Pages

Saturday, July 2, 2011

BLOG Dan REALITI ( satu )

Aku kadang membandingkan antara dunia realiti dan blog.




Blog KISAH HIDUP


Kadang aku lebih suka blog peribadi yang bercerita tentang benda - benda umum seperti melancong, pergi makan dekat McD ataupun di dalam bilik kuliah. Sebab itu kehidupan yang semua orang tahu. Tidak kisahla ditayang kepada umum kerana kadang pengalaman kita tidak semestinya sama dengan orang lain. Kita boleh belajar sesuatu yang baru dari pengalaman orang lain.

Blog yang berkisar cerita hidup ni juga kadang aku suka sebab boleh mengkaji lifestyle orang sekeliling. Kita boleh lihat 'ruang' kehidupan manusia mengikut kategori yang boleh kita sendiri tetapkan seperti jantina, umur, tahap pelajaran, tempat tinggal, politik dan macam - macam lagi. Kalau korang nak asingkan mengikut warna selipar dan jamban kegemaran juga terpulang pada kehendak masing - masing.

errkk, jangan kau mengkaji kehidupan orang sampai tanya warna seluar dan baju dalam sudahla. itu sexual harassment omputih cakap.

Untuk orang macam aku ni, bila baca blog orang lain, barulah aku tahu adanya dinner plate dekat KFC dan di McD boleh refill air. Sebab aku ni memang kuno tak kenal restoran fast food ni, serius. Cukup lagi jari tangan aku nak kira berapa kali sepanjang aku hidup di muka bumi ni menjejakkan kaki ke sana. Bapak kuno aku ni kan?
#korang percaya jela k.

Yang lagi satunya bestnya blog berkisar kehidupan ni sebab banyak gambar awek - awek Malaysia. Dah nama aku lelaki, ye aku usya perempuan. Yang perempuan, usya lelaki. Kalau aku dah tenung gambar lelaki lelama pun nampak tak kena pula. Ala, kadang - kadang blog gadis - gadis tu ada gambar cute - cute kononnya tu, ya dilihat sebagai penyeri (cewah) mata aku ni haa. Yang cun, tengok lelama sedikit. ehemm..

Jahanam, maksiat mata tu! LensaRosak aku ni.


Ada gak blog monyet sebenarnya.Cerita pasal pisang  HAHA
#blog kisah hidup terbaik yang aku sentiasa baca berulang kali ---->  MENARIK GILA!



Blog SASTERA BICARA


Suka - suka aku letak nama sastera bicara ni. Aku sebenarnya memaksudkan blog yang penuh ayat - ayat puitis dan bermain dengan kata macam puisi la lebih kurang.

Blog jenis ni aku suka baca kerana membuatkan aku berkhayal dalam pemikiran aku. Kadang sedih, kadang marah, semua perasaan boleh ada walaupun kita sebenarnya sedang kebosanan menghadap PC di meja. Ayat - ayat puitis bahasa itu boleh mengakibatkan neuron - neuron dalam kepala bersambung mencargaskan fikiran untuk berkhayal akan sesuatu isu.

Ya, sudah pasti itu bagus untuk minda kerana ia bertindak seperti refleksologi kepala. Otak dipaksa berfikir dalam nada lembut dan tidak memaksa. Lebih - lebih lagi apabila ada penggunaan ayat, perkataan atau diksi yang tersirat dari realiti. Kiasan memenuhi kata.

Selalunya malam paling sesuai membaca blog seperti itu. Baca terfaktab, memalamla best kan. Layan jiwang sedikit baru masyukk. ( err...kadang - kadang bersasteralah, kadang kritik). Tak gitu wahai gadis - gadis?

Kan bagus memartabatkan bahasa sendiri kadang - kadang. Kalau tak kita, siapa lagi kan?

*aku pun cuba nak bersastera, tapi macam tak best je. HAHA ini blog satu lagi aku ----> TEKANLAH



sastera ini seperti reflesologi. Pantai juga. Kan?




Blog SAKIT BONTOT


Blog seperti ini memang boleh meningkatkan tahap suhu darah kita ke tahap maksima jika kita cepat melatah. Blog seperti ini amat sesuai untuk jiwa remaja macam aku. Blog ini lebih kepada mengkritik apa sahaja yang dirasakan tidak relevan dalam kehidupan seharian.

