Beautiful Maria!
Kosa di atas tiada kaitan langsung dengan apa aku nak tulis. Serius.
Cuaca di Batu Pahat memang sejuk dengan lebatnya dan rasa hujan sampai ke tulang. Air teh o panas menjadi satu - satunya penyebab aku mampu bertahan dengan seluar pendek sahaja ini. Hai winston! awak juga teman saya, lebih dari awek aku sendiri.
Gitar aku capai walau sumpah aku tak reti main pun. Setakat petik sesuka hati janji ada bunyi je aku reti. Eh, nyamanlah pulak rasanya. sambil menyanyi perlahan, aku berangan itu dan ini.
----------------------------------------------------------------------------
Kenangan itu mengasyikkan. Kerana itulah ia selalu muncul semasa kita berangan. Waktu bosan - bosan tu lah, kita terkenang dulu pernah jatuh longkanglah, main baling selipar, pernah salah usya awek sebab salah meja masa main - main letak surat bawah meja bertulisan jawi dulu - dulu dan macam - macam lagi.
Kalau dalam menatang dunia blog ni, feveret dalam merungkai kenangan yang kian pupus dalam memori otak aku ialah Abang Long ni. Dia sedari awal aku kenal memang sukalah untuk membuat aku suka membaca entry kenangan - kenangan ni. Paling kurang bila aku bosan sampai tak ada idea nak termenung, kompem - kompem, aku bukak blog dia.
----------------------------------------------------------------------------
Aku dah masuk ke fasa exam untuk semester ni dan satu haram jadah aku tak study lagi.
" Aku genius, rileksla..." Detak hati aku secara angkuh.
Kurang hajar nampaknya ya walhal hakikat sebenar ialah virus malas yang sedikit demi sedikit mengurangkan sel otak yang bersambung di kepala aku.
" Enfagrow kan ada bro, apa ada hal "
Ya, tengkorak kau jambang dah penuh nak melayan enfagrow lagi. Maruah tercalar! maruah! Sangat beremosi.
Aku capai handphone aku, lihat mana tahu ada awek cun ke artis memana tiba - tiba usya aku ke kan.
" Awek nak mesej? Lu gila ke pe. Muka macam najis mutawasitah dah haa lagi nak mengharap. "
jaga mulut kau. Walau nampak tak hensem, tapi manisnya ada tahu! kau cemburu kan dengan ketampanan aku. Ngaku jela!
Aku kasihan pada handphone aku. Dia bagai tidak disayangi lagi. Kadangnya sampai cas dia pun aku dah lupa. Habis bateri, campak dalam laci. Esok baru cas. canteekkk... mesti dia merajuk kalau dia hidup dan dapat tahu aku layan dia macam tu.
Eh, tetiba lari tajuk lak. Aku nak cerita yang aku gelisah nak ngadap exam pada awalnya.
Waktu macam ni rasa nak ada awek teman mesej, baru nampak ada function handphone ni. Tapi dah tak retilah sejak bertahun - tahun membujang tanpa gadis menemani. Ok, kenselkan texting menggunakan sms. Jimat pun jimat kredit.
Eh, dah habis dah? dah habis?
kehkehkeh
12 comments:
exam kacang je
hoi ensem.
silap, salam abang ensem.
best of luck lah exam kau. senang je kan soalan dia? tapi kau yang nak bagi jawapan tuh yang susah =p
cecuba bawak2 insaf sikit hisap rokok tuh.. hahaha.
okaylah najis mutawasitah , dari najis mughallazah . hewhew .
esok aku stat paper dah.
tapi sem ni berkecamuk, hari ni boleh ada presentation.
lagi semakkk!
nak stady pon malas nak mampppp.
hahaha selamat menjawab exam bebudak degree semalaysia!!
1. Campak tepi winston tu.. nah amik dunhill..
2. selamat menjalani exam.
3. cari la teman tapi mesra, awek banyak komitmen. buat mcm aku, ramai teman pompuan, boleh melempiaskan nafsu jari jemari keatas batang tubuuhhhhhhh...
.....
.....
...Henset ku ini!
Salam maju jaya ya abang sweet sedunia.Pasti boleh punyalah.haha
exam rilex ja,apa yg reti jawab,tak reti bantai ikut logik..wakaka
phone takdak dh dlm kamuih hidup aku:))
abang long tue aku tak tekan link pun dah boleh agak.
exam je pun hekal.relax lah.lagipun otak kau sendiri mengiyakan kebijaksaan kau.keh keh.
moga aku tenang dan mampu cool setelah keluar dewan peperiksaan. kehkeh
ops, ngokngek, hp tu dah tak ada? hang pakai iphone, memang handphone dah tak kenai..lupa diri la tu!! kahkahkah
abang long tu memang pandai mennggamit memori kan?
btw, good luck for your exam..;p
exam? susah gila . HAHA
ok ok serius.sebelum exam ,fikir susah.kalau tak fikir macam tu,maka semakin malas lah anda.
lepas exam pun kena fikir susah juga,barulah tak letak harapan sangat. hehe
smeoga berjaya. (:
Post a Comment