Pages

Saturday, December 3, 2011

Sempadan



sumpah tak ada motif


Sempadan.

Sempadan itu ada pada semua perkara. Boleh juga dipanggil batas ataupun perantara antara 2 dimensi. Sempadan tercipta untuk mengasingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Kewujudannya boleh dikategorikan di dalam antara fitrah kehidupan kerana ia ada di mana - mana sahaja. Kita ambil contoh rumah, sempadan dicipta untuk mencipta bilik dan mengasingkannya dengan bilik yang lain. Rumah itu sendiri diwujudkan dinding dan bumbung agar ia terasing dari persekitarannya dan barulah layak dipanggil rumah dan bukan tanah lapang.

dua magnitud berbeza di dalam satu satah


Beza

Penghadang itu dicipta untuk membezakan. Ia tidak terbatas hanya kepada bentuk jisin fizikal seperti dinding ataupun tembok tetapi juga meliputi aspek hati, sifat, sikap, umur, jantina, kelas dan pelbagai lagi perkara sama ada yang boleh dikira ataupun sekadar boleh dirasa.

Aku kadang terfikir akan sebab dan asbab diwujudkan sempadan antara kita semua. Ada beberapa perkara diwujudkan untuk menyenangkan dan memudahkan pengurusan. Pembelajaran juga harus berlainan kerana kalau kelas paling bawah menerima teknik pembelajaran kelas teratas dengan homework yang banyak, pastinya mereka akan menggigit kasut mereka sambil membuat kerja rumah. Ia mustahil untuk disiapkan kerana keupayaan yang berlainan!


Kepelbagaian

Otak aku merewang jauh berfikir akannya. Sempadan. Sempadan apa lagi yang ada?

....
....
....
....

Kita lihat yang besar dahulu, Bumi. Kita disempadankan dengan menamakannya sebagai bumi dan bukannya  planet marikh, planet zuhal mahupun planet arium. Tapi aku tak jumpa apa - apa masalah sebab ilmu kita memang takat bumi je. Nak duduk marikh memang tak dapatlah kan.

Kita beralih kepada negara - negara yang wujud di dalam bumi. Dari hanya bumi, manusia menjelajah mencari tanah yang belum diteroka dan membina empayar yang membentuk negara. Ya, itu juga antara persempadanan yang berlaku. Dicipta sempadan untuk menamakan kita sebagai rakyat bla bla bla dengan mereka yang berkerakyatan lain. Ideologi setiap empayar berbeza dan menguatkan lagi dinding sempadan antara negara.

Di dalam negara juga terlihatnya pembentukan negeri - negeri di bawah kuasa pimpinan pemerintah negeri masing - masing. Di bawah pimpinan kerajaan pusat, kerajaan negeri juga ada hak ke atas negeri masing - masing pada bahagian - bahagian tertentu dengan syarat tertentu. Dah macam syarat sah dah pun.

Di dalam negeri ada kaum - kaum yang berlainan mengikut kampung masing - masing. Di dalam kaum pulak adalah perbezaan antara manusia seperti warna kulit, jantina, keluarga, keturunan dan macam - macam lagi. Korang sebutlah apa - apa pun.

Di dalam diri antara manusia dengan seseorang itu pula wujud sempadan antara cara hidup, sikap dan pelbagai lagi perkara abstrak yang tidak boleh diukur dengan mata kasar.


pro and cons


Pro dan Kontra

Niat asal semua perbezaan itu diadakan adalah sebagai fitrah manusia yang memerlukan batas untuk hidup. Untuk pengurusan, perjalanan itu harus dibezakan di dalam itu dan ini demi memudahkan diatur mengikut kelasnya masing - masing. Di dalam agama juga ada dosa dan pahala, kerana apa? Kerana itulah namanya pengelasan yang membawa pengertian undang - undang. Passport dicipta untuk undang - undang kemasukan seseorang dari sesebuah negara ke negara yang lain. Bilik darjah di sekolah juga dikelaskan mengikut kemampuan  pelajar untuk memudahkan sesi pembelajaran dan pengurusan.

Pengelasan juga dibuat dalam memilih rakan. Pastinya cermin untuk diri kita ialah melalui rakan baik kita. Itu aku tidak dapat bangkang sama sekali kerana aku yakin ia 70 peratus benar. Kalau ada yang tak setuju tu maaf jela.

Hehe.

Setiap yang baik, akan disusul yang buruk sebagai ujian dan begitulah sebaliknya sebagai hikmah. Ada manusia yang mewujudkan sempadan pada sesuatu yang tak perlu! Kadang bukan kerana dia berniat jahat atau apa, tapi secara tidak sedar dia telah melakukannya.

