Pages

Saturday, December 17, 2011

Langkah



" Ni tiket adik, terima kasih " -awek penjual tiket-

Aku ambil tiket yang sudah pastinya menjadi hak aku setelah pertukaran nilai antara tiket dan matawang yang aku hulur padanya. Sekilas senyuman sebagai hadiah penutup sebelum aku dan dia bersua lagi nanti. Kalaulah. Lawa orangnya, cuma sayang solekannya agak menyeramkan dengan gabungan 300 warna hanya pada wajahnya. Nah, wanita.

" Lagi 3 jam baru bas aku tiba. Lama sial. Aku nak buat apa ni? " tegur aku pada beg kepunyaanku. Diam sahaja ya dia. Bangang.

20 minit berlalu dan aku masih mencangkung bersandar pada dinding di stesen bas itu. Bosan tak terperi sehingga gadis berskirt tidak lagi menjadi modal maksiat mata. Bosan mengatasi segalanya. Mungkin melihat punggung lelaki boleh menghilankan bosan, ujar hatiku. 


-

-


Ternyata gagal sepenuhnya.


Mencangkung bukan lagi dayaku. Seluruh saraf dan ototku memujuk agar aku putus asa mencangkung. Aku duduk di lantai tanpa peduli orang sekeliling yang lalu lalang. Harap saja mereka tidak melanggar aku yang sememangnya 'makan ruang' di mana saja aku berada.

Sejam sudah berlalu. Beratus orang sudah melintasi aku. Tiga batang rokok telah ku tinggalkan puntungnya sahaja. Setiap manusia di hadapanku ada tujuan ada destinasi. Tidak kiralah mereka rancang awal atau rancangan itu muncul pada minit terakhir, mereka tetap punyai hala tuju tersendiri.


Ops, aku terpandang sepasang kekasih ini syok duk ketawa sana sini bergurau senda. " Bahagia..." detak ku. Bau - bau cemburu itu tetap ada kerana aku masih menduda setelah kehilangan kekasih pertama aku dahulu. Bukan fobia, cuma belum bersedia. Punya syok aku dok memerhati, 15 minit telah berlalu.

Hati hitam aku bertanya, boleh ke mereka bahagia selamanya?

" Mana mungkin!! "

" Jahat kau mendoakan mereka begitu "

" Habis tu bagaimana? "

" Doakan mereka cepat menikah. Kurang dosanya! "

" Baiklah ustaz..."


bangang!
Jahat pemikiran aku rupanya. Sering bergelumang antara pro dan kontra dalam segala topik. Sebelum mencela, aku sering mengelamun bermonolog akannya.

dalam tak sedar, masanya tiba. Bas ku tiba. Ku padamkan rokok dan membuangnya. Sudah tiba masa untuk aku menyambung perjalanan hidupku. Dengan tiket keazaman dan bas pengalaman, aku teruskan segalanya dalam meniti hari yang baru.

Terima kasih semua!



11 comments:

hana said...

erm..
biasala tu kita kekadang pikir +ve tp de je anasir nakal yg singgah di otak..
hihih

Unknown said...

dalam perjalananku masih mencari, warna indah kehidupan..

yang kini semakin hilang serinya
ditelan suara kepura-puraan..

didalam meniti percarian ini
tidak juga kutemui.....

sinar kedamaian yg dicari
yang tinggal hanyalah wajah kehampaan..

** kalau terer sambung!

J.Syazwana said...

entry nak tunggu bus pon boleh jadi entry menarik.
hehehe.
btw memang kadang2 pikir buruk pasal org pon.
bila sedar tukar balik fikiran.
kui kui.

hanaahmad said...

akal dan fikiran kau memang takkan pernah berhenti berfikir kan.

take care.

Haikal Blank said...

Di mana letaknya nilai kejujuran
Untuk ku jadikan..arah hidup
Mungkin ini hanya menguji ketabahan
Sebelum ku temui erti kebahagiaan..

Perjalanan ku - abang jamal.

hahaha

syazrinakuya said...

ehem-ehem.

xde idea nak bebel kat komen kau lah rini =.='

Primadona said...

Dunia perlukan lebih ramai insan yang berfikiran positive kal.Baru harmoni. =)

littledolphin said...

saya suka fikir negatif -.- sentiasa ada suara anasir yang duk kata gitu kata gini.pening kepalaku mendengar suara-suara itu.kerana itulah ada hana 1,hana2 and hana3.harap-harap lepas ni hana yang sepatutnya menjadi pilihan.

.drakula. said...

banyak dosanya tahu....keh3

si ngokngek said...

kroniknya wanita sampai 300 warna..

harap tak konkrit doa hang
haha,takecare

dill said...

memerhati manusia, isi masa kosong

dill.