Pages

Saturday, April 30, 2011

Ko nak Nasihat Aku? Dia Lagi Teruklah!

Mentaliti manusia biasanya akan membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain yang lebih teruk. Pemikiran kita yang mahu menunjukkan yang kita tidaklah seteruk mana menimbulkan hal ini. Kita ambil contoh,

" Ala, kenapa aku jugak yang ko nak bising, aku hisap rokok ko bising itulah inilah, tu member ko yang tak pakai tudung tu ko tak sound lak! "

Lebih kurang macam ni la kan....

muka marah apabila ditegur. HAHA


Apa pandangan korang tentang perbuatan membandingkan ini? Kita semua pasti pernah kan membandingkan begini? Agak - agak elok tak?

Kita sebagai manusia ni ada ego masing - masing. Ada yang tinggi ada yang rendah. Tiada siapa mampu pertikaikannya. Ia adat kehidupan seorang manusia. Ego inilah yang sering membisikkan kata - kata perbandingan seperti ayat dia atas apabila kita ditegur. Kita mahu juga katakan dia, dia dan dia itu lebih teruk dari kamu. Kenapa mahu sibuk akan hal kita! mereka itu yang patut kamu tegur!

Nampak logik. Ya, sangat logik. Jika ditegur akan gadis yang tidak sopan pertuturannya,

" Aku jahat mulut je, tapi aku ni tak adalah macam diorang yang pakai baju ketat - ketat tu! Baik lagi aku ni. "

Bila ditegurnya mereka yang memakai baju sendat,

" Aku dah cukup ok dah pakai tudung. Ko better pergi nasihat orang yang tak pakai tudung tu haa..."

Bila ditegur mereka yang tidak memakai tudung,

" Aku tak pakai tudung je, tapi aku tak adalah macam yang dalam video lucah tu. Nama je pakai tudung, tapi main dengan pakwe dekat rumah mak bapak diorang selamber jerk! "

Bila ditegur mereka yang terlanjur dengan 'pakwe' masing - masing,

" Kami tahu kami salah, tapi kami cuma melakukannya dengan dia ( pakwe mereka ), bukan macam bohsia tu, main dengan semua suka - suka je. Pergi nasihat mereka "

Bila ditegurnya golongan bohsia ni,

" Kitorang main sekadar nak enjoy, kitorang tak adalah serabai macam pelacur yang letakkan harga pada maruah diorang! kitorang main dengan sapa yang kitorang nak ok, bukan dagangkan maruah kitorang macam pelacur! Pergi nasihat diorang sana.."

Bila ditegur kaum pelacur,

"Ada aku susahkan anak yatim? Ada aku seru - seru jin? kitorang tetap Islam ok, cuma hati masih belum terbuka nak taubat. "

Disalahkan bomoh - bomoh setan bagai. Ok, aku akhirkan di sini. Kenapa? Kerana ia tidak akan berakhir jika aku sambungkannya. Alasan yang diberi manusia yang lahir dari ego sebuah nafsu memang banyak. ego yang membentak dalam diri kadang memang kita tak boleh nak elak kan?

Sepatutnya pada aku, kita patut terima walau kita ditegur tentang benda kecil macam mana pun. Itu lebih baik dan berakhlak. Aku juga sejujurnya masih gagal nak membersihkan hati aku dan terima semua teguran orang terhadapku. Ya, egoku amat tebal tapi aku sentiasa cuba membuang ego sampahku itu. Kamu semua tidaklah mempunyai ego setebal ku kan? Aku tahu itu...:D

jangan marah sangat bila ditegur
sampai jampi2 buat vodoo bagai
Idea ku, sebelum kau nak membentak dengan teguran orang, kau peruntukkanlah 5 minit untuk kau berfikir. Muhasabah apa salah kau sampai kau ditegur. Adakah teguran itu membina atau menghancurkan? Adakah ia datang dengan ikhlas atau teguran itu hanya bersifat celaka? Diam, fikir, yakin pada diri kau. Fikirkan dari segala sudut tentang teguran yang kau terima itu sebelum kau meninggi suara atau tersentap dengan hebatnya!




Nasihat terbaik aku untuk mengatasi masalah ini ialah dengan banyakkan berzikir mengingati ALLAH dan banyakkan membaca AL - FURQAN. Kerana ia adalah sebaik - baik ubat dan makanan untuk HATI.

Baik dan buruknya seseorang ialah berpunca dari hati. renung - renungkanlah........

p/s : Contoh di atas tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. janganlah marah aku ye kaum hawa. sekadar contoh.



-----------------------------------------------------------------------------------------


Dah cecah 5555 pageview. Kah3, aku suka nombor nih :D

10 comments:

no_answer said...

dunia sekarang dah teruk :(

Haikal Blank said...

tu la pasal!! sabo jela~ hu3

Unknown said...

bagus penulisan yg matang, aku dah bagi pendapat pasal hal ni kat blog aku, ko search kaedah hujah k.. :)

Haikal Blank said...

Thanx brader Zulfikar!! :) ok2..ku janji ku search, ku baca nanti. jangan risaulah ok!! :D
nak gak baca pendapat orang lain kan..baru stylo...keh3

Eyka said...

sokong la si cunn! nice onee aww~ :) *thumb up*

alyaa kamil said...

kau boleh jd sasterawan neh pa..bangga dowh aku ade kawan hebat cm kau neh eheee

Haikal Blank said...

hahaha thanx eyka oii!! :D kembang kuncup aku bila kau sokong...haha

Haikal Blank said...

alya, jgn lebih - lebih...kang pecah idung aku kembang kuncup kang...hahaha :D

adwafarahin said...

sblm nasihat org kite kene tgk dri sendri dulu
:)

Haikal Blank said...

yeah adwa!! itu point paling penting. kah3...kalau tak tengok diri dulu, nanti kena bahan balikla jawabnya...:D