Pages

Monday, May 2, 2011

Aku dan Blog aku.

Otak aku kelihatan kusut malam ini. Bukan kerana pageview yang merudum jatuh kepada bilangan 14 sahaja hari ini, tapi kerana aku mungkin memang telah ditakdirkan kusut untuk hari ini. Siapa tahu bukan?

" Kan aku dah cakap kal, dah masuk minggu exam ni. Kau kena study untuk masa depan kaaau...Bukan melayan perasaan atas katil macam bangang!" Aku bermonolog sendiri.

Rabu ni aku ada paper statistik. Memang susah bagi aku tapi orang bijak pandai cakap jangan anggap suatu benda tu susah, nanti dia jadi susah. Jadi aku pun mengambil jalan cerdik dengan menganggap statistik itu sangat mudah, sangat senang! Ya, dan aku berjaya mengubah mindset aku! Sebab itulah aku termenung je atas katil. Kerana benda senang kan, esok boleh lagi study. Bodoh aku ni rupanya.

Ini bukan entry serius mahupun lawak. Ini entry mundur untuk orang macam aku. Aku selalu sebelum ini bercerita tentang benda - benda yang semua orang tahu. Semua orang dah tulis. Isu - isu picisan yang semua orang dah muak untuk baca. Tapi aku peduli apa kan? Sebab aku tahu yang benda kecik tu lah yang susah orang nak buat, orang nak faham. Mungkin hati belum terbuka kan, nak buat macam mana.

Minda aku terbuka bila aku membaca blog - blog independent yang bercerita tentang apa sahaja yang mengarut yang jarang dilihat, dirasa dan dibaca. Aku mencari satu keunikan seperti itu untuk aku masukkan di dalam blog ini. Aku selepas ini mahu lebih telus dari hati aku dalam menulis di blog aku ini. Aku tak menjanjikan apa - apa, cuma aku akan berusaha untuk mencari kepuasan diri aku sendiri dalam menulis di blog. Ah, ulang ayat sama je aku ni kan. Sabar jela ok! HAHA

Aku ingat nak cari awek blogger la. Mana aku nak cari haa? Kena pergi buat blogwalking, blogrunning semua tu ke? iskh, macam lecehla lak. Aku ni dahla semulajadi malas. BW jarang sekali buat. Aku selalu jumpa blog orang, aku baca berpuluh - puluh entry - entry lama dia sebab aku nak taw perubahan - perubahan dalam blog seseorang tu. AKu nak kaji buat informasi sendiri. Aku ni memang suka membaca, faham - faham jela kan. Jadi memangla susah untuk aku BW bagai. Satu hari, berbelas je blog aku bukak. itupun termasuk mereka yang follow aku or melawat blog aku. Aku mestilah kena jenguk blog diorang kan. Baru adil. tak gitu?

Follower aku memang lambatla nak naik. dah sebulan baru naik 10 orang bagai. Aku tak adalah kisah mana pun, tapi seseriusnya, aku menghargai mereka yang tekan button follow kat blog aku tu haa. Aku selalu komen pada entry yang boleh buat aku ketawa or berfikir sejenak. Tapi komen aku tak adalah banyak, cuma sekadar datang melawak je la. Ada jugak orang tak suka komen - komen gaya aku ni haa, biasalah, ayat tak skema, nampak bersepah bahasa. Entahlah, aku tak rasa lak macam tu. Mungkin aku yang BODOH kot. HAHAHA

Maaflah bagi yang suka baca blog aku ni haa tapi tak suka entry aku kali ni. Sebab biasa kelakar, menyentuh isu - isu yang pelik, dengan gaya bahasa yang kononnya lawak walaupun aku tahu tak ada orang gelak walhal aku da usaha habis baik dah. Tapi aku tetap sayang semua yang pernah tersenyum bila baca blog aku ni.

Mungkin aku ni sayur dalam dunia blog ni, biasalah, tak hebat menulis, follower pun sedikit, traffic tak meletup, tapi aku tetap happy macam ni sebab tetap ada orang puji. Memang aku gila pujian, gila mencapap. Itu gurau, jangan percaya! Aku ni biasa - biasa aja, low profile, suka ketawa dan gila - gila orangnya. Bagi mereka yang pernah berborak dengan aku, mereka tahulah perangai aku macam mana kan.

Hei, dahla, aku nak tidurla, esok baru aku start study tuk statistik rabu ni. Thanx pada yang sudi baca blog bengong ni. :)

*yuk turu yuk!!

5 comments:

Eyka said...

sabooo jex laaa~ klu sush sgt kita bakoo..dan rata tanam cilii~ sape setuju angkat tangan macm sayaa~!!! soleyyy2~ :)

weyy..cun gudluck tau...:)

semua benda susah kalu tak usaha..benda eyka tgh pikir skrg pon sush gak..so otak dah jem..sabo jex laa! =.="

Haikal Blank said...

hahaha ok eyka kacak oiii!! aku memang akan all out stdy sok untuk statistik ni haa..:)

doakan aku cemerlang ok!! :D

Eyka said...

no hall punyee~ eyka doa slalu utk kau la si cunn!:) buat baik2 tau ^^

Kak Long said...

yuhuuu... sori lambat sket balas jejak.. hu3 blog ni tak bengong lah.. jgn lah rasa negatif je selalu.. sbb berblog ni bebas..pembaca yg bijak akn tahu beza mana blog yg bes mn yg tak.. tp at the same time, follower sket tak bermakna blog kita hampeh..apa yg penting ialah kita buat yg terbaik dan kita puas dgn usaha kita.. kan kan.. tak caya niha nak bagi award.. hehe

award utk blog ni..

http://dakkcique.blogspot.com/2011/05/one-lovely-blog-award.html

Haikal Blank said...

hahaha gila panjang komen kau! memang tersentuh hati aku nih! HAHA thanx geng!! :)
aku ikut nasihat kau nih, jgn risau...:P