aku rasa janggal untuk menaip di blog setelah berminggu - minggu berhempas pulas menggunakan microsoft word menaip ASSignment yang sememangnya bertimbun - timbun ni.
Apa isu yang boleh aku tulis untuk kali ini?
Aku pun dah mati akal sebab aku memang tak ambil port isu semasa ni ha. Sibuk sana sini dengan macam - macam kerja untuk kehidupan aku sebagai pelajar universiti. Peh, nampak macam rajin gila pulak aku ni. Poyo hanjing namanya kerana hakikatnya aku lebih banyak habiskan masa online dengan bermain game dan membaca komik. Baru kehidupan pelajar ye tak?
" Tak campur lak gayut dan mesej awek kan bro? "
GILA ko. Aku single but not available ok. Belajar pun terabur, lagi nak layan perempuan. Mampus buat sakit hati si gadis je nanti. Mak aku dah la pernah pesan, jangan pernah sesekali mainkan dan lukakan hati seorang perempuan. Aku tak tanya pun sebab apa dan kenapa mak aku cakap macam tu walhal aku sedang potong bawang kat dapur masa tu dan tiba - tiba je dia sound macam tu. Mungkin dia ada deria ke enam merasakan ada wanita yang telah aku lukakan? Aku tak tahu. Yang pasti, aku akan ikut cakap orang tua tu sebab aku sayang dia lebih dari diri aku sendiri.
Alang - alang aku dah mention pasal wanita ni, aku tertarik dengan isu K-POP yang dipuji, dimaki, dicarut dan disanjung itu. Macam - macam aku baca dan apa dapat aku simpulkan? LAWAK. Ianya tak lebih dari itu. Sekadar lawak yang semua orang bicara dan taip di dalam blog mahupun twitter mahupun friendster.
" Bang, friendster tu apa? "
Tu la kau budak kecik, kau kenal FB je. Friendster kau tak tahu. Tu tempat lubuk puaka gambar awek seksi dulu. Tipu.
K-POP memang sedap. Aku suka K-POP ni. Sekali gua terkena, layan beb. Nampak keras luar, sekali aku telan, rangup dia memang memukau. Dalam ada inti kentang atau keledek kari tu syok woo.
Eh, KPOP tu Karipap / Epok -Epok kan?
Err....
Cakaplah apa korang suka, apa korang rasa. Aku memang tak suka KPOP joget sana sini bagai walau movie dan drama korea memang aku layan. Movie jiwang korea dengan jepun memang syok wa cakap lu. Sekeras - keras aku pun pernah teresak juga. TIPU. Jangan percaya please.
Ada orang kata :
" Muzik itu luas. Kita layan semua. Itu hak masing - masing nak suka muzik mana satu. "
Tapi aku rasa orang minat Korea tu sebab muzik ke atau sebab wajah? Pakaian? atau keseksian? syhhh...jawab dalam hati masing - masing dan jangan cakap kat aku. Aku tak nak tahu pun.
Aku tertarik dengan ayat :
" Suka hati kitoranglah nak suka ke tak. Yang kau sibuk kenapa? "
Aku ketawa. Ulangan sekali lagi, SUKA HATI? kehkeh
" Kalau macam tu, suka hati akulah nak kutuk ke apa ye tak. Yang kau sibuk kenapa? "
dan berlanjutan sampai masing - masing lapar dan member masing - masing dah tunggu nak ajak korang pergi makan.
alasan paling bangang untuk bertengkar kan? KehKeh
-----------------------------------------------------------------------------------
Hakikatnya, aku suka KPOP tak lebih dari 'karipap/epok - epok' ataupun 'karipap + aispop'.
Gua rindu aispop. Nak beli, dah banyak kedai runcit tak jual. dem dem.
8 comments:
pap. nah patah dua. ko amik yg kepala, aku amik bontot.
eh.... ko rasa kat korea ada aispop tak?
oit senior!haha.*ye aku tau ko tak suka aku pggil senior.sbb kau mmg bukan senior aku pon.hahaha.
baideway,nak cakap,KPOP ; aku minat drama2 je.dan bila layan drama,aku suka lagu2 drama tu.thats it.kalau band2 kpop tu,ikut mood la nk layan.
konklusinya,aku layan je semua.tak kisah la ckp2 org.minat sorg2 sudah.hahaha
Aku die hard fan of kpop la kal.Terasa bro! haha.Pleaselah.haha
Kalau pakwe aku atau suami aku nanti minat kpop aku selam dia dlm air.Nak berkpop sangat nampak.hahaha
tapi masa kat u dulu,kwn2 aku semua minat gila dgn artis korea.siap boleh ckp korea sikit2.gila ah.Aku nama pelakon pun selalu lupa.
saya tak minat kpop.dan tak benci kpop.so ok je la.tapi kan sebenarnya fans dia yg annoying,bukan artis tu.HAHA
tak suka gak k pop sebab tak suka sangat lelaki jambu2 ni. haha !
aispop tu aku suka sangat dulu. patah-patahkan dan makan. nyum. heh. tak suka sangat la apa itu k-pop. mercun pop aku suka juga. keh3
nyum3 rangup jgk k-pop ni bahahha
aku tak suka k-pop tp tak tahu kenapa muka bf aku mcm bdk2 k-pop. eh? aku tak cakap,org laen yg ckp larikk!! :D
Post a Comment