Pages

Monday, February 28, 2011

Rasa Hati : Aku Dan Maya

Aku dan Maya



Kiranya mampu ku sebut semua.
mampu ku lafaz jejak kata
mampu ku ucap nada pasrah
mampu ku bela nasib kita
semua bersama satu bangsa

kadang minda padam tanpa sebab
aku diam termenung mencari asbab
walau tiada pasti semua ku cari
aku diam sunyi mencari isi

ku fikirkan kau, dia dan mereka
kita sama
ya, kita semua serupa
kenapa masih ada hasad?
adakah ia budaya kita?
sekali ku diam, sedua ku berkelip sendiri

aku mentah, kau matang
aku lembut, kau keras
kau buluhkah? kau pokokkah?
kita manusia. bukan serigala.
kalau ku salah, harap kau ajar
bukan kau bezakan dengan adat sampah 
yang kau sendiri cipta

aku kosong
kosong dalam semua
kau hebat, ku yakin ia
semuanya ku sanjung
ku puja
walau ia sementara
tapi kelibat bayang aku bukan palsu
makna cemuh ku terima walau kelam kakinya

aku tidak mengharap kasihan
aku berbelas juga
aku mahukan keikhlasan
aku tulus juga

ini bukan ruangku
ini untuk semua
tidak ku beri pintu
ku pimpin kau ke pintu
kau sedia atau tidak, itu cerita kau
aku hanya senyum segala
resah sedih pasrah ku akur akan kurangnya

aku senyum melihat gelagat dan cerita mereka
eksploitasi minda kadang disalah guna
lupa diri menjadi cerpen dunia
walau senyum ku galas
hairan dalam kepala muncul
inikah dunia MAYA?

aku terhibur akannya.
terima kasih pada siapa yang mengenalkannya kepadaku.
aku mahu mencari siapa dan siapa
yang ku cari adalah mereka
yang kau tidak tahu siapa
hanya si tukul mengenal pakunya
aku paku hina mencari pahat dusta

Resah, Keji, Ku Langkah untuk pencarian si suci
ini adat sebenar. :)



No comments: