Pages

Wednesday, September 7, 2011

Raya, Baju Kurung dan Gadis Malaya




Aidilfitri

Sudah seminggu kita semua menyambut hari raya aidilfitri dan aku tahu, kawasan area selatan semenanjung ni masih lagi ligat aktiviti ziarah menziarahi melantak kuih raya dan air sirap sejuk di rumah kawan - kawan mahupun sedara - mara. Lebih - lebih lagi yang sedang mengambil degree masih cuti sekarang ni kan, memang habiskan jela sisa - sisa cuti yang ada dengan berjalan sana - sini.

Dah lama aku tak menaip di laptop ni aku rasa. Tak apalah, bukan ada orang bayar aku untuk menaip pun ye dak. Kepada yang menanti tu..............err..tak ada orang menanti pun, aku tahu. So, sebab tak ada orang menanti lagilah nak baca font arial dekat blog ni, maka aku pun tak ada sebab nak sediakan bahan bacaan yang fresh untuk semua.

Selamat hari raya dari Mr. Banana

-------------------------------------------------------------------------


Baju kurung.

Ya, aku ingin bercerita tentang gadis - gadis seMalaysia ketika berhari raya. Dari hari raya pertama sehingga hari ini, mata aku sudah disogokkan oleh jutaan gadis berbaju kurung ketika berhari raya. Termasuk kebaya juga janjinya bukan T-shirt Manggo merah 'sendat mendat padat mampat melekat' yang memberahikan kaum adam itu.


Sekembalinya dari perjuangan menahan nafsu makan ketika kengantukan mendengar khutbah di 1 syawal, awek - awek kampung memang dah lawa dah, tapi apakan daya, ketupat dan rendang menjadi the only one option by nafsu gua. Apalah sangat awek - awek sekeliling kalau nak dibandingkan rendang yang mak aku masak di pagi raya. Maafkan aku kalau korang kenyit - kenyit mata tapi aku buat tahi je makan tak pandang korang.



" Peh, sedap sial!! Waktu macam ni lah raya best kan Rol kan? " tegur aku pada adikku, Hairol yang masih khusyuk meratah ketulan ke 5 ayam masak merah. Badan 1/4 je dari aku tapi sekali makan setara aku, bela jin agaknya dia ni.

" Kau jangan kacaulah, gua ngah makan ni. " adikku memohon agar aku memberikannya ruang untuk makan dengan tenang.

" Eh, pandai ko sound aku ye. aku bagi ko berehat selamanya dengan tenang baru tahu. RIP aku letak kat dahi ko " monolog aku sendirian. Kang cakap kuat - kuat macam melampau lak aku rasa.




usai sudah aktiviti makan, aktiviti bermaafan pun mengambil tempat. Aku seperti biasa masih tidak mampu memohon maaf sambil menangis - nangis seperti orang lain ketika meminta maaf. Tak kenal erti sebak mungkinnya.

seperti biasa, 3 hari raya terawal itu dipenuhi kunjungan ke rumah - rumah saudara terdekat atau yang rapat sahaja. Wak hassan, wak gayat dan macam - macam lagi rumah wak aku diharuskan pergi setiap kali raya. Dah memang rumah wajib setiap tahun. Itu jela pusing - pusing pun.

Aku dan adik aku, memang naik berasingan dengan keluarga ketika beraya. Baru boleh hisap rokok dengan selesanya tanpa ditenung tajam bapak aku yang sememangnya garang tak hingat. air cond ditutup dan tingkap dibuka, hembusan pertama menusuk hidung masing - masing. Baru ku sedar busuk rupanya bau rokok ni. ops, bukan baru, tetapi sudah berjuta kali ku sedar kebusukannya tapi terus juga menikmatinya. Entah apa nikmatnya pun aku tak tahu. hanya perokok mampu menjelaskannya.



" Kal, apa cirit ko bebel ni? Kata ada cerita gadis - gadis. Ni ko cerita sampai ke rokok ko apa kejadah dia? "

Maafkan aku. Keterujaan dan kegembiraan raya itu masih menebal lagi.




Dalam pusing ke sana sini berziarah ke rumah - rumah orang tu, bersepah kiri kanan semua awek - awek malaya ni pakai baju kurung. Biasalah beraya kan, lebih feel kalau baju  kurung. Sopan katanya nampak ayu gitu. Ceiss, yang pakai baju kurung elok memang sopan, tapi sekarang ni baju kurung lebih seksi dari t-shirt nampak ketiak tahu. Nipis tak beragak, mana tak terbukak kopiah masa pergi beraya. Baju kurung cantik, tapi sangat jarang kainnya dan yang menutupi badannya hanya singlet putih di dalamnya. Bertudung cantik, tapi nampak dada gak mana gaya.

Macam - macam. Fesyen kan orang cakap.

