Pages

Tuesday, January 3, 2012

Sogok Minda Sendiri Dengan Pendapat Bangang. Tiada gambar. Memuntahkan.


Selamat pagi, petang atau malam (terpulang korang baca waktu bila). pada waktu aku menaip menatang ni, aku  sedang menikmati secawan milo ais di rumah sewa aku di upsi Parit Raja. Enak sekali dengan bantuan nikmat duniawi sebatang rokok nusantara hijau dan cuaca gerimis - gerimis syahdu menambah serba sedikit kenikmatan itu. Sedikit inzal akan sorga dunia.


-----------------------------------------------------------------------------

Pada tahun 2000, bapak aku ada bukak sebuah kedai runcit selepas dia pencen dari tentera darat pada tahun sebelumnya. Pada awalnya memang susah jugaklah nak rasa untungnya. Sebulan dapatlah 8,9 ratus je. Dah makan 3 tahun baru boleh pusing itu untung upgrade barang bagi tip top punya servis sampai tiub beskal pun dia jual bolehla cecah 2k sebulan. Bisnes mana yang tak untung ye dak? Cuma kena ada komitmen, jujur dan kena bijak dalam menguruskan baru boleh naik cun punya.

Tapi biasalah, bila wujud manusia perosak agama dan bangsa ni, maka timbullah aktiviti pecah masuk ni. Kedai bapak aku pun jadi mangsanya. Masa tu kitorang balik kampung, kedai tutup satu hari, datang lusa, pintu dah terkopak, lampu terbukak. Kerugian tak banyak mana, adalah 10k.

Benda dah jadi, nak buat macam mana kan. Jadi beransurlah dengan pantas membuat report polis akan kes tersebut. Mereka hantar wakil 2 orang, datang tanya - tanya soalan lazim dan ambil gambar. Bla Bla Bla siasatan Bla Bla terima kasih.

Agak - agak boleh jumpa tak siapa yang pecah masuk tu?

Tak mungkin. Tak mungkin. Sebab tak berbaloi dia nak bersusah payah untuk cari pesalah yang hanya menzalimi manusia kerdil macam bapak aku.

Mungkin tak ada kepentingan tahap tinggi pada mereka.

Rileks, gua terima. Benda bukan senang nak setel ye dak. Mereka juga manusia macam kita. Mereka bukan Sherlock Holmes, detective Conan mahupun Penyiasat Remaja Kindaichi. Bukan, mereka bukan watak - watak itu.

---------------------------------------------------------------------------

Tahun lepas, mak aku diragut di hadapan rumah sendiri. Aku kat ruang tamu masa tu, dapat tengok macam tu je. Bayangkanlah perasaan aku macam mana masa tu. Berlari aku  keluar kejar motor tu dengan kaki ayam, berlari, tengah - tengah terik matahari tu atas jalan tar. Aku pun tak tahu kenapa aku semangat berlari walhal setan penyangak babi tu naik motor. Terang - teranglah tak kan dapat punya. Tapi nak buat macam mana, aku blur masa tu, tak fikir apa dah. Fikir nak bunuh orang je.

Tapi Alhamdulillah, mak aku pakai beg tangan yang senang putus kalau kena sentap. Mak aku terduduk je dan tak terseret. Itu dah cukup buat aku lega. Hilang jam tangan, duit semua tu tak ada apa selagi mak aku selamat. Kesian gak tengok dia tak tenang berbulan - bulan macam fobia gitu. Dugaan orang cakap.

Petang waktu kejadian, aku mintaklah tolong rakan - rakan cari suspek sebab mak aku cam baju, seluar dengan warna motor. Jenis motor aku tahu dah, Ex5 sebab aku nampak kelibat motor tu dalam 0.5 saat. Pasal report polis, mak aku dah buat dengan adik aku. Bapak aku tak ada masa tu, masih bekerja di ladang. Kalau dia balik pun lambat sangat dah. Ladang dia je dah 45 minit dari rumah, naik motor wave100 lak tu. Laju la sangat kan.

