situasi di bulan akhir semester |
Pengakhiran sesebuah cerita mungkin boleh jadi indah atau duka. Boleh jadi sedih atau gembira. Segalanya mungkin di dalam dunia ini dalam apa jua skrip yang kita rancang atau apa jua halangan yang berlaku di set pengambarannya.
Nak dijadikan cerita, mestilah wujudnya masalah. Kalau tak ada masalah, tak mungkin akan wujud klimaks cerita yang biasa kita tertunggu - tunggu masa tengok movie. Masalah itu datang dalam macam - macam perkara dari kecil punya masalah, sampaila masalah yang sampai kita rasa nak bunuh orang ataupun mengamuk dekat lu-tube. Buat video tunjuk perasaan, letak kat lu-tube, bajet - bajet macam lepas geramlah mengharap semalaysia datang pujuk. Untung - untung boleh jadi glamor ye dak?
PROBLEM
Masalah itu muncul apabila keupayaan kita terbatas pada sesuatu perkara. Bila ada something kita terbatas untuk lakukan, fikirkan, atau apa sahaja kata kerja lain, maka itulah masalah.
--------------------------------------------------------------------------------
Kenapa ia terjadi?
Pada aku, ia terjadi kerana :
1) Ia titik permulaan pengetahuan. Ia datang untuk memberitahu, mengkhabarkan akan suatu ilmu itu. Tapi kena ingat, dengan penambahan 'usaha' dan bukan tercengang dan lari dari masalah.
Kita ambil contoh masalah yang korang paling suka cari iaitu masalah cinta. Terpijaklah seorang gadis ni pada lelaki buaya yang betul - betul disayanginya. Lepas tu lelaki tu curang dan ada awek lain. Si gadis tu pun meracau nangis sana ke mari 1 hari 30 malam mengenangkan nasib malang yang menimpanya. Selepas 3 bulan berfikir, bermuhasabah, enjoy karaoke dengan member - member, akhirnya hatinya tenang. Beliau juga lebih tabah selepas itu dan percentage untuk ditipu lelaki berkurangan 15 peratus. Si gadis itu juga sudah mempu mengingati dan mengenal siapakah rakan baiknya dan siapakah yang layak dijadikan suaminya. Otaknya terbuka sedikit dalam mengenal cinta sesama manusia.
Selepas ditimpa masalah macam tu, nampak tak knowledge dia bertambah? sangat jelas! dalam negatifnya masalah, dia sudah mendapat beberapa positifnya kehidupan!
2) Ia datang sebagai peringatan.
Tak perlu jelas panjang - panjang. Masalah itu datang sebagai peringatan atau balasan atas apa kita pernah lakukan dahulu. Kita pernah tipu orang, orang akan tipu kita. Kita pernah raba punggung orang, orang akan raba punggung anak kita. Segala perbuatan kita diibaratkan sebagai tenaga, dan tenaga itu tidak akan musnah. Ia terabadi sehingga berbalik pada diri kita sendiri.
3) Ia tak datang, tapi kau yang sesuka mencari bala.
Sangat padu. Kalau dah taw benda tu merbahaya dan mendatangkan kecelakaan, kau buat juga. Itu bangang namanya dan aku rasa banyak benda bangang macam ni aku buat.
Contohnya macam kau nampak harimau. Kau selamba lari ke arah harimau tu dan flying kick usus dia. Agak - agak apa masalah kau masa tu? Aku yakin masalah hilang anggota badan tu tak sekronik masalah dalam benak kepala hotak tu.
-----------------------------------------------------------------------------------
Masalah ni jugak macam kategori boxing jugak. Ada featherweight, lightweight, heavyweight dan macam - macam lagi terpulang pada naluri masing - masing mengelaskannya.
Alang - alang aku rajin menaip ni, aku syok gak baca sana - sini bagi pendapatlah, apalah pasal adem hadli tu kan. Bawak turun muka rajib bagai. Aku teruja tengok video tu bukanlah sebab aku sokong sana atau sini mahupun aku nak tunjuk gagah pi tumbuk orang sana sini tapi sebab dalam video tu ada senior aku masa kat sekolah agama dulu. Orang sebut video tu satu malaysia dan aku kenal watak dalam tu, memangla gua nak bangga gak kan. ehem..dia geng adem hadli yang putih, gempal berkaca mata masa video nak kena penumbuk tu. euwwww gua ada member artis lu-tube rupanya.
Owh, bukan ea? Maaflah. Gurau sedikit pun nak marah.
