Pages

Wednesday, January 18, 2012

Parodi Bahanan


Untuk semester ini, akhirnya usai sudah peperiksaan yang aku nantikan dari awal semester. Semua warga - warga malaysia yang amek degree macam aku pastinya seronok bergumbira kerana selepas exam, pastinya cuti dan berpeluang pulang ke kampung halaman. Kepada yang tidak dapat pulang ke kampung, jangan marah - marah. No offense ok (aku sendiri tak faham maksud no offense ni).

Aku?

Aku gembira pun tak, sedih kecewa pun tak. Biasa je. Mungkin kerana aku tidak tertekan menghadapi exam macam orang lain. Jawapannya simple, kerana usaha aku untuk exam ni memang sedikit kerana study pun pagi exam baru exam. Itupun diselangi game memburu rusa secara online. Best jugak menembak - nembak rusa ni kadang - kadang walau hanya secara virtual.

Blog aku sudah mengalami alam kejatuhan dek kerana kemalasan untuk menaip disebabkan minda dan masa aku sudah dipenuhi game - game komputer dan movie - movie seluruh dunia.


-----------------------------------------------------------------------------



Agak - agak pada hari ni, wujud tak manusia yang tak pernah mengutuk atau menghina orang lain?

" mana ada, tipulah! Soalan bodoh macam ni aku pun boleh jawab "

Ok, kau bodoh. Aku rasa ada manusia yang tidak pernah menghina orang lain iaitu bayi yang belum mumaiyiz. Itu jela kot.

Abaikan ayat di atas.

Aku selalu mengutuk orang. Juga membahan orang. Itu normal untuk lelaki macam aku. Adik aku sendiri ialah antara manusia yang sudah puas dibahan aku.

" Wei hitam. Kau anak angkat dowh. Adik - adik kau semua putih, kau je hitam pehal. "

" Wei, anak angkat makan luar "

" Wei, bodoh kau ni "

Itu ialah contoh - contoh ayat kutukan aku lemparkan pada adik aku. Tapi aku tahu ia tidak menyakitkan dia sebab dia ketawa je dan dia balas kutukan sepedas ayat aku kepada aku balik. Aku boleh terima dan dia boleh terima ia sebagai lawak sahaja.

Begitu juga situasinya jika dengan sahabat - sahabat rapat kita semua. Ada kawan boleh bergurau, kita gurau. Tapi jangan marah kalau kena benda yang sama semula. Err...atau mungkin lebih teruk. Tapi sekadar lawak kan.

kenapa perlu ambil serius? tak perlu kan. kehkeh

----------------------------------------------------------------------------



Mengutuk ni biasa pada dua benda. Kelemahan, ataupun kesilapan seseorang itu.

Yang buat sakit hati melampau ialah pada kelemahan. Dilarang kutuk kelemahan seseorang melainkan mereka itu kawan baik anda ataupun sesiapa yang hanya mampu menerimanya. Kalau manusia tiba - tiba kau jumpa kat pasar malam ataupun lobi hotel, jangan kutuk akan kependekannya, keburukan wajahnya mahupun kebangangan perangainya. Itu sentimen namanya.

" Pakcik, wajah pakcik ni hensem, macam maria bontot ungka."

" Akak, saya macam pernah tengok akak dalam video 3gp kawan saya. Yang bawah tangga tu kan? Buruk macam akak. Eii...berbulu saya tengok akak. "

Kalau ayat - ayat seperti ini diluahkan, makan anda berkemungkinan besar mendapat sepakan gunting di kepala secara ikhlas.

Kalau mengutuk kesilapan, ianya ringan sedikit. Macam kes - kes orang jatuh longkang, jatuh kat tepi jalan, salah sms dan juga tertpyo (typing error) macam ni. Kalau tentang kesilapan ni, kebiasaannya ia digelar membahan dan bukannya mengutuk.

Membahan ini juga boleh muncul dalam erti melawak semata ataupun memerli dengan serius. Ada juga melawak tapi bermesejkan sesuatu yang serius. Tertakluk kepada kreativiti masing - masing.


----------------------------------------------------------------------------






Kita manusia hidup beremosi. Adakalanya kita ketawa, kita suka. Ada masa kita menangis, kita duka. Ada juga menangis kerana gembira! Itu semua kurniaan pada aku. keadaan - keadaan itu menandakan kita punya hati, punya perasaan. Kita hidup dalam semua perasaan itu dan lain manusia, lain perasaannya.

Hidup bermasyarakat ini perlukan tolak ansur dan hormat menghormati.

Kita semua manusia dan kita ingin dihormati. Kerana itulah pertama sekali, kita kena menghormati orang lain. Setiap perlakuan ada balasannya kepada kita. Setiap apa yang kita lakukan kepada orang lain, akan ada perlakuan yang sama menuju kita. Itu hukumnya. Dunia ini adil. Tidak di sini, di sana kita dihitung nanti.

Berpada - padalah ya! Jangan sampai orang membenci dan tidak meredhai kewujudan kamu sebab nak mintak maaf dari manusia ni lagi susah dari mintak maaf dengan Tuhan.


Kesimpulannya, membahan dan mengutuklah secara berhemah kerana itu hak anda. kehkeh.




12 comments:

Wadi AR said...

bahan orang tu fevret aku kot. kihkih

missina said...

betul tu,,nak kutuk kena tengok sape,kat mana dan bila masa,,klu tak kene mood org tu memg nk kena mkn penampar la,,hehe,,

Unknown said...

pokoknya, kesederhanan + chemistry.

dan pandai bezakan antara melawak, melucah dan makihamun..


org tak makihamun utk berseronok. maki hamun utk cari gaduh.

NFE. said...

sejak2 masuk main twitter aku makin galak bahan orang.hahaha.

Shahada Fauzi said...

kalau memang rapat nak membahan tu takkan jadi isu..yg jadi isu ni yg tak berapa nak kenal@rapat tapi membahan nye kemaen hebat..kan?

kaizen said...

itu troll org namenyer..... hahahaha

si ngokngek said...

bahan membahan nie,dh mcm gejala sosial kot,berleluasa..HAHA

tp ada jgak speciees yg dia bantai orang boleh,orang bantai balik terasa..mmg mkn bantailah..:))

littledolphin said...

bergurau secara berpada-pada =)

Lelaki said...

membahan mmg tip top ...

K said...

membahan orang memang best, haha

Anyyss Shuhaimi said...

nice bro! bahan orang memang best, tapi bila kena kat diri sendiri,gua tak tahan kot!

Anonymous said...

aaa.
aku suke bahan org tp boleh bergado kalau org bahan aku. especially boyfren aku. lelaki klo bahan perempuan serious annoying gler weh. hahah