Pages

Tuesday, March 1, 2011

CELOTEH tentang : Menjadi dan mencari kawan sejati

Bila hati buta dalam mencari teman.

ya, itu yang aku cuba usulkan di sini. memang ramai kawan dan rakan sepanjang perjalanan hidup kita ini. kita sering berjumpa dengan dia yang baru yang kita label sebagai rakan. rakan dan kawan, ya ia benda yang sama. manusia yang menemani kita atau pernah bersama kita dalam apa jua situasi yang kita pernah hadapi.

tapi sejauh mana kita perlu percaya dan boleh diletakkan sebagai seorang sahabat sejati?

ia subjektif. banyak kali sudah ku ukir kata tentang sahabat, tentang cara memilih sahabat. tapi hati berdetik lagi untuk berbicara tentangnya.

kerana apa?

kerana kita sering lupa tanya dengan hati kita apa jenis sahabat yang kita ingin cari. apa jenis manusia yang ingin kita dekati. kau keliru?
itu normal. pengalaman masing - masing berbeza. pengajaran itu datang dari pengalaman. cuma satu, jangan kau ego dalam mencari sahabat.
jangan kau butakan hati dan pandang dengan mata kasar sahaja.

ada yang kata " aku nak carik kawan yang baik celah mana?? dah sekeliling aku orang yang macam tu je ada! "

ya, itu benar, memang sukar dalam situasi tertentu. yang belajar di U dan bekerja di tempat yang suasananya aman, memang senang nak berjumpa sahabat yang mampu kita dekati. tetapi di suasana yang berlainan? banyak ceritanya. kita ambil contoh, jika ada yang bekerja di pusat hiburan, di hotel - hotel, di pusat karaoke, di kedai makan kadang - kadang, kita berjumpa dengan ramai orang. ramai orang yang jahat juga. sukar kan kita nak mencari walau SEORANG sahabat?

buka minda kita, ya, aku tahu tempat - tempat hiburan itu mungkin dikata penyumbang dosa. tapi aku tidak layak mahu menerpa akan mereka. mereka juga manusia. perlukan seorang sahabat. cuma nasib mereka tidak sama dengan kita. itu kerja mereka, hormatilah.

mereka memang sukar mencari sahabat. anda mesti setuju kan?

fikirkanlah bolehkah mereka berjumpa orang yang baik untuk dijadikan sahabat? nak cari sorang pun payah beb...serius. bayangkan kau di tempat mereka. sukar kan? :)

suasana sekeliling mereka memang menyukarkan. TAPI! pada saya, kita yang mengawal suasana itu. kita yang ada akal, hati, boleh memilih jalan yang kita mahu. jika kita percaya pada diri, terima pendapat orang lain, buang ego dalam hati, kita mampu mencari orang yang boleh dijadikan sahabat. kalau bukan dari tempat kerja pun boleh bukan? rakan kampung, teman sekolah, mereka masih rakan kita. kita cari yang baik dari sudut yang lain. buka akal kau, jangan sempitkan dengan situasi.

KITA YANG MENGAWAL SITUASI!

kita kuat sebenarnya. tapi kita tidak sedar. kita kadang terleka. biasalah tu kan...haha

ala, aku tak dapat nak berceloteh panjang petang ni. susah nak menaip. tapi kalau berborak, aku mungkin mampu nak beritahu semua pendapat aku. ayat tanpa riak wajah amat sukar padaku. kau setuju bukan? :)

aku cuba listkan ciri - ciri untuk menjadi seorang kawan yang baik.

1) kita perlu setia mendengar apa - apa dari rakan kita.


2) buat mereka tersenyum! ya, itu terbaik. jangan beri mereka kenal erti sedih bila berjumpa dengan kita. 


3) sentiasa senyum walau apa pun. kita pastikan kita sentiasa gembira dapat berjumpa dengan semua rakan - rakan kita.


4) hormatilah cara hidup rakan kita. ya, kalau kita ada kawan yang ada kekurangan dan kesilapan, janganlah dibenci rakan itu. bencilah perbuatannya dan sentiasalah menasihatinya. tapi kalau tetap x dengar, dia ego, xhormat balik cara kita, kita tinggalkan je dia. watpe nak kawan nan dia lagi kan? :D


5) doakanlah setiap hari untuk semua rakan - rakan kita. ia bagus. percayalah. hati akan lebih ikhlas dalam berkawan. percayalah! :)


6) percaya pada diri sendiri dan buktikan yang kau boleh menjadi kawan yang baik.


7) jangan sesekali memaksa dalam berkawan. mereka ada cara mereka sendiri dan kita ada kehidupan kita sendiri.


8) jangan mudah merejuk dengan kawan! itu tanda kita tidak kuat, tidak ikhlas. bersabarlah. Allah suka orang yang bersabar.


9) ikhlaskan diri dalam berkawan. selagi kau ikhlas, kau akan rasa seronok dan mereka yang berkawan dengan kau akan rasa seronok juga. ia fitrah, lumrah. jadi tiba - tiba. kalau tak percaya, cubalah! ikhlaskan hati ok! jangan mengaharap apa - apa dalam berkawan. just be urself. and everything will show. believe in me ok....:)


10) korang isilah sendiri. aku taw korang banyak lagi idea bagaimana nak menjadi kawan yang baik. tapi oleh sebab tak boleh isi kat sini, komen jela kat bawah ye...hahahaha


dahla, aku nak tidurlah. ngantuk. hahahaha bubye semua!

uiskh, sudi - sudilah komen ya! guraw. korang baca dan cerita kat kawan - kawan pun dah ok. sekadar celoteh petang - petang je. memberi idea pada semua! :)

salam sayang dari,
HaIKaL

8 comments:

Encik Blogger said...

hurm~ tgh membaca lg nih..

Simpleblanklife said...

hahaha memang panjang kan? bosan giler nak baca...hahaha sabo jela k...:D

aimi shahida said...

takde button like ke?
heheh,
:)

Simpleblanklife said...

hahaha ada, tapi aku letak perkataan FOLLOW. hahahaha gurau jela...aku x reti nak wat bnda2 camtuh..aku reti nak membebel aje...haha :P

mardeyna said...

aku suka part ~hormati lah mereka..haaa..perenggan bape ntah..malas kira..hoho..

salam sayang daripada:
mardeyna ;)

Simpleblanklife said...

hahahaha menghormati kan stylo...kita kena trima cara orang lain walau ape pn kan...:)

kah3....
memang tersayanglah kat kau suda...hahaha

Caythrine Amanda said...

hye haikal..yup2 hormatilah mereka suke sgt sama part itu :)

Simpleblanklife said...

hahaha aku bukan ape, just bila dalam persahabatan, ikhlaslah. jangan gaduh2, benci2. x canteklah camtuh...kalau rasa ada silap, tegur cara berhemah, senyum dalam teguran. :)
kan kacak bila berkawan camtuh! hahahaha