Pages

Thursday, December 29, 2011

Surat Untuk Kamu




Bila ada kat rumah ni memang tak tahu nak buat apa. Adik aku sibuk main game kat hp samsung skrin sesentuh dia yang baru tu dan aku mengadap laptop melayari internet berkelajuan sederhana ni. Apa pun aku tak tahu nak bukak. Jem. Fb, Twitter, dan memacam lagi aku search kat google masih tidak cukup menghilangkan bosan. 

" Lu dah layak kahwin dah ni bro. Memalam ada orang teman. ehem ehem. "

cantik idea ko. Macam haram. Aku nak makan pun pakai duit mak aku lagi nak kahwin. Walau orang  galak kahwin awal, tapi naluri lelaki aku mengatakan duit itu sebahagian tanggungjawab aku sebelum aku berkeluarga. Aku tak wajib kahwin lagi sebab aku awek pun tak ada. Nak gersang ngan sapa pun tak ada. Pssst, gua bukan gay dan gua masih suci hatinya menikmati kewujudan kaum wanita.

Untuk remaja masa kini, pastinya hampir setiap darinya pernah gagal dalam bercinta dan aku tidak terlepas. Ada yang gagal kerana kekasih hati curang, kekangan keluarga, dan ada juga yang tewas dalam kangkangan maksiat yang menjerumuskan kepada kes pakwe lari sebab tak nak bertanggungjawab. Macam - macam.



----------------------------------------------------------------------------



Ada pernah aku meminati si gadis ni lah kan. Mungkin sampai sekarang. MUNGKIN. Dia perfect pada pandangan aku. Senyuman dia, gelak tawa dia, nangis dia, cara dia jalan, lari, makan, dan macam - macam lagilah. Cara dia buang air aku tak tahu sebab aku tak pernah lak usya atau search youtube. 

Bila aku borak dengan dia, dia sentiasa menceriakan aku walau apa pun topik dibincangkan. Mungkin sebab aku dah gila bayang kot, tu yang sampai macam tu. Tapi perkenalan kitorang tak lama walau aku rasa lama gila sebab hanya semalaman kami bertemu dan tidak lagi ketemu sejak hari itu.

Hanya dalam Mimpi.

shit, aku dah terbangun. Tapi aku ingat lagi muka tu sebab aku kenal cuma di dunia nyata tak senyata mimpi. Segalanya bertentangan. Berkecamuk dalam perasaan sendiri.

ceiss, mengarut lagi macam entry sebelum ni. 

----------------------------------------------------------------------------



Ke hadapan GADIS X,

    Aku, Haikal iaitu anak bapak aku sendiri sudah lama meminatimu walau aku rasakan itu tidak penting kerana setiap hari adalah hari yang baru bila terbayangkan kau. Ehem, agak gusar dalam menaip surat ini untukmu maklumlah last tulis surat kepada kaum hawa ini ialah semasa form 2 di sekolah asrama dulu. Itupun tulis surat untuk member satu dorm yang nak usya awek selang dua kelas. Gementar gitu.

    Di perenggan kedua ini aku ingin menceritakan bagaimana aku jatuh hati pada kamu si gadis x. Pertama aku bertentang mata denganmu ialah melalui cermin tingkap ketika kita di makmal dahulu. Sebenarnya kita tak bertentang mata pun, aku je yang pandang mata kau dari pantulan imej di tingkap itu. Berdegup kencang hati aku melihat kau atau mungkin juga kerana aku tidak sempat menyiapkan tugasan diberikan tenaga pengajar. Sama - sama menggusarkan hati aku.

     Ehem, hati berdetak ingin bertanyakan namamu. Err..nama penuhmu kerana namamu sudah ku tahu dari rakan - rakanku. Nampak kan usaha gigih aku? Sanggup bertanyakan rakan untuk mengetahui namamu. Bukan apa, bila tahu nama penuh, senang untuk aku bagi hadiah ke apa kan, boleh pos ke rumah kau dan buat - buat macam surat penting kerajaan untuk kau bagi mengelakkan syak wasangka pihak keluarga dan membukanya bagi pihak kau. Apa? kau tak percaya aku akan memberi hadiah pada kau? Yeah, kerana itulah aku menyayangi kau. Kerana kau memahami tahap kekedekutan aku. Love u bebeh.

    Setelah aku sekian lama memendam perasaan ini, aku mengambil inisiatif untuk meluahkan perasaan aku melalui surat ini. Bukan perasaan cinta atau sayang macam dalam filem yang berakhir dengan kebahagiaan, tapi lebih tulus kepada perasaan 'perasan' oleh lelaki tak hensem macam aku. Di sini aku jelaskan kenapa aku boleh jatuh hati pada kau wahai gadis x.

1) Kerana kau murah dengan senyuman.
Ya, itu sebab utamanya. Kalau ikut dari rating standard rakyat malaya, kau tak lah mendapat rating tinggi pada sudut kecantikan mahupun liuk lentuk tubuh badan. Wajah kau standard malaya. Mata, hidung, mulut, pipi berada di paksi yang normal atau average je bak kata omputih. Potongan badan pun biasa je tanpa dada mantap dan punggung menawan. Pinggang pun tak ramping tapi kau tetap berjaya menambat hati aku. Kenapa? Kerana kau sering tersenyum (dalam tahap normal). Kau tidak pernah kedekut dengan senyuman. Kau menggembirakan aku dengan senyuman kau setiap kali aku melihat kau tanpa kau sedari.

