalah insan kedua yg rapat dgn kt slepas family. walau ape yg jdi kt still cye kat mereka dr yg lain. sbab itulah kt kena pandai pilih kawan. mereka ni bg impak yg bsr dlm hidup kt.

adysuR said...

Kalau kat sekolah dulu macam tak payah nak risau sangat sebab selalu berada dalam suasana tegur-menegur. Ye la tazkirah wajib ada setiap hari.

Bila dah lepas zaman sekolah kena pandai bawak diri.

Anonymous said...

aku tak percaya konsep kawan baik. ada banyak sebabnya. tapi aku percaya orang di sekeliling menjadi cermin pada diri kita. True friends are our reality check officer. Dia yang hantukkan kita ke dinding semata-mata nak kita sedar dari comfort level dan dia jugak yang akan hulur tangan untuk keluar kan kita dari gaung. Sebab boleh jadi gunting itu orang paling dekat dengan kita.

Rafidah Farhana said...

Dulu aku tak percaya rakan alam maya. Tapi bila kenal kau, kahkahkah, aku taktau nak describe macam mana.

Sat. nak gi baca sambungan :)

Haikal Blank said...

qadeeja, yup dan gua taw tak ramai mana pun kan..hehe :P

yeah asdyur, hidup di luar, kita berseorangan.

luc, aku sendiri pun letak 4 orang je sebagai kawan baik sepanjang hidup aku atas sebb2 tertentu. Dari kawan, memang mencerminkan kita. Tak kehidupan gaya hidup kita seharian, maybe gaya pemikiran.

Rafidah, tak perlu describe pada aku. cukuplah sekadar kau sendiri yang tahu. :)

kaizen said...

aku cari SAHABAT bukan RAKAN

Azeelia Azman said...

zaman sekarang, nk berkawan pom kena pilih leklok.mcm3 boleh jadi skrg.pengaruh kawan bermaharajalela.klu dpt kwn yg baek, alhamdulillah, dpt bwk kita kepada kebaikan. klu dpt yg sebalek nye, nauzubillah :)

Kak Long said...

aku ngaku aku susah sket nak dapat kawan baik. mungkin org susah nak cope dgn perangai aku yg pelik2, ataupon aku yg susah nak cope ngan org lain sbb aku pelik, aku tak sure.



tapi bila aku jumpa kawan2 yg aku rasa selalu siap utk ada di sisi waktu susah n senang aku, aku rasa sgt2 bertuah, n aku appreciate diorang. lama2, akan wujud sedikit ketergantungan dekat diorang. apa2 pon, biasanya aku akan cari n tanya pendapat diorang. huhu

A.I said...

yep remaja lebih dgr cakap rakan utk jadi baik. dapat kawan baik, baik la dorang, dapat kwan jahat... hurm.


aku penah salah pilih kawan, nasib sempat tersedar...
even kawan2 tu tak pengaruh pon kita, tapi dah satu kelompok hidop takkan tak rasa nak cuba2 gak kot?

so pilih kawan yang baikk punyer!