Pages

Monday, May 23, 2011

TIPS mengelakkan pakwe korang merokok di hadapan korang

Pakwe korang seorang perokok tegar?

Selalu membawa bau busuk itu bila berdating?

Tercari - cari cara yang sesuai untuk menghalang mereka dari menyebarkan pencemaran bau yang membusukkan itu?

Blueeerrk, bau sampah, longkang padahal itu hanya bau winston.

Korang nak taktik untuk mengelakkan diorang dari menghisap rokok bila berdating dengan korang??

AKU ADA CARANYA!!!

-
-
-
-
-


1) Korang ugut je pakwe korang dengan penampar korang

"Abang, abang rasa penampar saya ni sama sedap dengan rokok awak tu tak? Wangi bau rokok awak ni. Macam bau - bau pakwe baru saya rasa "

mungkin terlalu bongkak ayat di atas, jangan tiru. tapi PENAMPAR mungkin cara paling sesuai........err...jika badan korang macam CHYNA



2) Korang pakai topeng setiap kali keluar dengan perokok itu

Ingat, topeng ada macam - macam jenis. Yang aku maksudkan ialah topeng penapis udara yang macam orang pakai bila jerebu tu. Yang macam doktor pakai tu lah! Pakwe korang start je keluarkan kotak rokok dia, korang bolehla keluarkan topeng tu sambil bersiul memandang ke atas. Latihan di hadapan cermin sebelum berdating amatlah digalakkan.

Untuk kesan yang lebih mendalam, boleh pakai topeng yang plastik yang lebih mahal seperti topeng orang mengecat kereta. Topeng gas tu haa. Aku sertakanlah topeng yang aku maksudkan.

topeng ni stylo kalau korang pakai.
tak digalakkan kerana lucah melampau


3) Korang Hisap ganja atau bakar ice bila pakwe korang bakar rokok.

Ini lebih drastik kerana pakwe - pakwe korang yang hisap rokok akan terasa serta merta. Mungkin juga diorang akan menangis teresak - esak bila mengetahui yang korang amat gangster berbanding diorang kerana menghisap benda yang lagi mengkhayalkan walau tidaklah terlalu mengkhayalkan jika dibanding dengan adegan menghisap pisang 3gp 'bebudak' sekarang.



4) Korang membawa pakwe korang melepak di tempat yang ada aircond.

Benda simple. Tempat ber 'air-cond' biasanya tempat larangan merokok kecuali cyber cafe murah dan pusat snooker.
Nak lagi senang, korang bawak kereta korang jemput dia dan katakan yang kereta ini kereta ayah, tak boleh bau rokok dan terus masuk mall. Kalau berani, parking kat dalam mall itu terus. Baru tak ada peluang untuk yang tersayang membakar rokoknya.

Err....tak ada jaminan dari saya kereta anda akan kekal cantik di situ jika anda bertegas meletak kenderaan di tepi eskeleter.


5) Korang cakap kat pakwe korang yang korang ada penyakit 'ATHMA'

Insan tersayang korang pasti akan menghormati anda dan tidak menghisap rokok lagi di hadapan anda dan anda juga tidak perlu menanggung derita akan bau longkang di mulutnya itu pun jika dia betul - betul sayangkan anda. Jika tidak, dia akan terus menghembus rokok ke liang lahad anda.




6) KORANG CARIK JE  PAKWE BARU YANG TAK HISAP ROKOK.

Aku No komen lah kalau macam ni k...err babai semua!!



*Aku perasan muka lu macam nak komen tadi. Tak kan malu kot...Paling kurang tekan like pun tak ada apa kan.....HEHE

13 comments:

EmanTheHalia said...

no 6 sudah mengelakkan semua no di atas. the end.

Haikal Blank said...

Hahahaha memang pun. Aku rasa semua gadis dah mula melaksanakan yang nombor 6 tuh...patutlah aku tak ada awek lagi....HAHAHA

Anonymous said...

suruh pakwe pakai plastik pastu ikat kat kepala..so dorang bau sendiri asap tu...ayat kuling lagi...pusing2 kan ayat aku..lalala

Haikal Blank said...

HAHAHAH jangan cakap cam tuh...abeh tu aku nak isap rokok macam mana kalau dating nanti....HAHAHAHA

Anonymous said...

padan muka kau!!kau semput lah sendiri....

asap rokok lebih bahaya dihidu daripada org yg menghisap..jadinya,nah!!!pergi bahayakan kesihatan sendiri..don't be a selfish person k cik haikal!!

HAHAHA..ceramah berbayar dari aku..char kuew teow satu!!

Alin said...

sgt berkean. haha :P

Haikal Blank said...

Ummu, car kuey teow kau tuh kira hutangla ea...nanti aku bayar bila aku kaya...tapi lagi bgus kalau kau lupakannya sahaja..HAHAHA

Haikal Blank said...

ahahaha berkesan? jangan sekali -kali cuba..HAHA

adwafarahin said...

cara yg ko bg sgt style
konpem sentap
hahaha

Haikal Blank said...

HAHAHA aku baca, aku sendiri yang menyentap diri aku sendiri. HAHA

kaizen said...

no 6 disaster bagi pakwe yg merokok...

Haikal Blank said...

HAHA memang disaster..boeh buat hati berkecamuk tuh...HAHAHA

Eyka said...

gua suke no 6..serius! haha;D