Sekadar nak cerita je. boo. Siasatan juga gagal segagalnya. Takdak siasatan pun. Tapi aku faham sebab kes - kes orang kecil macam kami ialah tergolong dalam kes kecil.

Walaupun lambat, tapi aku tahu usahanya tiada henti. Tahniah PDRM. Love u lah. Big F.

-----------------------------------------------------------------------------


Aku pernah mempersoalkan secara kedai makan dengan member - member polis yang aku kenal, kenapa kalau kes - kes orang kenamaan, diorang setel cepat je? Soal siasat teliti dengan cari cap jari semua, tapi tak ada semua tu pada kes orang biasa.

Kos besar nak libatkan forensik semua ni. Mampuslah sapa nak tanggung. Takkan Hadam nak tanggung lak.

Itu jawapan paling baik yang aku dapat simpulkan.lol

-----------------------------------------------------------------------------

Kepentingan

Kepentingan itu tidak akan pupus. Ia sentiasa wujud untuk mendatangkan faedah kepada sesuatu individu ataupun entiti berkumpulan. Kepentingan dari wang ringgit, pangkat dan darjat, nama dan gadis - gadis selalunya menduduki carta tertinggi kepentingan negatif manusia.

Semua benda ada kepentingannya yang tersendiri cuma pada apa kepentingan itu disandarkan.

Contoh: Skim baucar buku RM200 ringgit kepada mahasiswa di Malaysia.
contoh - contoh kepentingan yang mungkin :
  • Pada pelajar. Galakan membaca buku tuuu...
  • Pada taukey kedai buku. Sebab konfem sale buku meningkat.
  • Pada gomen. Sebab nak pilihanraya.
  • Pada mak bapak. sebab anak tak ada alasan palsu nak duit beli buku walhal pergi joli puluhan hari dengan awek sarapan di McD.
ini hanyalah contoh bodoh dari aku. Bukan apa, sebab aku tahu dah korang faham sangat makna kepentingan ni. Tak perlu gunakan contoh cincin sosmah ataupun enjin Ex5 yang hilang kan?


ok, sambung kepada bebelan awal.

Sesiapa yang komen tentang proses 'sesuatu' ini masing - masing ada kepentingan. Bezanya, sama ada kerana diri sendiri atau untuk sesebuah entiti ataupun untuk semua manusia jelata! Ya, itu bezanya.

Kita manusia biasa, nak merubah hati sendiri pun payah, lagikan nak mengusir negativiti 'kepentingan' orang - orang lain secara total. Masing - masing ada hak dan sebab tersendiri. Mahu untung barangkali.

Ikhlas.

Itu kosakata yang tidak lagi wujud masakini. Segala perjuangan susah mahu ikhlas kerana manusia sejagat. Lagikan mahu ikhlas kepada Nya.

So, nasihat aku pada diri aku dan korang semua, ubahlah diri ni sendiri dahulu supaya kenal erti ikhlas sebelum nak menuding jari bicara soal 'kepentingan' pada manusia lain. Kepada yang jiwa muda tu, salurkan api gelojak semangat perjuangan kamu itu dalam penuh keikhlasan kerana kita semua, bukan menghancurkan dan mengapikan kemusnahan dengan laungan semangat.

Aku support perubahan, revolusi, tapi aku ada prinsip dan kriteria aku sendiri.

-------------------------------------------------------------------------------


Ada rakan tanya aku, pasal kes Hadam Adli di UHSI itu kenapa datang polis dan FRU tapi yang bertopeng - topeng di sambutan tahun baru menteri kebudayaan tu tak ada pun pukul - pukul mengamuk tu.

Pendapat aku banyak, tapi aku pegang pada yang simple jela kan. Sebab Kepentingan. Ya, itu kepentingan mereka dan ada cara kah kita nak elak? Bagi aku kepentingan kecil itu tak perlu kau nak jadikan point perjuangan. 

" Kenapa kalau kereta Dato' kena curik, siasatan besar - besaran dilakukan, tapi kalau kereta tukang sapu sampah hilang, satu roadblock pun tak dibuat. "

Kerana kepentingan itu protokol dalam menilai apa yang perlu didahulukan dan apa yang tidak.

Untuk mengelakkan kepentingan itu bagaimana?

Jaga kereta mu baik - baik! pakai kereta mahal seperti Bangsawan itu kerana sistem sekuritinya lebih tinggi dari Proton Wira yang hanya perlukan garpu untuk dibawa lari!

Di UHSI? Apa perlu kita lakukan untuk mengelak kepentingan yang wujud? Kita tingkatkan kualiti perjuangan. Bukan semata terpekik di jalanan. Kita perlu datang dengan idea. Kita perlu datang dengan kemajuan susulan. Bentangkan pada semua. Secara tidak langsung kita gunakan akal untuk mengelak kekejaman pihak berkuasa, bukannya seperti meminta mereka kejam, baru kita nak terngadah, minta simpati dan sewaktu dengannya.

Perjuangan yang cool ialah perjuangan untuk zaman akan datang, bukan semata untuk kepentingan zaman diri kau sendiri.

------------------------------------------------------------------------------

Ada lagi persoalan yang semua orang tengah persoalkan. Kenapa Pihak Berkuasa kejam sangat sampai ada darah - darah pukul - pukul bagai?


Memang kadang tu ada unsur kekejaman berlaku. Tapi pada pendapat aku, kenapa perlu hukum semuanya seperti kau itu tuhan? Yang memukul kejam itu minoriti dan yang lainnya masih ada kemanusiaan, tetapi kau menghukum dengan mudah. Kau Tuhankah?

yang aku maksudkan ialah kepada mereka yang mencerca dan memaki pihak berkuasa secara total. Kalau yang menggunakan kata ganti nama 'polis' sahaja tiada apa. Tapi jangan menghukum seperti tuhan, itu saja aku mahu.



Ada satu benda kelakar yang aku nampak akan persoalan ini.

Sejujurnya keganasan itu tidak boleh dielak. Cuba kamu lihat balik, siapa yang menjadi 'pihak berkuasa'? Manusia skema ketika di sekolah? Mustahil. Kawan - kawan aku sendiri yang stok paling terjal dalam sekolah tu lah yang akhirnya jadi pihak berkuasa.

Apa yang kau boleh harapkan dari ex 'delinquent' student lakukan apabila kau melalak depan muka diorang walaupun waktu tu diorang sepatutnya lepak duduk - duduk dengan member - member sambil mengular dekat kedai mamak. Dan dengan keganasan latar diorang tu, dengan bad mood kena panggil orang atasan bertugas, kena layan dak skema kat UHSI tu. Itu pendapat diorang. Diorang ada ego diorang sendiri bila berhadapan budak belajar ni.

Pernah tak korang cuba fikir dari pemikiran seorang anggota 'pihak berkuasa' yang korang maki hamun tu. Pernah tak? Korang selalu kata think out of the box masa dalam kelas depan lecturer bagai sampailah korang berjaya lulus exam dapat 4.0 pointer semua, tapi kenapa bila untuk memutuskan perkara ini, korang tak ambil dari semua sudut?

Perjuangan orang lama dalam kemerdekaan semuanya dengan fakta dan kajian terperinci dan siap dibukukan lengkap. Kita perlu contohi mereka dalam revolusi, bukannya melalak reformasi tapi mencetak kosong dalamannya.

Ayuh anak muda, sama ada mahasiswa ataupun tidak, merdekakan pemikiranmu! elakkan dari akal, otak dan semangat kamu dipolitikkan demi kepentingan individu. Berjuang demi semua, demi agama, manusia dan prinsip kau!


* Ini hanyalah entry penulisan dari pendapat aku semata - mata yang berpegang pada nafsu akal semata - mata. Sebarang penentangan boleh diletakkan di bahagian komen.

* Aku juga tidak mengharap pujian melambung kerana pergi mampus dengan pujian, aku tak boleh kaya pun.

* Kalau nak mencarut, perlulah mencarut secara sopan. kehkeh

* Aku teringat cerita Revolution 1911 lakonan Jackie Chan. Aku baru tengok bulan lepas. Korang patut contohi macam mana pergerakan revolusi China ke arah demokrasi. Agak menarik cerita tu pada aku walau Jackie Chan tak gaduh sangat. Dah tua kot dia.