Politik, pakaian, anak, mak bapak, jiran tetangga, rumah, saiz coli, spec OAKLEY, pelacur, gay semua dikiritik dalam nada bahasa tersendiri. Tidaklah tegak kadangnya, tetapi siapa yang terkena, agak panas jugaklah kan.

Blog seperti ini bagus kerana kita boleh membuka minda kita akan yang mana betul yang mana salah. Blog seperti ini menyuruh kita berfikir dalam sudut berlainan yang kita tidak perasan. Mereka mengutarakan REALITI kehidupan yang kita tidak tahu. Sudut gelap seorang manusia boleh ditampilkan dalam bahasa PERLI mudahnya. Bila dah terasa silap di mana tu, kalau boleh, ubahlah diri tu. Kalau tidak mampu nak ubah mendadak sekalipun, usaha untuk berubah tu kenalah ada.

Nasihatnya, jangan mudah melenting bila ditegur. Ambil yang jernih, buang yang keruh, itu yang terbaik.

Bila kena setepek kat muka, macam ni ke gayanya? 



Bersambung......

16 comments:

J.Syazwana said...

aku suka blog peribadi sebab aku suka baca kisah orang lain. macam menarik kan.

K said...

agak-agaknya blog aku masuk yang mana eh?? hehe XD

or outdated?

lol :P

Haikal Blank said...

yeah syazwana!! aku pun suka baca. err..lagi2 kisah gadis2...HAHA mempelajari selok belok hati wanita kononnya...HAHA

Keroro, blog ko? entahla..tu kira peribadilah tuh...tu yang bercampur bagai. kira BEBAS r lebih kurang. :)

Ifti Larina said...

penghentak entry.

Haikal Blank said...

HAHAHA ye iftilarina! jangan hentak2..aku nampak nada marah tuh...

Kucing Serius. said...

Aku suka blog yang ada semua! Haaaa. Bak kata Matluthfi,multitasking!

Alin said...

blog bebas ok la tu :)

Akim Iqbal said...

hahaha.. semart

littledolphin said...

Sebab kenapa saya suka blog peribadi adalah sama seperti anda :D

Haikal Blank said...

hahaha blog bebas akan aku komen sok. tak laratlah semua. HAHA

hana scribbleoffreak, yeah, aku rasa blog peribadi tuh best sebab masing2 ada cerita lain2 kan. cerita lelaki dan perempuan tak akan sama masalahnya...:)

Amiey White said...

Aku pula . suka semua kecuali blog segmen / penuh dengan contest / dan bapok gila lucah tahap gaban dan tak diterima otak .

haha
aku baca semua , sebab aku suka selami jiwa penulis itu dan membuat aku berkhayal . errrr

Haikal Blank said...

yeah amiey..kadangnya aku tiba2 setuju dengan pendapat kau. haha terutama yang tajuk lucah macam pantek tuh.

hehe berkhayal? bila baca blog kau lah!! :D

Kak Long said...

antara 3 tu kan, jujurnya aku jarang layan blog sastera.. sebab aku ni jenis susah nak paham ayat berbunga. tu sebab org takley main kek lapis depan aku, nti buang air liur je..hahaha


yg paling aku suka ialah blog pasal life orang la kot. tp bkn yg over sgt la.. btw, aku rasa gamba lastu tu pompuan tu hulur muka die kat dryer dalam toilet awam tu pastu tangkap gamba.. haha

Anonymous said...

aku cadang blog
http://diatakgila.blogspot.com/

dan http://toksikzine.com/ untuk kau.

Haikal Blank said...

hahaha memang makin berantakan otak gua baca blog tuh. tapi macam kelakar je...keh3...

dalam

Unknown said...

aku pun suka blog kisah hidup yang ko link kan tu... sape pulak la yg rajin sangat nak menulis kisah hidup bagi orang baca kan? hehehe


:) wahhh ada blogf kroniknya jiwa pulak skrg nih.. jap aku gi scan pulak.. layan puisi ni best jugak sebab dia bagi jiwa ni tenggelam jauh ke dalam tilam.. macam stone kena 4 dapur.. hahahaha