Pages

Tuesday, June 21, 2011

Blog dan Penipuan



VRoOOOoMMmm.......



merdu bunyi BMW mata setan itu. Garang dan semestinya hebat di jalanraya. Semua manusia teringin memilikinya lebih - lebih lagi orang materialistik macam aku. Aku nak juga nampak macho dengan deruman enjin BMW kan.

Kekayaan dunia.
Berbilion orang mendambakannya. Kekayaan itu harus bagi setiap manusia tetapi selagi digunakan ke arah yang betul dan mengikut syara'. Zakat kenalah bayar. Jangan dok simpan tak menderma langsung, celakalah ya orang itu. Tetapi, sekarang ini, ramai yang semakin buta bila bercerita tentang kekayaan. Ramai yang buta dalam hukum mencari harta dunia. Lupa atau BUAT - BUAT lupa itu aku tidak pasti.


Di depan kau ada peluang, tidak kira halal atau haram kau main sebat je buat selagi pulangannya lumayan. Macam - macam dah kan kita lihat sekarang? Di televisyen sahaja sudah berjuta kes setahun manusia turun naik mahkamah kerana kes penipuan. Itu yang sudah ditangkap, yang belum pula bagaimana? Bagaimana pula kes - kes penipuan kecil yang tidak mendapat liputan akhbar atau orang ramai? Renungkanlah sebentar..



-----------------------------------------------------


Lumrah manusia menjadi buta kerana harta, pangkat, darjat, kuasa dan wanita (bagi lelaki). Bila dicanang harga, segala benda boleh terjadi. Bunuh, rogol, ragut, culik, pergaduhan semuanya tidak mustahil dilakukan. Apa sial.

Aku tidak ingin bercerita tentang benda - benda besar kerana aku tahu kanak - kanak tadika pun tahu keburukan semua itu. Aku yakin dan confirm dah!


Dalam berblog ni, macam - macam orang kan kita jumpa dan macam - macam gaya ada. Dan sudah pasti gaya mereka mengenalkan blog mereka kepada orang lain juga dalam pelbagai cara. Yang baik dan yang buruk. Yang baik tu biasanya seorang yang sabar, cuba 'cucuk' orang lama dengan berkawan dengan mereka dan mempromosi blog secara tidak langsung. Itu normal bagi ku, hak masing - masing. Sama je dengan kehidupan pelajar yang berkawan baik dengan budak 'skema' sambil mengharap dapat meniru setiap assignment yang wajib dilunaskan. Itu politik pelajar dan itu NORMAL.

Tetapi bila diceritakan tentang iklan, traffic dan bermacam - macam lagi keuntungan, ada juga yang sanggup menggunakan cara kotor dalam 1001 cara. (gua sesuka sebut je). Yang kotor jelas sudah pastilah dengan menipu link di shoutbox atau komen yang dengan selamba meletakkan link SAYX.my atau link - link pengiklanan lain bagi orang yang berniat membalas jejak 'ter'tekan link ke sana. Dapat untung cara haram dengan melanggar kontrak dengan syarikat pengiklanan.

Itu mungkin terang - terang kita nampak sebagai satu kesalahan yang konfem boleh buat orang lain menggigit tetikus, telan pasu bunga dan mungkin juga membaca komik terbalik demi menghilangkan kemarahan di dalam dada........... 

( PERINGATAN : aku tak pernah buat macam itu. )

.......mereka. Cuba fikir kembali tentang kegiatan menyuruh tekan sana sini iklan tu. Kan dah terang - terang salah melanggar kontrak perjanjian dengan syarikat pengiklan. Aku tak berani cakap haram, cuma pada aku, nampak tak cantiklah kalau buat macam tu. Bila dah melanggar janji, memang tak baik kan?


" Lu jangan nak sibuklah gua nak langgar janji ke apa. Benda kecik je tu kot, apa ada hal!! "


Mungkin ada yang marah aku macam ni, tapi aku rasa aku ada jawapannya.


" Awek lu tipu lu sebab keluar dengan lelaki lain lu marah, padahal benda kecik je tu kot. Bukan lu dah kahwin pun. Lu kapel pun entah dapat restu mak bapak dia ke tak. Lu marah gak kan? Apa hal??"  dalam nada seorang ketua gangster.


Aku bukan mengkritik, cuma...cuma....ah, memang aku nak kritik! suka hati aku lah kan. Hehe tapi aku mengkritik cara baik dan tidak sesuka hati meletak hukum. Korang boleh kaji balik dan kalau aku salah, jangan ikut pun cakap aku ni. Aku tak rugi kalau ada yang benci aku. Blog aku ni pun tak luak sebab memang tak ada orang view ratus - ratus pun. Satu hari adalah 5,6 puluh pageview je bila aku check. sedih je kan? ( meminta simpati ) HAHA



*Dalam menulis, perlu ada penyampaian. Biarlah sedikit tapi jadikan ia istiqamah, pasti ada hikmahnya...



HAHA.lol



10 comments:

aishareoils said...

lahh..ak pon baru follow ke cni..wahahaha

Aesya Zealous said...

kronik aku bace entri kau.. hahaha... bagus2.. martabatkan bahasa ;)

penipuan dimana-mana.......

Haikal Blank said...

haha trimas ecah! kah3...

Aesya zealousse, sangat memeningkan kah? maaflah, ada sedikit emosi kadang2....err...ni puji ke perli? HAHA

Admin said...

Salam.
Isu memang dah lama dibangkit sejak ada isu geng klik iklan dan juga isu satu platform pengiklanan yang tak bayar tu ..

:) harap entri ni buka mata kot.

Btw .. saya pernah terjebak dalam kes sedemikian, naif ...:)

Haikal Blank said...

haha memang dah lama..ala, biasalah tu..ada aje cara nak untung cepat..tak salahkan sesiapa, nirmal la tu kan..:)

kalau dah stop tu baguslah! :D

Alin said...

lu langsi lu mati. wakakaa. hoho lamo tak komen blog ekau nie kan, tuan tanah. hehe^^

Haikal Blank said...

hahaha lu sibuk kan..biasalah tu...aku memahami...
ada sedih2 lagi ke tak? lu datang sini kena hepi2 woo....:P

Unknown said...

kalau nak kritik, kritik je, jangan tahan2... KL ni kau punya.. ape ade hal.. langgar je!!!...





p/s aku meluat gila dengan Poser blog. konon2 buat mcm tu nak jd redmummy juta2 la.. caaaiitttt

Haikal Blank said...

ahahaha ni semangat membina ke apa ni? KAH3....

kalau tanya sapa pun kompem meluat ah! cuma aku cover2 cketla kan bro...:D

kaizen said...

aku lex jer letak selingan n promot iklan kt ujung entry..yg len tuh nk menipu biar laa...dah pesan so lepas tanggung jawab kite...setidak2nyer xde la share dose bersubahat kn??