16 comments:

Anum said...

wow impak entry

Telor Power said...

1. bayar zakat harta dan perniagaan, InsyaAllah lebih maju nanti.

2.Pihak berkuasa mmg kejam, pilih bulu nak setelkan kes.

3. Dorang mmg pandai salh guna kuasa

sekadar dari pandangan aku

[.ika itu aku.] said...

best entri ni!!
mantap =)

NFE. said...

First aku bangga ada lagi kwn2 aku yg berfikiran rasional.hehe.

aku pun masa kena ragut cuma pikir nak kejar balik org yg amek beg aku,tapi aku tak pikir pulak kalau aku dpt mampu ke aku lawan lelaki.kah kah kah.

sebulan jugak aku tak bawak motor.haha

pasal uhsi,hadam dan bla bla aku mls nak komen.kalau betul dorang nak perjuangkan sesuatu utk semua cuba guna cara yg lebih nampak mcm 'mahasisawa'.

Akim Iqbal said...

tak semua macam tu, ada yang ambil berat. Tengok orang jugalah. kalau jenis yang mals ni, dia akan abaikan sesapa ja yang dia rasa tak penting. yang tak penting : macam kita..

Haikal Blank said...

yeah aqim, gua sokong. sebab tu gua rileks. nak kalahkan musuh, kena fahami mereka dulu. ini tak, belum kaji pe, dah memaki hamun. memang tergoong dalam golongan yang loser jela.

mscoffeecat said...

Ada yang setuju dan ada yang tidak. apepun entry menarik. :)

Haikal Blank said...

tak setuju itu bagus. Baru ada definisi berkongsi idea. jangan mudah menerima, tapi selalu memberi tanpa ada iri hati mahupun dengki.

kita hidup memerlukan yeah!! :D

.drakula. said...

kepentingan itu benar cuma perlu dingat adakalanya bukan semua terjadi kerana manusia tetapi kerana ujian darinya...kita kerap sangat melihat apa yg berlaku didepan mata kita tetapi kurang sedar apa yg sebenarnya berlaku didepan mata kita umpamanya kita perasan atau tidak perasan sahaja.

Kenapa harus mereformasikan benda yang tidak pasti ...yang ini harus jadi bodoh dari bijak mungkin...

Unknown said...

1. aku pernah hilang basikal bakul raleigh masa tingkatan 2, aku semangat perjuangkan hak aku, aku pergi buat laporan... 30minit pertama aku yakin polis akan cari basikal aku balik. 30minit kemudian aku pikir, kejadah apa dia nak pergi cari basikal bakul modified?

2. tapi aku terharu sebab inspektor bawak aku masuk bilik dia dan amik report secara pro, mungkin sebab bapak aku tokey besar kat Mersing. mungkin dia mmg ikhlas.

3. dalam peperangan, kezaliman itu adalah collateral damage. mahu atau tidak pasti ada korban darah. tidak mahu darah jangan berjuang, duduk depan Tv makan cokodok pisang.

4. Syabas Inspektor sahab untuk penulisan ni!!!

Unknown said...

waaaarrrghhhh~!!!

kepentingan itu...aku pun nak jugak!! Laptop aku dua bijik hilang... siapa nak ganti??

Haikal Blank said...

entahlah. biarlah isu ini hanya wujud sebagai pedoman di hati semua dan bukannya sebagai permulaan kepada peristiwa yang lebih bodoh dan membodohkan.

hanaahmad said...

aku mengangguk2 baca entry kau ini tanda aku nampak apa yang kau cuba sampaikan.

Lelaki said...

tiada apa yang diperlukan akhirnya nanti...

Anonymous said...

hey haikal.

this isnt a blank entry yawww ;)

love it. all d content.

sedikit sebanyak rasa macam rasa hati dicedok keluar jadi entri padahal baca entri orang lain. hihi

Anonymous said...

hmmm. aku mmg 'sukakan' pdrm sgt2.

lg lg dorang mmg 'berbudi bahase'.

tu je aku mampu cakap weh. sbb aku 'suke sgt'. hehe