Dalam bercinta, memang aku sering terleka.
aku sering lupa tentang dosa dan pahala.
aku hidup dalam dunia rekaan aku sendiri.
ini cerita tentang aku. kau tiada. aku tahu kau sempurna. iakah?
sebelum kenal ku kata suci. ku canang kebaikanku.
tapi selepas kenal, ku tayang belangku.
serakah manusia kadang ku sendiri tidak dapat mengawalnya.
biasalah, manusia. kata hatiku.
pada awalnya berborak dalam tulisan tangan. handphone sms ku tulis.
disahut borak kata dengan supersaver.
disulam ayat cinta bujetnya setia.
memang banyak ku tipu dalam kata.
ku 'usya' dia dengan sempurna.
esok lusa, kurancang semua.
ku ajak keluar, ku pancing segala.
hadiah semua, harta ku habis.
tidak apa kawan, janji ada hasilnya. bisik hati jahatku.
selepas jarak masa, dia terima cintaku kononnya.
walau hakikatnya dia hanya suka duniawi.
biasalah, cinta remaja. kononnya.
berpegangan tangan itu sudah pasti.
wow, berjalan bangga dengan bergaya.
lupa sebentar dosa. bukan kecil. antara 70 dosa besar.
bawah sedikit sahaja dari murtad. siapa sangka itu aku?
berterusan semuanya sehingga cinta dibuktikan.
ku serah segalanya bang, kata dia.
aku? aduh, kucing mana xnak ikan bawal bakar betul tak?
dikata wangi segala walau hanyir sebenarnya.
aduh, terlanjur itu katanya.
tapi berterusan berkali tidak terkira.
dosa? apa itu? kata hatiku.
apa seterusnya?
aku sendiri pun tidak tahu kerana aku itu bukanlah AKU.
siapa aku?
ia sesiapa sahaja.
ramai yang boleh menjadi aku di atas. perkara sebegini menjadi lumrah kononnya kata si orientalis dunia. ah, banyak sudah berita di surat khabar segala. pembuangan bayi, anak luar nikah, sumbang mahram. ah, sakit mata melihatnya.
tapi apakan daya.
aku bukan seorang yang layak untuk bercerita. aku adalah AKU. yang penuh dosa. kalau kau kenal siapa aku di atas, nasihatilah dia. ada ganjaran besar untuk kau.
ingin saja ku ulas tentang dosa sumbang mahram itu, tapi aku malu. aku juga pernah berpegangan tangan segala. imanku tipis. mungkin hampir tiada. aku berdoa agar aku dapat berubah. aku dan kau sama. kita hambaNYA.
jangan dipandang ringan akan janji Allah.
" Seorang penzina, jodohnya adalah seorang penzina. "
- hanya ALLAH sahaja yang mengetahui -
saling mengingatilah ya. kau lebih layak untuk mengingati mereka. aku tidak mampu. maaf.
5 comments:
perghh..!terbaik lah encik haikal blank..!*clap clap clap..
perghh..!terbaik lah encik haikal blank..!*clap clap clap..
hahaha apela kau nih...xde pape special pun weyh! haha tapi thanx la..berbunga - bunga ati aku kau puji..hahahaha
terbaek ah pa..kau boley jadi sasterawan negara dowh..betol tak tipu!:)
hahaha mana ada...giler kau alya oi...aku ni sesaja bolehla, sekadar memberi pandangan dalam sdikit sinis sahaja...haha mengarut aku hebatlah! tapi, aku sntiasa berterima kasih sebab sudi jenguk blog wa!! :D
Post a Comment