*sekadar gambar biasan |
--------------------------------------------------------------------------
How to solve problems?
- Don't ever 'Google it' as first option.
- Jangan rasuah untuk selesaikan masalah
- Jangan cari pelacur atau bohsia untuk melupakan masalah
- Dadah dan ubatan terlarang termasuk menggunakan ubat secara terlarang seperti telan panadol ikut pusat juga JANGAN.
- Jangan bunuh diri kerana itu ialah jalan singkat ke neraka.
- Jangan lari darinya
- Jangan bunuh orang yang memberi masalah.
Ada 7 cara ni, ikut, pasti berjaya. Aku kan manusia negatif, jadi penyelesaiannya pun negatiflah. Macam masalah, korang nampak dia negatif, tapi kalau di ambil dari sudut lain pula, ia muncul sebagai suatu yang positif untuk kehidupan seharian kita.
Aku tahu korang dah besar dan ada cara sendiri nak selesaikan masalah.
Masalah yang paling besar ialah dengan cara apa kau akan hadapi sesuatu masalah. Walaupun pilihan ada dua sahaja, sama ada lari atau hadapi. Tapi itu yang paling merunsingkan kau. Mungkin.
14 comments:
akhirnya satu entri yang saya tahu nak komen apa.LOL
1)problem biasanya berlaku kepada saya kerana saya yang selalu pergi cari pasal.contohnya:membuat kerja last minute.haha.tapi tak de lah sampai bagi flying kick kat harimau. xP
2)jangan raba punggung anak orang nanti akibatnya anak-anak kita tanggung ~lalalalala
3)how to solve problems?sila tambah,'jangan gelabah macam ikan lumba-lumba kecil bernama hana.' :D
HAHAHA menggelabah tu kan sinonim untuk wanita? bak kata bender dalam kartun futurama, " nah, woman."
kehkeh jangan risau, aku tak sampai tahap pervert meraba punggung gadis malaya. paling ganas pun tepuk punggung housemate aku je. (gurau, bukan gay)
haha
macam best 7 cara kau ni...mana yg lambat sikit matinya...keh3
hahaha yang tu di luar pengetahuan aku...
masalah gua adalah apabila bertemu dgn lelaki, tangan gua akan otomatik menjadi kebas kebas, sejuk serta basah. gua pon tak tahu nape masalah gua ini terjadi
masalah kan.
masalah2 dalaman tu memang menakutkan. kalau kau dengan lelaki, aku pula dengan wanita.
sebab tu aku tak pernah nak duduk semeja makan berdua dengan wanita. berpeluh2 tiba2. owh!!
Kali ini aku hanya datang untuk komen straight to the point sebab line broadbands aku ni macam bangang dan perlu dihempuk baru nak function plus aku mengalami kekangan masa.
Oh ya.Maksud kau jadi kalau ada masalah kena cari jalan untuk selesaikannya.Aku baru ingat nak gantungkan diri kat kipas hostel kejap tadi.Haha. Ya masalah adalah guru terbaik dalam mengajar kita erti hidup sebenarnya.oii bro jaga diri! =)
haha wah, bz ye sekarang...good. kesibukan itu tanda kau masih hidup.
yeah, jgn bunuh diri. itu benda paling bodoh pada aku. Kita hidup ini menandakan kita kuat.
entry ni samada reflection tentang masalah adam adli...
atau masalah esemen ko yg menimbun last minit baru nak buat..
atau
ko tgh ada masalah jiwa jiwa. niiii
yang penting dari 'masalah'. HAHA entahla labuuu....
Macam tak biasa pulakkan kalau aku busy.The worst year bakal berakhir.2011 sangat kejam dengan aku.Dia rampas semua kebahagiaan aku dan menyebabkan aku mula memencilkan diri daripada manusia-manusia lain.Maaf.
sama2 ada masalah ni..sama2 lah kita setelkan ia sama ada dari sudut positif atau negatif asalkan cara penyelesaian nya positif dan tidak mmberi kesan negatif. haih. pening pulak baca komen sendiri..haha
masaalah problem,mmg kusut tp klau fikir balik takda benda nie mesti hidup boring kan..
senang ja nk selesaikan benda nie jgn lari dr masaalah,plg senang cari makanan makan..haha
yeah zizah, aku sendiri tak taw apa lagaknya aku kalau aku di tempat kau. :(
moga segalanya di dalam rahmat.
Ngokngek, akhirnya kau bocorkan rahsia kenapa perut aku tak mengempis sampai la ni kan! HAHAHA
Post a Comment