Pages

Tuesday, March 1, 2011

Rasa Hati : Aku Hina

Ya, aku bukan sempurna. aku budak nakal yang kasar bahasa, tiada seri di mata sesiapa. Aku mungkin kotor pada mata yang lain. ya, aku sedar aku tidak hebat sepertimu. tapi aku bukan mereka yang lupa semua. siapa jadi kawan, aku hargai. aku tidak suka menipu rakan sendiri. aku tidak suka mengkeji sesuka hati. aku bukan si domba hina yang berpegang pada nafsu. aku cuba kenal apa erti dunia.

Ya, aku masih mentah. kotor. jauh dari jalan ILLAHI. aku masih lemah kawan. tapi aku sedang mencuba. apa kau tahu jika aku menangis ingin berubah setiap malam bila ku kenang? aku bersyukur kerana aku masih sedar akan siapa aku sebenar. kalau boleh, ingin ku bawa semua yang lemah sepertiku, sama - sama berfikir, sampai bila nak bergelumang dosa? sampai bila nak mengejar neraka? apa akan sempat untuk kita bertaubat?  aku lemah kawan. aku lemah.

Ya, mungkin kau kata aku bodoh, tidak pandai, buta dunia. tapi apa kau tahu semua yang aku tahu? kau berkata dengan nafsu. kau buang akal kau. kau fikir kau tegak dan itu cara kau. kau alunkan nada zina mengutuk mereka, dia dan semua. kau ingat asalmu kawan. kita sama semua. cuma lain caranya. selagi kau belum kenal sepenuhnya, kau jangan anggap semuanya sama. sekitar kita beza. fahamilah ceritanya....

Ya, kau kata itu kebebasan kau? tapi apa kau tidak fikir akibatnya? pengajaran manusia itu kadang kejam. aku sendiri tidak sanggup nak bercerita. dendam manusia mengalahkan syaitan kadangnya. aku takut kawan. aku takut kau termakan dendam mereka - mereka itu. aku tidak mahu kau terluka, itu sahaja.

Ya, kau tinggi pelajarannya. kau pandang kami yang lemah sebagai sampah kadangnya. budak jalanan itu tiada erti di dunia. tapi apa guna kau hebat dunia, tapi kau bergelumang dosa? dengan kapelnya, dengan derhakanya, dengan bongkak takbur kau. ya, itu aku. aku yang bongkak semua. maafkan aku kalau aku tersilap kata. aku memang lemah, hina. maafkan aku.

Ya, sekeliling kau kaya, penuh nikmat dunia. kau ada kerja bagus, duit yang mencukupi. sebab itu kau lupa diri. kau hambur segala nafsu dalam kata - kata. kenapa ya? kerana kita semua sama sebenarnya. KITA manusia. lain cara.

Ya, aku memang nampak tidak pernah serius. tapi ada kau kenal aku? ada kau pernah berborak tentang erti serius tentang aku? kau tidak kenal ku bukan? aku memang, nampak kosong, tipis, pada pandangan kau. biasalah, kata itu setajam mata pedang bukan? jangan sampai kau terhiris pedang sendiri kawan.

Ya, ini bukan apa, ini hanya nasihat dari sahabat, kepada rakannya. aku sayang kamu semua. bukan apa, cuma beringatlah, jangan cepat buat kesimpulan dalam semua benda. jangan berkata bongkak walau itu kebenarannya. jangan jadikan takbur itu satu kebiasaan. jangan kau jadikan yang buruk itu perkara biasa. lebih tepat lagi, ADAT. kau kata ia adat dalam dunia ini. dari dahulu muncul. ada faedahkah? ya, ada untuk kau. kekadang, biarlah kita rosak, daripada kita merosakkan. jangan kau tabur noda di dalam hati manusia lain. buanglah estetik egomu itu.

ingat," Jangan Jadikan Ia Adat Sampah Yang Kau Cipta "


No comments: