Pages

Sunday, December 11, 2011

Poligami Dari Sudut si Bodoh




Ada lagi masa aku berangan ye menaip walau assignment bersepah dan secara langsung mengundang kegelisahan kerana deadline tinggal sehari lagi. Dari deadline ke dateline sehingga ke deathline memang penuh dengan kerja yang takkan selesai. Mungkin itulah antara perkara yang mencorak hidup dan dunia kita ini.

Adalah hari tu aku lepak - lepak dengan kawan - kawan dan mengarut lantas mencarut entah hape - hape tanpa hala tuju. Biasalah kan macam tu ye dak? Punyalah borak dan borak dan 1028 tajuk atau topik dibincangkan, ada satu topik yang menarik untuk aku tulis.


POLIGAMI.

poligami ialah bla bla dan bla. Tak payah aku nak cerita, korang semua dah tahu. Mungkin aku salah faham atau tak reti maksud poligami sebenarnya kerana aku bukanlah orang yang pandai berbahasa or whatever sebab maksud origami pun aku dah hampir - hampir lupa tapi apa yang aku maksudkan ialah berkahwin lebih dari satu. Mungkin 2,3 atau 4. Kalau 5 dan ke atas dalam satusatu masa tu kau memang hebat kerana bijak sangat mencium kaki ayah pin. Mungkin juga kau berkahwin ikut mimpi macam orang tua tu?

Poligami itu indah dan best.


Kenapa? Mesti kaum hawa dah paisey dah bila ada lelaki sendiri atau pakwe sendiri melempiaskan niat nak berkahwin lebih dari satu. Parang dah simpan kat belakang badan dan sengih macam mintak penampar.


-----------------------------------------------------------------------------------------------

"jangan sampai muda2 abg dah pakai polident" bini tua


" Abang ulang balik bang apa abang cakap tadi boleh tak...ayang macam dengar sayup - sayup jela. Tak jelas. Please abang..." Senyum sinis itu berterusan 5 minit menunggu jawapan si lelaki.

Yang si lelaki dah gabrah antara ingin ulang menceritakan keinginan atau tidak.

" Eh, tak ada apalah yang. Abang tadi tanya, YaGAMI Raito tu watak utama cerita Death Note tu kan? Ni anak orang rumah depan tu tanya abang tadi. Manalah tahu awak pernah baca komik tu kan, "



Keinginannya terkubur begitu sahaja melihat kecomelan isteri bertukar menjadi seganas - ganas Incredible Hulk mahupun iras - iras Hulk Hogan.


-----------------------------------------------------------------------------------------------


Aku pun men'google' kebaikan - kebaikan berpoligami ni dan aku jumpalah ayat - ayat simple dan mudah untuk aku fahami di

(hanya 12 saat aku baca dan aku tutup balik. Sumpah pemalas aku ni)


Tapi aku yakin semua yang diterangkan macam masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan sebahagian besar kaum hawa kerana isteri mana yang nak ada madu ye tak? Kalau ada pun, segelintir je, yang lain semua sedia curah - curah asid ataupun spray shieldtox dekat muka laki yang nak bukak cawangan baru.

Wahai kaum wanita, apakah sebab utama kamu tidak suka dan tidak mahu dimadukan?


1) Mungkin kerana mahukan kasih sayang tak berbelah bagi dari lelaki yang dicintai.

2) Mungkin kerana mahukan diri dan anak - anak mendapat perhatian secukupnya

3) Mungkin kerana cemburu madu anda lebih muda dan mantap sosok tubuhnya dari anda yang sudah pastinya dimakan dek usia?

4) Mungkin kerana tidak mahu belanja bulanan dipotong kerana dibahagi dengan madu

5) Mungkin kerana memang naluri wanita yang tidak ingin ada pesaing lain. Grrr grr katanya.

6) Mungkin kerana kamu tidak mengiktiraf itu sebagai madu dan lebih gemar menamakan bini baru lelaki kamu itu sebagai cuka. Dah memang tak adalah orang suka telan cuka terus kan.

Dan pelbagai lagi alasan yang boleh difikirkan masing - masing secara berasingan.



-------------------------------------------------------------------------------------------------



First, aku nak bicara soal cinta tak berbelah bagi, mahukan kasih sayang seratus peratus dari lelaki dan bla bla bla. Aku ingin tanya sekali lagi, banyak mana cinta dan sayang 100 peratus tu? Sanggup mati untuk bini? sanggup jaga sampai tua dan tak pernah curang?

Cinta dan kasih sayang pada aku nilainya ialah INFINITI. Tiada dalam pengertian sepenuhnya atau apa. Ia semuanya berlandaskan tanggungjawab dan keikhlasan masing - masing dalam menyayangi dan mengasihi. Aku ambil contoh hubungan ibu dan anak. Apa beza ada anak 5 orang dengan ada anak 2 orang? Boleh ke kita buat kesimpulan,

'semakin ramai anak, semakin kuranglah kasih sayang pada setiap anaknya kerana telah dibahagi dengan jumlah adik beradik mereka sesama sendiri '.

Boleh? Pastinya tidak! Kerana apa? Kerana cinta itu infiniti. Cinta itu tiada akhir walau dalam apa pun topiknya. Cinta sesama manusia, sesama rakan mahupun cinta kepada Tuhan adalah infiniti! Ia bergantung kepada keikhlasan dan setinggi mana kita sanggup berusaha untuk mencintai dan mengasihi sesuatu perkara itu.

Lelaki yang ada lebih dari satu isteri ramai je yang bahagia hidup bersama. Yang gaduh kecik - kecik tu biasalah kan, sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri ye dak. Tapi kenapa mereka boleh dan mampu bahagia walau hidup bermadu? Kerana si suami mampu menggunakan dan memberi kasih sayang dan rasa cinta itu dengan adil dan saksama. Mampu menunaikan tanggungjawab dengan ikhlas dan penuh sifatnya. Kerana mampu membahagiakan tanpa berbelah bagi.

Segalanya bermula dari niat asal. Sama ada kerana cinta, tanggungjawab, atau nafsu kuda semata - mata?

Kalau nak kahwin lebih dari satu kerana seks semata - mata atau kerana dapat awek lebih dari segi ke'hot'an nya atau lebih dari segi kemantapan dada dan punggungnya, itu baru layak di curah asid di muka mahupun di pipitnya.

Seks itu mungkin salah satu keperluan tapi bukan satu - satunya. Fahami sedalamnya.

Soal perhatian kepada si isteri dan anak - anak pula sudah termaktub di dalam keikhlasan cinta dan tanggungjawab si lelaki. Jika cintanya ikhlas dan tanggungjawabnya ditunaikan sedaya upaya, ia sangat - sangat bagus dan sumpah lebih bagus dari ada bini satu, anak satu, tapi kaki joli kat disko dan karaoke sampai umur anak pun lupa dek mengingat nombor telefon cia karaoke.


Soal duit juga penting. Kalau tak mampu, kerja tetap pun tak ada lagikan nak tambah bini baru, itu tak senonoh. Anak tak cukup makan, tak ada pakai, tanggungjawab kau sebagai lelaki mana? Pentingnya tanggungjawab itu ditunaikan dengan lancar kalau nak pasang cawangan baru.

Soal cemburu, naluri lah apalah itu semua masalah dalaman hati anda dan hasutan syaitan je tu. Jangan terpengaruh sangat. kehkeh.

Kalau dah laki kau serius sayang kau dan anak - anak, layan dengan baik tanpa ada masalah dan senang cakap lengkaplah semua dari segi ibadah, akhlak dan hubungan sesama keluarga, pada aku tak ada masalah dah kalau dia nak pasang cawangan baru. Baru keluarga besar, anak ramai. Reunion raya masa tua pun meriah.



------------------------------------------------------------------------------------------------


Akhir kata, segalanya terpulang pada niat asal. Kalau dari niat asal baik dan usaha berterusan untuk yang terbaik walau dalam apa perkara pun yang membawa kepada kebaikan, ianya perlu dan tidak patut dihalang.

Segalanya perlu elok dari puncanya iaitu hubungan antara makhluk dan Pencipta. Ianya jaminan kebahagiaan dan kesejahteraan kehidupan kita bukan sahaja di dunia, malah sehingga kehidupan di akhirat nanti.



-----------------------------------------------------------------------------------------------


* Entry ini hanyalah pandangan dari sudut aku sahaja dan berkemungkinan besar sesat malah menyesatkan jika korang main ambil dan percaya. Kebijaksanaan korang menilai amat saya hargai kerana kebodohan saya hanyalah untuk saya dan saya tidak mahu mempengaruhi kepandaian kamu hilang dek kebodohan saya. Harap maklum.