Kita ambil contoh mudah akan perkauman. Kita diasingkan kepada bermacam bagai kaum di dunia ini. Sejak kecil kita disogok akan semangat perkauman dan sedikit demi sedikit ia menebal dalam diri. Ia masih boleh diterima dan tidak salah. Kan elok kan sayangkan kaum sendiri?

Masalahnya mula timbul apabila muncul taksub. Taksub pada kaum sehingga lupa pada yang lain. Kita mengecilkan ruang hidup kita pada sesuatu yang tidak perlu. Kerana taksubkan kaum, kita menjadi bodoh dan bangang. Nampak kaum kita buat salah dengan kaum lain, kita tega menyokong pada pihak yang salah dan menidakkan kebenaran. Itu bodoh namanya.

Nampak suci kerana menolong kaum sendiri, tetapi menyebelahi dosa itu apa? Fikirkannya sendiri.


Dalam persahabatan contohnya, memang perlu mewujudkan sempadan kerana sikap seseorang. Takkanlah kita nak berkawan dengan manusia durjana yang jahat, sial dan babi ye dak? kita perlulah cari kawan yang boleh dipercayai. Err...jarang wujud kawan macam tu. Anggap jela wujud ya. Dalam mengkategorikan kawan itu, kenapa kadang wujud sempadan antara miskin dan kaya? antara negeri itu dan ini? antara kaum itu dan ini? antara Kepandaian itu dan ini? Antara tahap keskemaan itu dan ini?

Aku termenung sendiri.


Bersatu

Kenapa kita tidak boleh bersatu di bawah satu nama. Di bawah satu budaya dan bangsa. Biar saja agama kita berlainan janji semangat perpaduan itu boleh wujud di dalam beratus sempadan ciptaan manusia yang direka. Mungkinkah keamanan itu akan terjadi?

Sempadan yang tidak perlu itu akan diwarisi dari generasi ke generasi tanpa henti. Itu virus yang tidak akan pupus.

dan...

---


---


---


---







Problems?






AH, SELESAI SUDAH MENGARUT!

aku semakin hilang arah dalam menulis. Dan penulisan kali ini diselubungi emosi dari pemikiran aku. sabar jela ok! kehkeh.

Selamat menghadap hujung semester yang sangat super-busy bagi mereka yang sedang mengambil degree di universiti awam. :D

*amacam header baru gua? haha


13 comments:

littledolphin said...

saya suka entri ini!

contoh beza:macam dalam sistem kumon.masa saya form 2 ,saya kena start dari level A iaitu level di mana kertas kerja matematik melibatkan pengiraan asas seperti 1 + 1 dan 3 +19 kerana masih mengira menggunakan jari =.=' keupayaan berbeza,maka terpaksalah dibezakan.

beza itu kepelbagaian.perpaduan dalam kepelbagaian.indah bukan?

perpaduan suatu perkara yang masih belum kita kecapi.sayang sekali.insyaallah suatu hari nanti (:

sayangkan kaum itu bagus,tapi taksub itu tidak bagus sama sekali.

NFE. said...

perbezaan itu kadang kadang perlu.tapi ketaksuban itu aku rasa perlu di hakis,di kikis supaya jangan ada perpecahan hanya kerana terlalu taksub.

header lu smart wooo.

Unknown said...

sempadan itu mencipta identiti manusia dan makhluk...

Tuhan jadikan manusia itu berbeza2 agar kita dapat kenal mengenali..

J.Syazwana said...

err aku ni susah sikit nak paham ayat sastera2 ko ni. hehehe.

aku rasa macam baca karangan sastera pulak.

pape pon nice entry.
:D

Haikal Blank said...

aku letak sempadan yang Tuhan sediakan itu pada yang PERLU. dan aku tidak suka bila kita yang lemah ni sendiri cuba sedaya upaya menyempadankan sesama kita sendiri demi kepentingan masing2.

cukuplah dengan sempadan kaum pegangan masing2. perlu lagi ke didetailkan sampai aku puak ini dan itu? ahh..sampai kadangkala dalam kelas yang ada 40 orang sahaja pun perlu berpuak sana dan sini. wtf?

Haikal Blank said...

hahaha syazwana, thanx sebab sudi datang dan baca walau tak paham..kahkah

sabo jela ye. :P trimas!

Alin said...

hai, lama ak singgah blog ko. Aku pun lama gak tak online. tu je. kbai ;P

hanaahmad said...

aku yakin yang perbezaan dan sempadan tu sebenarnya diwujudkan sendiri oleh manusia macam kita.

*selamat menjawab!

Haikal Blank said...

hehehe terima kasih alin kerana mampu meluangkan masa di sini. :P

Hana, ia menyenangkan progress kehidupan tapi adakala merimaskan.

.drakula. said...

buatkan aku header begitu boleh...keh3

Haikal Blank said...

haha boleh aja dong. itu flash bangang je tu

.drakula. said...

bangang tapi stylo tu...:)

Haikal Blank said...

hahaha trimas!