Pages

Tuesday, March 1, 2011

Rasa Hati : Aku. Hipokrit. Blog

ya, ia sedang berlaku. pergolakan minda remaja memang sukar dikawal kita. seharian penuh emosi kadang - kadang menerpa. penipuan, korupsi dunia menjadi - jadi. kenapa? kerana emosi songsang kita guna pakai. kita lupa diri yang kita hamba sahaja di semesta indah ciptaan Allah ini. kita lupa.

arah dosa kita tuju dalam pemodenisasi diri ini. kita angkuh dengan nikmat yang diberi. kita maki dia, mereka dan semua kononnya kita sempurna. kononnya membangkang tunjuk protes diri. tapi akhirnya memakan diri dalam diam. dalam semua kata yang kau hambur.

apa ada dengan cerita kita? 
tanpa ilmu, dalil kita hembus. kita banyak berkata tentang dunia palsu. kita lupa.
yang dunia ini tidak menjanjikan apa - apa kecuali hanya satu peuang untuk kita bangkit membangunkan diri ke arah puncak sejati. apa yang sedang kita lakukan?

sekalipun kita sekadar saling mengingati, tetapi kenapa harus dipandang isu picisan ciptaan si bodoh yang lupa diri? kau mengingati dengan cara mereka yang mengkhianati bangsa. dia cemuh, kau kutuk. apa itu lain? kita punya cara kita. kita punya adab kita. kita punya segala. kau lupa. kotak hidup kau besar, tetapi kau hanya duduk mengira luasnya. 

bila lagi baru kau nak bangkit ukur kemampuan dirimu?

aku sayu. aku palsu. aku tiada kata.

diciptakan ruang untuk kita menikmatinya, ya, dunia internet.
perlukah kita salah guna? merosakkan sesama bangsa? mewujudkan assobiah sesama bangsa? ya, itu hancur. ia luluh. ia serakah semata - mata.

semakin luas peluang kita ada, kita semakin rakus untuk menjahanamkannya. fitnah bermaharajalela. cerita domba kau jaja. semua kerana mata kau lihat tanpa hati. kau pentingkan s dan s sahaja. bukan kau, kita. cuma kita lupa apa caranya.

aku bersuka datang ke sini untuk berhibur dalam irama tersendiri. aku kadang malu dengan cara aku menikmatinya, tapi kau, kita, semua ku anggap rakan.
rakan sedunia dalam cara masing - masing. kita sama. janganlah kita menyebar virus derhaka sesama kita. tidak salah kan kita tersenyum sesama kita setiap masa? kita berborak tanpa wajah, tanpa visual. tapi aku rasa perbualan hati akan lebih sempurna dengan cara ini. kadang keikhlasan itu palsu, tapi aku rasa ia menguntungkan, kerana pemikiran positif dari si pembaca akan lebih jelas kelihatan. kita mula menganggap yang dia itu baik. yang sana itu baik. walau kita tidak tahu wajah hatinya. ia bagus bukan?

kalau tiada cemuhan, kita dipuji bukan?
kita dihargai bukan?
kita disayangi bukan?

aku tahu aku hipokrit, aku tidak layak berkata apa. post ini sekadar suka, saling mengingati sesama kita.

ku mohon maaf andai ada yang silap, dan aku tahu aku tidak layak promote post ini di mana - mana ruang. aku nak orang share? ada ke yang nak share? aku tahu itu tidak akan terjadi. biarlah aku duduk diam menyepi.

 ia untuk tatapan aku sahaja. (mungkinkah? ) ya, aku hipokrit. katakanlah..........................

:)

2 comments:

HaKim is MiKaH said...

hipokrit

Simpleblanklife said...

biasalah, nak idup brader...(haa??) hahahahaha dem lah kau. aku baik kot...kah3