Pages

Sunday, November 27, 2011

Sekadar Kata.




Sepia.

Pigmen warna perang gelap. Aku suka gambar di dalam warna ini kerana ia nampak sejuk dalam misteri. Puihh, bajet aku menghayati seni lah pulak.

*ok, kembali serius.


Kenangan, pengalaman, pulih dari kesedihan, bangkit dari kegagalan memang mengajar 1001 keinsafan dan penyesalan. Pengetahuan dilakar di dalam minda, diukir di dalam hati membentuk jati diri.



Sepi

Sepi itu abstrak. Ia boleh datang dalam hening dan boleh muncul dalam riuh yang mendatar. Ia boleh mengundang duka, juga membawa ketenangan yang diminta. Sepikan diri boleh membawa kita ke atas atau ke bawah. Kelakuannya sama cuma jalannya berbeza.


Sepi boleh membunuh boleh menghidupkan. Aku hidup dalam sepi ini tidak mengenal mati. Kerana ku tahu kerjaku menghidupkan sebaiknya bukan mengeluh akan kematian. Aku cuba setiap masa membawa kehidupan di dalam diri. Aku hidup begini menanti sesuatu.



SEP

SEP yang ku maksudkan ialah Somebody Else's Problem. Kegiatan mereka yang di luar banyak menidakkan kemahuanku malah menganggap enteng kewujudanku. Itu masalah mereka. Apa perlu aku banyak bicara tentang mereka demi masa depanku? Tidak mungkin.

Kita punya prinsip masing - masing dan ku harap agar kita mampu terus melangkah ke hadapan selagi ada peluang untuknya. Peluang itu kita buka, kita cari, bukan kita nanti.



Se

Satu. Dalam hati ada satu apapun kebaikan, tunaikan. Ada satu target atau impian, laksanakan. Ada kemahuan masa depan, usahakan.

Aku mahu ia, ia, ia dan dia. Bukan tamak cuma apa salah mahukan yang indah untuk hari esok?



S

S itu misteri. S itu kunci. S itu sumber segala. Dia bukan siapa bukan apa. Cuma kelakuan yang membuat aku membalasnya gembira. Apa dari dia, inilah yang tercantik. Yang pernah kuhadapi.


---------------------------------------------------------------------------------------


Semua ku gabung dalam cerita untuk hari esok. Untuk lusa dan seterusnya. Cerita ini aku simpan sebagai memori suka dan duka kehidupan yang aku lalui. Tidak lengkap, tapi ku tahu ia melengkapi.

Tribute to _______. Si dia yang pernah ku hadapi kelibatnya.






12 comments:

Primadona said...

Haikal.Kau buat aku kembali mengenang kisah lalu.Melankolik itu sudah semestinya sebati dengan jiwa aku sekarang.Ah.Biar masa menentukan segalanya bukan?

Haikal Blank said...

keyword for today : MISS.

Lieyanna Esmeralda said...

@.@

Haikal Blank said...

ah, apa tu dowh..HAHA

NFE. said...

Arghh kau buat aku terbang mengingati benda yang tengah aku cuba lari.

Rindu,benda yang boleh buat aku senyum sorang2 atau mungkin akan buat aku kerut2 kan kening untuk menahan duka di hati.

ah nei yang malas nei.dah start komen panjang panjang.kah kah kah

btw kau punya tulisan sangat aku suka.tolong terus menulis.hik

Akim Iqbal said...

Lama tak nampak.. sihat ka bai ? hehe

Haikal Blank said...

Nin. maaflah kalau membuat kau gusar. haha dah rindu, nak buat macam mana ye dak? hehe


Akim Iqbal, aku sihat je dowh. biasalah, payah nak ngadap blog bila dah busy dengan game ni. eh, busy ngan study ni...hehe

Unknown said...

memang serius entri ni.kenapalah aku baca entri kau ni saat kesedihan melanda. T__T

entri ini tribute untuk si dia juga. thanx sebab share n maaf sebab dah lama tak bw sini :)

hanaahmad said...

ada rindu yang sedang membungkam di hati?

Haikal Blank said...

Hana. ya, kau memang pantas bab2 macam ni. harhar

.drakula. said...

sukar sekali menahan diri bukan...

sab yang comel said...

s itu sabihah..lalalala