Pages

Thursday, June 16, 2011

Akal vs Plastik

Hari bersilih ganti. Cuti dihadapi dengan berani. Kocek mati. Tanpa wang untuk dibelanjakan. Kehenseman aku gugur tanpa wang di kocek. Celaka semua itu. Tak adanya aku nak kacak bagai.

Plastik

Akal manusia semacam plastik bukan?

Berlagak keras, mantap, kukuh. Memang kukuh tapi bila sampai satu tahap, segalanya boleh berubah begitu sahaja sebijik resamnya plastik. Kuatnya hampir sahaja seperti besi bila digabung elemennya di dalam polymerization process (aku tibai je) tetapi apabila mencapai tahap kepanasan yang optimum, segala ikatan zarahnya hancur tiada apa. Lerai segala cerita dan usaha mengikatnya yang memerlukan teknik sains yang semestinya lebih canggih dari blackberry dan ikatan shawl gadis semasa.

*pendahuluan
Dalam kehidupan juga begitu. Tanya saja sesiapa yang kau kenal dan  lihat, 'siapa yang tiada masalah?', pasti tiada yang melayan soalanmu itu kerana masalah itu sentiasa ada dan boleh dikatakan sebagai kemestian di dalam kehidupan. Mungkin hanya si gila yang tiada masalah, tetapi dia mungkin memberi masalah kepada manusia di sekelilingnya. Tapi aku tak kisah kerana aku tahu dia gila. Apa saja yang dia tahu? Biarkan sahaja, tiada guna memarahi mereka. Senyum sahaja, kan sedekah. :)


" Aku macam tak percaya lelaki baik macam dia boleh sampai hisap dadah "

" Pergghh, ko tengok surat khabar ni mat. Bekas awek ko yang alim tu dah jadi retiss mat. Tayang bulu dada "

dan macam  - macam lagi yang pernah kita dengar...

Kau
Mesti pernah melihat keadaan di mana seorang manusia itu membuat perubahan dari yang baik kepada buruk atau yang buruk, kepada yang melampau buruknya bukan?
Ada cerita dari seorang yang sopan kepada seorang kaki pukul, ada yang baik kelakuannya tiba - tiba mengenal erti mabuk meneguk air kencing lucifer di taman permainan, ada juga yang dulunya manusia bertukar menjadi beruk akibat fesyen hentah hAPE - hAPE yang ditirunya dan macam - macam lagi kes dekat sekeliling korang.

-------------------------------------------------------

Ipin, seorang pembantu tadbir di sebuah kedai minuman kencing syaitan. Kerjanya menjaga keselamatan persatuan/kelab itu. Badannya sasa, gagah bergaya. Amat serius wajahnya ditambah bentuk badan seakan - akan SETH TAN ataupun Aarong Ajis gamaknya. Fuuuh, beberapa baldi air liur gadis - gadis Malaya juga pernah dikumpul beliau semata - mata ingin menguji tahap kekacakan beliau. Dari yang seksi kepada yang super seksi (yang sopan susahla, kerja kat kelab kan) pernah cuba menawan hatinya. Tapi semuanya gagal. Beliau mempunyai seorang AWEK yang agak cun tapi kurang comelnya ( aku pakai shawl lebih comel la kot) yang amat disayanginya. Lu jangan ingat bonzer kelab semua jahat, tak ada yang setia. Ipin ni setia kot, habis semua gadis yang usya dia di kelab dia abaikan.

Percintaannya bersama gadis pilihannya sudah sampai ke tahap aras - aras kerajaan ayah pin. Tinggi bukan? Ya, mereka sudah mahu melangsungkan perkahwinan. Berbunga - bunga hati Ipin sambil sibuk menghafal ayat - ayat mat salih yang puitis untuk didendangkan untuk bakal isterinya.

Tiba - tiba....................

"Ipin!!! Lu ada mana?? Aku baru je nampak awek lu dekat Jepun ni nga keluar dengan Rain. Diorang dating dekat taman bunga. Aku nga jalan - jalan dengan member aku tadi naik EX5 bertembung lak. Gua rasa awek lu tu, tapi tak tahu la betul ke tidak. " Telefon rakannya.

Pantas nomot telefon bakal isterinya ditekan. Ah, tidak berjawab. " Tidak mungkin, aku tidak percaya, " hatinya cuba menenangkan dirinya dirinya cuba menenangkan hatinya.

"Pul, ko telefon awek aku try pancing dia ada dekat mana. Dia tak ada nombor telefon kau tak silap aku. " Ujar Ipin kepada Epul, teman serumahnya itu.