* Diharap bini aku nanti benarkan aku kahwin lain kalau aku dapat janda hangat ke kan.

* Sejujurnya, aku sendiri takkan kahwin lebih dari satu kerana aku malas memberi komitmen yang banyak. Penuhla jadual hidup aku kalau ramai bini. Bila nak enjoy! LOL








18 comments:

LynnAiza said...

peh.terbaik lah senior-tak-jadi.
hahahhaha.setuju je dgn point2 kau.

tapi tak semua pmpuan sama.yang baik hati tu,mungkin boleh bagi laki kawen lagi 3.kawen la kawen la.tak kisah.redha je.janji tak abaikan keperluan segala.

tapi kalau dah mmg tak boleh jugak nak ikhlaskan hati bagi laki berpoligami,apa boleh buat.kang lain jadinya.perang donia.so,syukurlah dgn sorg isteri yang ada wahai lelaki.tak yah tamak2.

*dan aku golongan ke-2 rasanya.hahahhahaha

NFE. said...

Sejujurnya aku taknak bermadu sebab aku takut iman aku tak kuat bila laki aku dengan perempuan lain.

tapi kalau alasan yg laki aku bagi nanti kukuh dan dia mampu dan jugak bukan sebab gatal semata mata.insyaAllah aku harap aku kuat utk terima.

Pha Is said...

pergh.. setail la bro... nnti kalau aku nk bukak cawangan baru, aku tunjuk entry ni je la... dan sekali ngan senarai kelebihan poligami yg ko tengok 12 saat tu.. hahaha

Unknown said...

1 hujah syiok pasai poligami:

si suami : syg, saya bukan milik awak, anak2 kita bukan milik awak bukan milik saya, saya bukan milik saya, awak pun bukan milik awak. semua milik ALLAH. so kita tiada hak tetap untuk memiliki orang lain.

isteri : so bolehla kawen lain maknanya?

suami : kan?

isteri : iyalah, katil ni pun bukan milik awak. dah tidoq dalam jamban nun.

Hakim. said...

Aku gelak sial part "Yagami Raito"

K said...

aku setuju. susah sebenarnya nak poligami.

laki, suka cakap, tapi nak buat tu tak jugak.

Haikal Blank said...

HAHAHA memang sukar untuk menerima. dan kalau pihak wanita tak dapat nak terima, mana nak datang kebahagiaan tu ye dak? pandai2la pujuk ye kaum lelaki..kahkah

Nub : tunaikan nafkah batin kat jamban gak ke? kahkah

nasha sanza said...

hehe..entry yang menarik..

hanaahmad said...

teringin nak bermadu nampaknya? keh3

syazrinakuya said...

ehem, lama dah aku tak komen sini. terasa seperti blog kau aku abaikan..student katekan.haha.okay.merapu

bagi aku lah kan, poligami ni, bagus actually kalau niat si suami nak selamatkan kaum hawa, dan dimana suami tu dapat berlaku adil. sperti yg kita tahu adil bermaksud meletakkan sesuatu di tempatnya. so, bila dah berpoligami, si suami mesti tahu nak samatarafkan kasih sayang serta harta. takbole pilih kasih dan sebagainya.

yeah, aku membebel diruangan komen kau kembar. sorry =p

Haikal Blank said...

hana : hehe mana ada. ni gurau2 je ni..kahkah

Kuya: kembar punya pasal, aku tak kisah punya..kahkah.. yeah, untuk adil tu yang susah. biasanya orang lupa diri.

syazrinakuya said...

sepertimana aku dah melihat org yg berpoligami, sgt susah bg aku nk percaya lelaki zaman sekarang boleh berpoligami. tapi kalau tak berpoligami, sape nk kawen ngn wanita yg ramai2 kat luar sane??

Haikal Blank said...

ditambah pula keramaian lelaki semuanya memenuhi pusat serenti dan penjara ye dak?

syazrinakuya said...

yezza bro, hahahaha. gila lah, aku dah la jarang komen blog org, kau kena kembang hidung sekarang aku komen berkali2 kat sini

Haikal Blank said...

hahaha thanx lah ye...bukan takat bangga, tapi dah habis kembang dah semua ni...kehkeh

adysuR said...

Bagi aku, perempuan sepatutnya menerima poligami sebab memang dibenarkan dalam agama. Tapi perlu diteliti pula aspek2 yang membolehkan poligami tu. ;)

Wadi AR said...

kemainn

Haikal Blank said...

kehkeh.