Perjalanan hidup ini penuh dengan cinta dan kasih sayang. Dari kelahiran seorang manusia itu, kita disambut dengan tangis gembira dan syukur tak terhingga. Hadiah dari sanak saudara mengunjung tak putus lebih - lebih lagi anak pertama. Bertuahnya kita. Umur setahun, mulalah sambutan dari mak bapak meraikan hari jadi anaknya buat pertama kali dalam sejarah percintaan mereka dari sebelum bernikah lagi. Ah, manisnya.
" Abang, anak kita minggu depan nak start sekolah dekat Tabika Kemas tu. Jomlah kita pergi makan 'best - best' sedikit malam ni bang. Ala, tak salah raikan anak kita first time nak sekolah. Barulah dia semangat sedikit jumpa kawan - kawan baru dia." Peh, ada juga yang sporting macam ni mak bapak dia.
Bermulalah kisah seorang manusia itu mengenal dunia dari hari pertama dia berjumpa rakan - rakan. Sekolah menengah bermulalah titik sejarah seseorang itu. Kawan yang dicari itulah menentukan gaya dan corak hidup budak itu. Ni teori aku je. Jangan percaya.
Dikenang kembali, kita menerima CINTA yang amat banyak dari orang sekeliling kita. Tapi biasanya kita lupa. Kita hanyut dengan nikmat dunia. Kita lebih gemarkan sesuatu yang 'latest' kononnya.
" Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorakSuka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak "
Teringat tiba - tiba lagu LAYU dari MaliQue. Kita hanyut dengan mengikut bukan meneraju. Orang bercinta, kita juga dambakan kasih sayang seperti itu. Aku tak salahkan kerana aku juga begitu. Kamu semua tahu mana yang baik, mana yang buruk. Masing - masing sudah besar bukan?
Sudah besar, cintanya sudah lain. Lebih serius kononnya. Sebab itu makin hari makin banyak benda bodoh kita dengar sehingga ada yang membunuh diri kerana ditinggal kekasih. Sial. Mak Bapak kau dekat rumah, hari - hari kau ketuk duit diorang, diorang still lagi sayang kau. Ini kau kena tinggal balak atau awek, kau nak bunuh diri. Apa kau tak sayang diri kau sendiri? Apa kau tak fikir mak bapak kau sedih kat rumah? BODOH.
Itulah cinta manusia. Lemah sepi. Tapi jangan resah. Kita boleh ubah yang lemah jadi berharga. Kita mampu, ya kita mampu. Cinta sejati itu indah kawan walau penuh sifat lemah di dalamnya. Perkahwinan itu tanda cinta. Dan permulaan sebelum perkahwinan itulah ujian CINTA SEJATI. Kalau syaitan dan nafsu kau mampu halang dari meresap ke dalam hati kau, maknanya kau hebat! Kau berjaya kawan! Aku sendiri tidak mampu. Serius, aku tak mampu menahan godaan nafsu ku sendiri walau syaitan sedang bercuti di Hawaii waktu itu. Bodoh aku ni.
Diam dan menung kembali.
Dalam mencari pasangan hidup, di mana letaknya CINTA itu?
Lu suka? Lu like la. Anggap jela macam share. HAHA
2 comments:
cinta itu cahaya sanubari
kurniaan tuhan fitrah insani
dan di mana terciptanya cinta
di situ rindu bermula
cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala..
sekali-sekala nyanyi lagu in-team ape salahnya an an. masalahnya sekarang ni mmg byk kes cinta yg dah menyimpang, sbb manusia lupa cinta hakiki itu cinta ilahi..
cewaaahh
hahahaha itu sudah mesti...bukan orang lupa, tapi biasa orang buat2 lupa....tak gitu? hehe :P
Post a Comment