Pages

Wednesday, June 15, 2011

Diskusi Pakar

#WW dan perbualan di SB (Sahabat Blogger group)

Bila berborak tentang blog, tajuknya " di antara KUALITI blog atau FOLLOWER " memang panas. Macam - macam cerita di bincangnya. Tak adalah macam diskusi skema yang serius. Borak kawan - kawan jela. Penat diorang layan soalan - soalan aku sebagai blogger baru yang masih gagap menaip, Yang masih tak hafal susunan huruf keyboard lagi. Fuh, panjang diorang bagi nasihat tu haaa... Lagi si PENDEKAR BERKUDA. memang panjang. Aku konfem terimalah kan nasihat orang lain. Apa nak hidup kalau tak nak dengar nasihat, memang ke lautlah ok kalau nak ikut diri sendiri je.  Sorang lagi yang panjang menaip ialah si MEJUEZ. Layan je borak haa...tak sedar jam dah nak kul 3 pun haa. Ke laut lagi aku malam ni berenang di atas katil. mampus. HAHA

Ini gua printscreen khas untuk korang semua.

wan mujuez punya BLOG memang simple dan stylo

Bila si PENDEKAR masuk, semua setuju je. ada pakai penunduk dia ni. HAHA guraw.

Terus - terusan suez mencarut tentang Follower, silent readers dan commenters

Dah mula berborak! Sporting weyh.


Kalau malas nak tengok gambar tu, aku terangkan sedikit apa yang dibualkan.

1) ENTRY PERLU BERKUALITI

Follower tolak tepi sedikit je, jangan banyak - banyak. Target silent readerz dan pengomen tegar. Itu akan membuatkan kita rasa syok je nak terus menulis. Bila menulis dan ada respons, segala apa kreativiti kita dalam penulisan akan tersembul, terpancut keluar selaju - lajunya hendaknya kerana kita rasa puas, seronok dan dihargai segala hasil penulisan kita.

Entry yang berkualiti bukan semestinya skema melampau kerana pembaca ni kadang suka yang ringan, hepi2, ada lawak, barulah tak kotor muka terkena keropok di atas meja kerana terlelap - lelap ketika membaca entry anda. Ini penting!

Kualiti itu subjektif. Kau tentukan sendiri..:)

2) BLOG AKU MEMENINGKAN MATA PEMBACA

Peh! itu yang aku kena ubah balik ni! aku sendiri pun akui pening bila tengok lelama..sakit je mata..

Korang ada idea nak aku buat template kaler apa?
widget aku melampau banyak ye?

:D
Assalamualaikum dan selamat menulis blog dengan berkhemah berhemah!

17 comments:

r-5 said...

blog ko okay sangat da. tak perlu imbang orang nak baca atau tidak yang penting kau tahu identiti penulisan ko. tapi apa2 pun nak jadikan blog ko best limpahkan idea2 yang ilmiah yang orang selalu search bergantung pada ruang lingkup target umur. :)

Haikal Blank said...

yeah afif oii!! :D aku sokong gak kata2 ko tu...semua betul lah! tapi bila part nak mengalirkan ilmiah tu agak parah r...tapi aku akan try untuk pembaca..

TRIMAS GENG!! :)

munira sajuti said...

kau balas dendam kan? aku xmasuk blog ko, ko pun tak datang blog aku. pastu memang nampak sangat la aku xdatang blog ko ni, dah berubah wajah bhaii. blog dah berubah wajah, kau bila lagi? pakai laa safi rania gold.



eyh haikal ke ni?



okayybye

Haikal Blank said...

hahahaha aku tetap haikal, jgn risau...:D

safi tu mahal la..aku dah habiskan duit aku kat rokok. bodoh kan aku ni? HAHAHA

aku segan dengan kau! mana layan orang gila macam ku lagi...hehehe

munira sajuti said...

aku kalo ade fb, aku layan je kan otak senget kau ni. masalah sekarang, fb aku deactivate sat. memang tak laa ko nak masuk blog aku. agak dah. HAHA tengok laa, ape gunenye la hai ko follow aku, klo tak tengok kat dashboard tu deyy


*hati terguris 5saat

Haikal Blank said...

aduh, jgn majuk...masalahnya jarang woo nampak blog ko kluar kat dashboard!( alasan )

okeh2, aku menyesal akan kesilapanku. aku menyusun jari memohon maaf atas salah silap. Maafkan abang, mak...abang taw abang banyak buat dosa kat mak...sobs...

