Pages

Monday, November 14, 2011

Fatamorgana




DUNIA


Keindahan sebuah kehidupan itu boleh ditafsir macam bagai mengikut kehendak masing - masing. Ada manusia rasa indah bila ada awek lawa, mantap, comel dan menyelerakan sebagai teman ketika di universiti atau semasa di alam pekerjaan. Ada yang rasa indah bila impian memiliki kereta tercapai akhirnya. Dapatlah plessing dalam U buat senang nak study atau untuk group discussion walhal hakikatnya membawa gadis setiap hari ke McD dan yang sewaktu dengannya. Itu hak anda semua dan aku tak kisah mana pun. Harta korang. Aku tetap bersyukur dengan kehidupan tiada awek dan hanya mampu menunggang kuda wave125 biru sport rim racing boy ciplak yang sudah terkopek semua stickernya.

Kalau ditanyakan pada sesiapa pun tentang part yang indah dalam kehidupan untuk long term punya mestilah ada bini baik dan anak yang soleh. Dapat bawak mak bapak pergi haji semualah kan walau setiap minggu kita habiskan duit diorang untuk pergi snooker, karaoke dan berdating. Memang tak pernah cukuplah duit orang tua tu nak pergi haji kalau korang asyik habiskan je tak. McD dan rokok menjengkelkan keindahan yang kita sebutkan tadi. canteeekkk....

Hakikatnya dunia ini memang penuh dengan keseronokan, keindahan dan warna - warni dalam kehidupan. Kesedihan, kegembiraan, gelak tawa, kemarahan dan kebangangan yang kita alami itulah yang mendewasakan dan mencorak kita dari hari ke hari. Itu namanya pengalaman.


KELIRU

Kemajuan sekeliling itu memudahkan dan ia juga memberi impak negatif seiring kemudahan yang ditawarkan kepada kita.  Hidup ini adil dan menepati hukum pergerakan newton ke - 3 iaitu setiap tindakan yang kita lakukan ke atas sesuatu, akan ada daya yang sama bertindak bertentangan dengan apa yang kita lakukan pada awal itu. Err...lebih kurang kot. Aku pun dah lupa dah. Senang cerita, setiap kebaikan duniawi ni, ada keburukan terbentang dibelakangnya. Teknologi handphone beriringan dengan kegiatan klip 3gp di dunia bawah tanah remaja dibantu dengan teknologi bluetooth dan infrared (henset nokia sabun dulu2) menggiurkan dan mengeksploitasi tubuh badan lelaki dan wanita di dalam satu ruang bersaiz antara 5 hingga 15 mb yang dimuatkan di dalam memory card handphone masing - masing. Tidak dilupa diupdate serta merta jika ada rakan membawa yang baru untuk ditatap. Dari 10 tahun dahulu sehinggalah keluarnya filem KLIP 3gp yang baru keluar tahun ini yang separa bangang untuk ditonton setelah mendownload di laman sesawang kegemaran masing - masing.

Panjang gila perenggan di atas.

Keindahan yang lazimnya ditafsir kita semua lebih kepada keseronokan short term yang membinasa. Bak kata orang muda, 

" Maksiat kan best........"

Memang best dan aku tak nafikan sebab itulah timbulnya kekeliruan dalam kehidupan. Antara keindahan realiti atau sekadar keindahan ciptaan kita yang berlandaskan nafsu yang menjerumuskan.

Dari kelucahan dan keseksian manusia, dadah sehinggalah kepada keseronokan mendengki dan menjatuhkan sesama sendiri. Itu keseronokan yang biasa bagi manusia kini. Boleh juga kecilkan skopnya kepada rakyat Malaysia.

Apa keindahan yang kita mahukan?





FATAMORGANA

Keindahan palsu! itu yang dapat aku buktikan jika kita menikmati keseronokan membinasa. Maksiat dan dosa menjadi punca keseronokan itu kotor. 

Fatamorgana dalam kehidupan itulah yang membinasa. Kita disogok mentalnya dengan keseronokan palsu yang direka oleh 'mereka'. Kita hidup berlandaskan keseronokan duniawi yang menghancur dan menghapus fitrah. Kita leka.

Apa yang cantik kita pandang kita kejar kita seronok akan keindahan itu tapi setelah mencapai keseronokan maksima setelah bergelumang dalam keindahan itu baru kita sedar ianya tiada apa. Tiada apa keindahan cuma tanah kosong tidak punya apa.



PELERAIAN
" Sekali ini aku lihat akan fatamorgana jalanan ku sangka ku lihat indahnya langit tapi aku lupa aku masih menunduk ke bumi. Siapa yang mampu sedarkan aku untuk aku mendongak melihat langit? Hanya aku yang mampu mengubahnya kerana yang di sebelahku juga sedang leka melihat ke bawah. Apa indah? tidak sama sekali. "

*apa yang boleh kita usahakan untuk mengatasi semua ini? Boleh dikongsi di ruangan komen jika ingin.

16 comments:

Anum said...

good entry

Eyka said...

perghh gua rinduu lu cun!! T.T

sukee ayt last itu..

suasana sekrg tak indah dah kan? sedih wooo -.-


kbai :P

Haikal Blank said...

trimas anum . :D

Eyka, perghh maaflah aku bz tak boleh dah menulis selalu dan bw sana sini. bapak poyo ayat. HAHA wa rindu nak sakat lu je eyka oii!! hahaha

Hakim. said...

akhirnya..kembali pun

NFE. said...

wah hekal dah kembali dengan entry yang mantap.*clap clap.

adakah anda hantu mekdi seperti sy.ekekekeke..

dan macam tajuk header sesungguhnya dunia semakin kronik sekarang.hahaha

blog-tips-kurus said...

yang terindah itu hanya sementara, macam lagu Erra F itu.. ;)

Unknown said...

keliru, dikelirukan, tergoda, maksiat..


apa yg perlu untuk jalan keluar?

Jalannya adalah Terus hidup..

Dan Harapan Tuhan....


oh lupa secangkir nescafe dan dunhill sebatang :) nice...

Primadona said...

Yeay.Haikal dah update.Guwa rindu sama hasil sentuhan seni lu bro.Oh berkenaan dengan usaha-usaha untuk mengatasi masalah tu aku rangkumkan ketiga-tiga sekali la eh.

Semuanya terpulang kepada diri kita sendiri.Kalau pada aku mana-mana sekalipun pergi ingat kita sebagai fitrah manusia.Manusia dicipta utk dijadikan sebagai khalifah.Kita semua hambaNya.Setaraf.Kita kena ingat Dunia ini hanya persinggahan sementara.

Untuk bab keliru tu pulak cari kawan yang baik. Bila kita kawan dengan dia kita ingat Allah jadi less sikit nak buat maksiat.Jangan jadi “The man that decided to change on the 12th hours died at the 11th.”Kita tak tahu bila kita akan pergikan so be prepared.

Aku pun taklah baik sangat.Tapi aku cuba untuk jadi insan yang lebih baik dari hari ke hari.Paksa diri nak berubah tu memang sakit tapi at last kau juga akan merasai betapa indahnya hidup.Prinsip ini yang aku pegang sekarang‎"start a day with a sumthing sweet and end the day with sumthing sweeter"

Hidup bukan hanya diertikan dengan not muzik atau warna-warna. Hidup bukan hanya diertikan dengan kejar harta dan kerjaya. Hidup bukan hanya diertikan dengan kejar cita-cita. Hidup bahagia bukan hanya diertikan dengan senyum ketawa riang gembira. Hidup itu untuk akhirat. Living here for the hereafter.

Gila panjang comment aku.Maaflah eh.haha.

adysuR said...

Akhirnya..hehe.

Kalau aku nak cari kesedaran, aku suka perhati orang lain dan aku cuba cermin diri sendiri. Kadang-kadang aku menyendiri melihat alam ciptaan Tuhan.

Haikal Blank said...

mungkin ia perlukan satu pit stop untuk merenung atau lebih tepat muhasabah diri. manusia ni tak boleh nak beralih arah terus. perlukan masa dan pemikiran yang mendalam untuk menjana perubahan.

kembali ke jalanNYA itu memang pilihan tepat. Moga - moga kita semua hendaknya.

Kucing Serius. said...

Ingat Allah. Ingat Allah. Ingat Allah. Sepanjang masa.

Dan ingat dimanakah kita. Tu je.

Aku pun disekeliling aku sekarang ni,keadaan yang sama berlaku. Lagi lagilah sejak aku ada kereta. Dugaan merata rata. Para hot semua bersepah depan mata.

Cuma dua je yang buatkan aku sedar dari nak buat semua benda tu. Allah. Dan jugak kesibukan hidup aku. Haha. So far,alhamdulillah. Aku away lagi dari semua benda tu.

Cukup sudah waktu jahiliyah dulu. Hubungan aku dengan Allah yang perlu paling aku jaga. Bukan seronok yang perlu aku cari.

Cuba try cuba try :D

hanaahmad said...

jaga iman masing-masing yang sedia nipis tu kasi tebal sedikit. peringatan untuk diri sendiri juga. :)

Primadona said...

Oh ya.Memang manusia tak boleh berubah terus.Slow-slowlah.Aku memang dah decide nak berubah lepas ramadhan tu.Lagi-lagi lepas kawan aku sendiri pergi mmg kuat sangat la rasa nak berubah tu.Kalau dulu, aku jenis tak jaga langsung hubungan aku dengan allah but then bila dah terkena musibah dan Allah masih tolong itu tanda dia masih sayangkan kitakan?

Carilah pit stop kau.Aku dah jumpa.Semenjak tu blog aku pun makin jarang update.Ada-ada tapi satu hari jadi satu entri ja.haha.

r-5 said...

manusia selalunya menafsir dengan mata kasar, dan keindahan yang sebenar adalah abstrak.. setiap manusia punyai citarasa sendiri tapi tidak perlulah sehingga lalai bergelumang nafsu. fatamorgana juga indah sering melekakan hati yang tiada hala.. lalai dan lupa itu sifat manusia, cuma pabila tersedar pulanglah ke jalan Allah.. peh rindu nak berblogging macam dulu bro!! rindu ko jugak. :)

Jeszyuu said...

wow.. best entry ni :)

Haikal Blank said...

thanks. :D