Rayban ekspo menjadi pilihan hati walau sedang berjalan di dalam MALL. "Mungkin terik sangat sinaran lampu dalam bangunan ni agaknya." bisik hatiku.
Bahu senget ke kiri dan ke kanan sepanjang perjalanan. " Mungkin penat brader ni bekerja seharian agaknya " walaupun pada hari ahad dan cuti umum.
Bersepah lelaki maskulin seperti ini. Kehebatan motor 125z dan RXZ sering menjadi tajuk perbualan. Bosan kadang kerana setiap hari itu ceritanya. Tak motor sendiri motor orang lain. Dicanang kejantanan motor masing - masing di jalanraya.
Badan kurus sasa, tinggi lampai, dengan helmet ms88 di tangan. Bergaya. Memang bergaya.
" Ko jangan carik pasal bro. Lu gurau elok - elok ar siket. Lu nak nganjing gua agak - agak la bro. Lu nak kena hentak ke? "
Aik, pasal kes nganjing sesama member pun nak sampai bergaduh? Itu member tu. Nak gurau sedikit dah mula tunjuk lagak. MASKULIN sangat kah?
" Baby, nanti esok kita keluar ye. Malam ni hubby bzlah. Ada member ajak lepak. Bby tak kisah kan. Mmmuah, sayang baby."
Lagak gangster, dengan awek cakap mendayu - dayu jiwang. Gayut dengan awek berejam semasa sedang melepak dengan member - member. GANGSTER sangatlah tu.
macam - macam hal. Kadang aku ketawa sendiri. Apa sebenarnya dunia sekarang ni? Aku tengok gaya dah ada, muka kacak, jalan berlagak, senyum tak mahu tapi dengan perempuan, merayu - rayu mendamba cinta macam cerita hindustan walau pun dah kena reject.
" Janganlah tinggalkan saya awak. Saya nak awak jadi teman hidup saya. Awak, janganlah pergi. Saya dah anggap awak lebih dari kawan biasa."
.................dan ayat itu berterusan dengan nada yang sama merayu selama sebulan. Yes, mendesak perempuan sampai macam tu sekali. Cool ke cara usya awek macam tu? Pening aku. Pening. Lepas tu bila kena reject, mengamuk tak tentu pasal. Cerita kat perempuan tu dia minum araklah, bawak motor lelajulah, ambil pil lah, main 'dam' lah dan macam - macam lagi. MINTAK SIMPATI KE BRO?
Aku tak rasa itu macho.
Ah, sakit mata kadang tengok. Tapi tu lah, aku tak salahkan korang nak jadi jiwang ke apa ke kan. Biasalah, nama pun CINTA, kenalah semangat kononnya. Aku tak kata itu salah cuma dengan orang lain tu, hormatlah. Bila oranga senyum kat kita, balas senyuman. Jangan buat berlagak macam KLCC tu bapak kau punya. Ah, entahlah.
" Bila ramai, kau lah Tuah, kau lah Jebat. Bila seorang, kau tikus menggeletik."
Aku bukan siapa. Bukan juga sepertimu. Tapi ingatlah, cukuplah kita menghormati dan menghargai orang sekeliling kita. Jangan berlagak seperti Tuhan dengan lagak kau.
Aku membebel mencerut semua sebagai peringatan untuk diri aku. Itu sahaja. Maaf.
4 comments:
dlm hati ade taman derr....
wahahaha....
HAHA taman buaya buat apa! gaya je lebat. tapi hancusss....HAHAHA
aah la betul tuuu.. muka legend, bila dgn gefren kat dlm fon, cakap ape pon xdengar.. die punye halus tu kalau bermadah kan.. haha tp adab dgn org lain x jaga. haprak!
haha yang tuh aku tak faham..poyo je lebih orang macam tuh...sabo jela..HAHA
Post a Comment