HAHA yela moon! gua rerajin tegur lu pas nih! :D

Unknown said...

ko boleh pergi jauh, sebab tu aku bloglistkan blog ko nih....

ko tak segan nak mengeja dengan betul dan guna tatabahasa dengan betul

walaupun ko melawak, tapi ko tak guna ejaan mengada..

ko tak suka mengampu..

blog ko setakat aku kenal bebas segmen..

ko ada idea masa menulis.

kadang2 aku gelak baca pasal Po'ah..

kritik plak : sila suaikan balik kontrast tulisan dengan layout..besarkan sikit tulisan..

ok, majulah penulisan demi ketemadunan.. :)

Haikal Blank said...

haha thanx brader zul! :D
memang aku nga mencari template lagi ni..yang tak pening bila ngadap...maafkanku kerana memeningkanmu semua!hu3

thanx sekali lagi kerana aku ada dalam bloglist...terharu weyh...banyak traffic dari sana kot...berpuluh gak r...

cik azeya said...

aku suke entri ni! ahaha. eh blog kau dah okelah. aku okey je bace. lagipun takde salji2 turun. kehkeh

*aku nak kau berkata jujur.

kau pernah terlelap ke bace entri aku?

-.-

Haikal Blank said...

hahaha ok je ko nih..nak minta McD la tuh....aku taw dah ko nih...HAHAHAHA saje je jek aku kan....

ops, pasal blog ko, sumpah tak pernah terlelap lagi..masih berbisa bila aku baca...haha Terbaikk!!

Anonymous said...

seriyes, guwa suka layout blog ko yang terbaru bro. kemas dan nampak mengancam. !! :D

Haikal Blank said...

hahaha ko saje jaga ati aku nih...nak mintaka ku belanje dekat McD baru sebelah u la tuh...dah, jgn mengarut lebih2...HAHA.

Haikal Blank said...

aku memang suka baca yang kat atas tuh...dah naik hafal dah url blog diorang... emm...yeah, kombinasi penulisan diorang tambah gambar diorang letak berkesan giler...

lensarosak sangat2 cool. teringin woo ayat macam tu

widget memang aku akan kurangkan lagi...semak sangat dah...kaler dahla tak masuk...sabor jela..nga pertimbangkan template..

thanx bro! serius gua ada cket2 tacing nih...keh3..

Haikal Blank said...

HAHA gelap je 2 - 2...dari dulu camtuh!! lensa fan ramai...dan gua taw akan terus ramai walau macam2 cerita jadi...HAHAHAHA gile teging dia menaip....

mana r nak carik gambar stylo2 untuk dicuri masuk ke dalam blog? macam lensa, terfuckedup, teh tarik, semua gambar macam lebih kurang je...cemburu aku...

J.Syazwana said...

kenapa semua komen entry ko ni panjang2. bagus2 tapi aku nak komen pendek je. aku suka kaler hijau. eh apesal aku cakap aku suka kaler hijau pulak eh ? dem dah jadi panjang pulak komen aku ni.

ok bai.

Haikal Blank said...

hahaha peh, peminat hijau! aku suka kaler oren sebenarnya...(gila pelik aku ni)

ingat lepas ni tukar kaler oren lak r....HAHAHAHA

Haikal Blank said...

hahaha aku pun suka ngan penampilan sekarang ni...dah lebih kurang 'akal tunjang' dah haa...HAHA tak apalah, aku pun minat blog beliau..layaaann~