2) Kerana kau tegas.
Tegas itu boleh membawa makna yang banyak. Yang aku lihat, kau tegas bertempat. Tegas sebenar - benar. Kau ada prinsip hidup kau sendiri tak kira di dalam pelajaran, di dalam percintaan, di dalam persahabatan. Aku tahu dari roomate kau, tapi tak tahulah kalau dia sengaja reka cerita ke apa, aku main percaya je. Ada masa kau ketawa, ada masa kau serius dan ada masa kau menangis. Ya, semasa kau potong bawang, kau menangis. comel. eh, betul apa!

3) Kerana kau comel.
Aku tegaskan sekali lagi, yang kau tak comel langsung kalau nak dibandingkan dengan artis2 tanahair seperti fazura dan lisa sughihani. Tapi tak seburuk wan maimoonah, ajijah mahzan mahupun maria ozawa. Nak kata macam cikgu suraya pulak, aku tak kenal muka cikgu suraya tu. Aku baca je cerita budak tu, ala, yang basah kena hujan tu. TETAPI, aku pernah terpandang kau sedang memakan aiskrim di cafe dahulu. Kebetulan pulak tengah kau syok makan tu, terkena atas sedikit dagu kau dan kau tak perasan. Sambil - sambil gelak entah apa kau borak dengan member kau lak tu. Sangat comel. ye, COMEL nak mampus. Aku turut tergoda dan tersengih melihat kecomotan kau tu. Haishh.


Penjelasan aku di atas adalah antara ciri - ciri jasmaniah yang dapat aku lihat dan selalu aku perhatikan dari jarak jauh akan kelebihan kau berbanding gadis - gadis malaya lain. Tentang agama, aku tak risau kerana aku tahu kau ialah hambaNya yang baik. Aku tahu. Kau cantik luar dan dalam selama - lama dalam hati aku. Mungkin kita tidak akan ketemu setelah nukilan ini terbaca olehmu kerana mungkin sudah tiba waktunya aku pergi.

Aku tidak berharap kau membalas cinta aku kerana cinta aku bukannya pantun mahupun perdebatan yang perlukan balasan. Cinta aku hanya mahukan perhatian sedetik dan sebuah jawapan. Persoalan juga bukan sama ada kau menerima atau menolak apa yang dipanggil cinta, tapi adakah kau sudi jika aku ingin menjagamu selama ku mampu? Apa kau sanggup menjaga anak - anak ku selama hidupmu? Adakah kau mampu berpegang tangan bersamaku secara halal menuju syurgaNya?

Persoalan itu berat untuk dijawab tapi aku yakin akan keikhlasan aku untuk bersamamu. Mungkin rupa dan kerja aku tidak menjanjikan kacak dan kaya macam Leonardo di Caprio mahupun Rajnikandth, tetapi ku yakin perutku sehebat Donald Trump dan keikhlasan ku seikhlas Haikal. Ya, aku je ikhlas. Jangan percaya lelaki lain, diorang menipu je tu. ehem ehem.

Yang benar,
   Haikal 
(nama samaran)


--------------------------------------------------------------------------------


*ehem. ada sesiapa rasa dia gadis x?
*ehem. ada sesiapa mengharap untuk menjadi gadis x?
*ehem. gua sendiri sesat dalam dunia gadis x. kehkeh


14 comments:

NFE. said...

peh peh peh peh.itu je aku nak cakap.kah kah kah

cik yayat said...

hahaha~~suwet o0ohh..!!..nak jadi gadis x..nak jadi gadis x..keh keh keh

Wadi AR said...

bukan aku

si ngokngek said...

eh mcm bahaya pulak terlalu banyak senyum takut ramai tergoda..wakaka

gadis X mcm takwujud ja..heee

syazrinakuya said...

er, yang pasti bukan aku.

btw, kau dah layak kawen ni.

Akim Iqbal said...

Peh peh peh ! semua buat entri nak kawen ni termasuk aku. LOL. Haha

Primadona said...

*ehem. ada sesiapa rasa dia gadis x?
*ehem. ada sesiapa mengharap untuk menjadi gadis x?
*ehem. gua sendiri sesat dalam dunia gadis x. kehkeh

# Facepalm.Desperate ke apa?

Nak gelak boleh.haha.Cari soranglah weii.Tahun depan dah nak masuk 21.Haikal.Haikal.

littledolphin said...

maafkan saya tapi saya tidak dapat menahan keinginan untuk gelak.

hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha

ok dah.

Semoga berjaya. :P

Haikal Blank said...

HAHAHAHA *gelak desperate.

2 tahun lagi gua carik awek, jgn risau. harap2 tak jadi gay dan kawin kat america. lol

Lieyanna Esmeralda said...

HAHAHAA...macam2...setadi la weii..exam dekat dah ni...

Miss Zue said...

menarik!

.drakula. said...

relakan aku jadi gadis X...keh3!

gilak!

faizalnizam said...

kepala gua stress baru lepas submit assignment tp setelah membaca entri lu ni, gua boleh gelak-gelak.

gua syak lu mesti ade miscall2 lagi kan gadis X tu? hahahaha.

model baju korea said...

artikel tulisan yang baik,,nice post slam kenal