-
-
-
-
-

Ah sudah 5 tahun peristiwa itu berlaku. Ipin tidak mahu mengingati lagi kisah itu. Dihumbannya memori itu ke dalam lautan yang luas terbentang. Fuuh, cerita lama, buat apa nak kenang, ye tak.. Dia bahagia dengan hidupnya sekarang. Tiada perlu fikir tentang wanita, hidup dirasakan sempurna. Bidang yang baru diceburi juga amat menguntungkan dan memuaskan. Tidak perlu risau mengandungkan anak luar nikah lagi. Mustahil.

Kenapa? Adakah Ipin mandul?

Kerana namanya bukan lagi Ipin. Bukan juga Razak malahan lagi jauh jika kamu meneka nama beliau ialah Tony Bilair.


NAMA BARU : PO'AH
KERJAYA : PELACURJAR SEPENUH MASA
KEHIDUPAN : KAYA DAN POPULAR DI KONDO MEWAH
MOTTO HIDUP : BIAR SAKIT JANJI BERDUIT.


--------------------------------------------------------

Dari bonzer club kepada bapuk. Nampak mustahil kan? tapi si Po'ah berjaya membenarkan kata - kata beckham di dalam iklan NIKE, " Impossible Is Nothing ". Pelik bukan? tapi itulah hakikatnya.

Kekecewaan melampau dalam sesuatu perkara boleh menyebabkan jiwa kita kacau dalam versi melampau juga. Kemelampauan itulah yang mengakibatkan kita berubah sekelip mata menjadi seseorang yang lain, menjadi suatu kehidupan yang tidak pernah terfikir akannya sebelum ini.

Akal dan diri kita ada satu tahap maksima. Kitalah yang menetapkan di mana tahap itu berada. Kekuatan rohani dan mental amat penting dalam perletakan tahap maksima diri kita. When it goes over the bar of our kemampuan (bujet omputih), kita akan biol dan berubahla kepada lebih buruk. Setan dan Abah setan, si Lucifer akan ketawa terbahak - bahak melihatnya. Stylo kan? Jadi pak lawak.

Itulah maksudku akal plastik manusia, nampak keras, tapi bila kena pada situasi, semuanya boleh hancur. Lihat saja kes bunuh diri yang makin hari makin kerap orang nak try nak terjun bangunan. Apa diorang ingat mati nanti boleh jadi hantu kacau orang yang dibenci ke apa? Terang - terang dihidupkan semula dalam api neraka nanti. Kan panas.

Yang senang, jika kita menerima dugaan di dunia ini, ingat - ingatlah pada Allah. Bukak balik Kalimah - kalimah suciNYA yang dah berhabuk dekat rak dekat rumah tu. Fahami maksudnya dan bertaubatlah jika ada kesilapan. Jangan ikut bisikan syaitan yang sentiasa mahu membangkitkan nafsu sialan kita di dalam badan dengan membisikkan kata - kata duniawi nerakawi mereka tu. Berzikirlah kerana AZ - ZIKRU itu mendekatkan diri kita dengan ALLAH SWT. ( nasihat untuk diri aku juga ni )


Semoga kita semua selamat dari dugaan duniawi yang maha hebat ini. Amiiiin...(4 harakat)



*Amacam? sibuk layan hackers? siapa yang kena troll sebenarnya?

HACKED TOURISM MALAYSIA
TOURISM MALAYSIA ORI

laaalaallaaaaa~
Salinan? Pro Hacker? Korang tentukan sendirilah. Aku salah faham kot.


*lu suka lu like la. Eh, komenla sedikit. panjang aku taip ni. Cakap I love U pun tak apa. HAHAHA

4 comments:

Unknown said...

geli weh aku tengok puting po'ah kat baju gaun tuuuuu...


ahahahaha, awek dia jd retis tayang bulu dada... bayangkan tetek cun munggil.. tapi ade bulu dada kerinting kat tengah2 bra... wuhuhuuuuuuuuuuuu

Haikal Blank said...

hahahahaha pic paling kelakar dekad ni..kah3...
okla gak, aku dah crop buang muka dia..kalau tak lagi ramai muntah2 darah nanti...keh3..

J.Syazwana said...

okey lah I love U.
kah kah kah !!

okey gambar sangat macam nak muntah.
porahhh :P

Haikal Blank said...

haha entahla...gambar ni angker kan mejuez? HAHAHA

syazwana, jgn cakap kau tergoda dengan poah ni...pliz, tolonglah...HAHAHA