Pages

Wednesday, March 2, 2011

CELOTEH tentang : Jangan Dilupa Bahasa Kita

bila si buta bicara, habis semua diratah keji
bila si egois bermadah, hancur semua dia lempar
bila si tuli cuba berkata, luluh semua yang benar
bila aku berbicara, tetap kosong walau apa.

aku hanya mahu melangsaikan hutang hati yang ingin bicara tentang aku manusia.

----------------------------------------------------------------------------------------------


hahaha nampak serius ya di atas. sengaja aku mahu membuka kata dengan begitu rupa. padaku, bahasa melayu itu sangat indah. sangat menakjubkan. ini memang ikhlas dari aku. siapa kata bahasa melayu tidak cantik? sangat cantik sebenarnya. cuma kadang diksi dalam kata kurang kreatif. itu sahaja. pandang sahaja karya - karya puisi dari sasterawan - sasterawan negara. wow! amat mengasyikkan jiwa. sungguh melalaikan. hahaha mungkin kau tidak setuju kataku. pedulikan! aku suka membaca sesuatu yang unik pada pandanganku. sesuatu yang kreatif padaku.aku pelikkah?

aku sedar aku memang pelik orangnya. pelbagai imaginasi merepek selalu bermain dalam kepala. ah, aku tidak kisah. dalam hati, ku tanam sifat ingin mencuba. aku cuba jadi kreatif dalam nada yang ku mahu. aku hanya mencuba. belajar dari semalam untuk hari esok. ada bangkangan? aku mampu senyum sahaja. inilah aku. :)

di dalam karya seni, sajak contohnya, ia menimbulkan kesedaran mendalam pada si pembaca. ia kelihatan ikhlas dari sekadar kata - kata kosong mereka yang mengutuk tentang itu dan ini. pada aku, di dalam karya puisi melayulah kita mampu menjelaskan segala luahan hati dari dasarnya kepada semua pembaca. walau tiada pembaca, kita sendiri merasa puas dengan hasil karya kita. seronok bukan?

aku bukanlah si penulis yang baik. ayatku rendah nilai tapi aku yakin bahasanya tinggi di mana - mana. bahasa melayu bukan? ya, ia bahasa terbaik padaku. :)

dalam berpuisi, kita mampu mencipta harmoni yang menuju keamanan, menzahirkan keikhlasan titi menuju kemesraan, melahirkan kejujuran yang menjadi asas kebahagiaan dan menegakkan kebenaran yang mencipta kesejahteraan.

ia manis bukan?madah berkait dari hati yang ikhlas dizahirkan dengan alunan irama indah bahasa kita melayu. aku bukan apa, cuma mengenangkan kualiti bahasa melayu di dalam jati diri bangsaku ini semakin tipis. disogok keindahan karya inggeris sehingga lupakan keenakan bahasa sendiri. aku juga menghayati karya inggeris, tetapi aku seimbangkan dengan seni melayu ku sendiri. lagu - lagu melayu aku dengar selalu. aku lihat kualiti liriknya. ya, aku suka pembaharuan dalam berkarya. ia unik. :)

aku tidak memaksa kamu semua menggunakan bahasa  baku dalam kata. campurkanlah sesuka hatimu, ia biasa bukan? :) aku memahaminya. ia SENANG!! hahahaha tapi cuma janganlah kau lupa akan keindahan yang kita ada. jangan kau keji mereka yang berbahasa. cubalah sesekali kau menghayati karya bahasa kita. kalau tidak kita yang menyokongnya, siapa lagi?


" kita melayu, bangsa yang cintakan bahasa kita. "

4 comments:

mardeyna said...

wahh..saya tidak sangka anda pandai tulis pantun..hebat..!

Haikal Blank said...

hahahaa bila lak aku pandai berpantun!! hahaha perli la tuh...marjina....hahaha
sengal! :P

mardeyna said...

erk..aku tak perli laa..-.-" pujianku telah di salah anggap,
apalah nasib ku,
marjina nama dipanggil,
sungguh x masuk pantun ku ini..
HAHAHAHA..

Haikal Blank said...

hahahha ok2...yela, kau mempuji ku...aku sangat2 terharu nih! hahaha bingungla kau gadis mardeyna oi! bila nak nyanyi atas pentas khas untukku ni? hahaha