Pages

Sunday, February 27, 2011

Rasa Hati : Lelaki Buaya Vs Wanita Aligator

kepada abang kacak dan gadis menawan sekalian, dengarkanlah..................

Zaman sekarang. berpegangan tangan sewaktu bercinta itu biasa dah. haram? ramai tolak tepi. malasla nak cakap dah, pandai - pandaila faham ok. aku ni pun bukan baik sangat. bilalah nak berubah kan? doakan aku dapat berubah jadi lebih baik. eh, bukan aku je, kita semua ok! :D

itu bukan tajuk yang aku nak cakap sekarang ni. tetapi hanyalah sebagai pembuka kata untuk pembaca semua berfikir sebentar sebelum membaca entry ni sampai habis.kan best berfikir ni. menjana minda. fungsi dia macam susu enfagrowla, menyambung sel - sel kat otak. hahaha aku seperti biasalah, agak mengarut perbualannya.

Isu Sekarang : Bermain dengan hati dan perasaan orang lain, bercinta dalam diam dengan kekasih orang, curang, main kayu 3, 4 dan seterusnya, memang selalu berlaku. aku dah rasa ia semua dah resam dunia. sebelum ni aku dah panjang bebel tentang CURANG kan? kali ni aku x pandang dah sudut curang tu. aku nak kupas tentang pendogma tipu daya ni. aku nak fokus kepada yang memang sukakan kecurangan itu wujud.

ala, yang memang niat dari awal nak pasang banyak. dah bukan curang dah! niat awal2 dah ada. eksploitasi kecantikan sendirila katakan.

BUAYA DARAT?

ok, ia sinonim dengan lelaki kan? sebab inilah lelaki dianggap tidak jujur, penipu. bahkan ada yang sudah tidak percaya pada lelaki! jadi lesbian sampai pun ada. apa nak jadi.
tapi INGAT! bukan hanya lelaki yang BUAYA! tetapi perempuan pun ada yang jadi aligator ni. depan ni sayang dia ni, belakang ni sayang dia ni. sampai aku pun keliru dia ni nak siapa sebenarnya. PENING - PENING.....

Best ke pasang banyak - banyak ni?

soalan ni aku sering ajukan pada mereka yang ada ramai gadis dalam tangan dan lelaki maskulin sebagai teman. mereka tersenyum
ya! mereka juga tidak tahu kenapa mereka berbuat demikian. mereka kata senang, g memana pun ada orang yang kenal. okla, betul jugak kan, kang pergi mana pun, boleh mintak tolong orang jemput ke apa kan. kekasih gelap kannn.....

aku terima, itu cara dia. tapi aku x suka cara itu. aku harap aku tidak akan tergolong dalam lelaki ditipu sebegitu. aku cuma boleh dan rela ditipu oleh sestengah orang sahaja. hahaha pelik kan aku? rela ditipu pun pilih orang. hahaha ok, abaikan.

pada pendapat tulus aku ni, janganla kita jadi buaya atau aligator ni. kan tak baik. kita mainkan perasaan orang ni haa, nanti kalau kita yang terkena, macam mana?? lagila kalau waktu kita nak terkena tu, kita dah berkahwin. sedih kan?? takut kan?? aku memang takut, sebab tu aku x buat. aku serius ni, aku memang amat takutkan masalah rumah tangga. mintak - mintak dijauhkan. aku nak bini aku nanti bahagia je ok dengan aku!! yeah!! hahahaha...

ala, malam ni tak ada benda menarik aku nak kongsi pun. hanya rasa hati aku tentang BUAYA ni haa...baik lelaki atau perempuan. jangan lah kau mainkan hati dan perasaan orang. kau silap orang kau tipu, macam - macam benda buruk boleh jadi.

"jangan disangka air tenang tiada buaya. "

hahaha walau kau buaya, kau jangan ingat kau selamat. kau belum kenal erti buaya yang sebenar. perangai buaya darat itu yang mungkin akan melemahkan kau. ingat. :)

11 comments:

diela said...

tnx for sharing..sy suka entry ni..sy sgt x suke laki buaya..hahaha..x sume laki cmtu..tp sape2 yg buaya tu harap berubah la..once dye wat kat org..lambat laun akn kne kt diri dye jugak..huhuhu

Simpleblanklife said...

haaa...taw xpe...haha sabo jela..laki pempuan yang buaya ni, kita jauhi ok..kah3...sabo2, ko jgn emo sangat..kawal marah tu..keh3..
harap2 xdelaya buaya pasni! haha

diela said...

huhuhuh..x marah..geram jerr~
pengalaman mengajar aq untuk lbeyh berhati2~huhuhu

CiK GorGeouS ! said...

direct ! =)

Simpleblanklife said...

come on la diela! lu msti jumpe yang baik punye, selagi lu pecaya oK! :D aku sentiasa doakan yang trbaik tuk kawan2 aku...:)

gojes! wow! hahahaaa aku mmg agak direct. just kadang2 sinis dalam tegak..:P

Simpleblanklife said...

come on la diela! lu msti jumpe yang baik punye, selagi lu pecaya oK! :D aku sentiasa doakan yang trbaik tuk kawan2 aku...:)

gojes! wow! hahahaaa aku mmg agak direct. just kadang2 sinis dalam tegak..:P

fasha said...

suke entry nie..tapi tak tau la camne rasa bila jmpe laki boye darat ek...sure sedey gilee...

Simpleblanklife said...

haha baik jgn pk dowh. memang amat menakutkan. mereka amat ganas, rakus, kejam tetapi mggoda. uish, bahaya kan? hahahaha

Simpleblanklife said...

haha baik jgn pk dowh. memang amat menakutkan. mereka amat ganas, rakus, kejam tetapi mggoda. uish, bahaya kan? hahahaha

SyafiqRidhwan said...

air yang tenang, buaya pun tak sangka dia ada dalam tu. - petikan daripada nazmi raja lawak. (tak lawak) ^^

Simpleblanklife said...

Terompah Caring, ye, ia lawak. cuma saya tak ketawa sahaja. hahahaha
buaya mungkin lebih tenang jika air itu tidak tenang. aku dah mengarut. dahla......hahahaha