Tapi sejujurnya gadis melayu ni amat seksi bila berbaju kurung. Bukan seksi menjamu mata aku si kaum lelaki ni ( tapi ye jugak ), tetapi seksi dari sudut lain. Kira nampak 'sweet' la senang cakap. Boleh buat tergoda. Kadang selama ni aku tengok bila awek tu pergi kedai beli sup bunjut atau telur masin kat kedai runcit, aku tengok biasa je. pandang pun pakai siku je tapi bila waktu raya ni dah kena dengan baju kurung, 4.9 saat gakla aku pandang dia pakai dua belah mata lak tu.

"Ok, dia berjaya", detik hatiku.

Bila ke rumah sana sini ada gadis semua nampak sweet, ayu gitu berbaju kurung dan ada extra comel bila bertudung dan superbly kiut miut bila berhijab. Wow! Bila pakai tudung ke purdah nama dia yang nampak mata je tu memang misteri dan yang misteri tu lah yang aku usya lama je dari jauh. Mata lawa dah, kulit keliling mata putih, muka mesti cun ni. Kalau tak cun pun mesti comel ni. Dan yang paling lawa mestilah agama dia. Kalau tak kuat di hati, takkannya sanggup jelan tutup sampai macam tu di tengahari beraya dengan penuh orang sana sini lagi. Haish, kalaulah bini gua nanti macam ni.

Wajah gua masa tengok awek tu. 



-------------------------------------------------------------------------


Baju kurung itu sangat manis dipandang tapi seeloknya kalau dapatlah tutup aurat dengan betul, sangatlah sangat sangat baik dan comel! Yang selama ni pernah payung apa - apa bonggolan dekat Fb tu, trylah plessing gambar raya bertudung pula mesti serius lawa. yang gambar - gambar lama tu sayang nak buang pun privatekanlah untuk tontonan kau sahaja. Tak rugi pun. Lagi ramai orang suka adalah dan paling kurang pun, berkuranganlah stalker - stalker lelaki yang kerjanya sentiasa carik modal gadis - gadis hot di fb sebelum pergi mandi.

Bagi yang selalu PANAS bila berbaju kurung dan bertudung tu, biasakanlah diri sebab masa raya boleh pakai macam tu, kenapa hari lain tak boleh kan? Bila dinner kenapa perlu pakai skirt sedangkan baju kurung dan kebaya juga sesuai ke dinner. Come on lah, sapa kata baju kurung ketinggalan zaman. Maria Ozawa datang indonesia pun berkebaya ok. Ops, itu cerita lain.


Sudah - sudahlah berceramah tak sudah. Aku niatnya nak bercerita raya tapi diselitkan pula baju kurung ni. bukan apa, aku cuma nak mention dan bagitahu semua tentang pendapat aku seikhlasnya tentang BAJU KURUNG.

Salam sayang dari saya,


Dr. Ramsey Peniacapan

" Gadis berbaju kurung lebih Hot dan seksi dari yang memakai bikini " -Dr. Ramsey Peniacapan-


Suka? Boleh like kalau tak nak komen pun. aku tahu korang malas.hehe

39 comments:

Domopinky ^^ said...

setuju ! ramai yg ckp pakai bju krg ni tak style lah , tak pandai begaye lah . tu semua fikiran yg kolot sja . hehe . bjukurung ni bila pakai kn nmpk ayu . sopan je ( :

kalau pakai bju kurg tu jgnlah ketat pulak . kesian kaum adam dok tahan nfsu dyorg . kang belaku bnde yg tak elok , mula lah tunding jari .

hehehe .pape pun , ur blog alwys best ^^ mmg salu tggu entry baru pun ( :

syazrinakuya said...

aku yang first lagi? nmpk sgt aku penstalker tegar blog kau. haha, memang sweet kan perempuan berbaju melayu. eh, berbaju kurung. macam aku..kahkah

tapi apa salahnya kalau lelaki pulak berbaju melayu bersamping dan bersongkok lengkap.ini tidak, bert-shirt. tahu tak lelaki berpakaian lengkap berbaju melayu sangatlah kacak.

kenapa aku macam nak emoo ni.k bai.
selamat hari raya

Haikal Blank said...

ehem ehem. ayunya korang. HAHAHA

www.myobw.com said...

sELAMAT hARI rAYA aIDILFITRI mAAP zAHIR dAN bATIN... dari 'myobw.com'


lagu rAYA khAS untukmu...

adwafarahin said...

pakai baju kurung lagi cun lah..sopan je..sejuk mata memandang :)

Primadona said...

haha..kal..nakal balik yerr bila dah raya ni.Usha perempuan sana sini.Dah ada yang lekat ke? haha.Serius aku suka hari raya sbb boleh tengok org lelaki guna baju melayu.Nampak hot gitu.haha :P

Haikal Blank said...

adwa, yeah, gua setuju sangat2 part tu. hehe

azizah, ehem, adakah aktiviti kita sama? HAHA

W A N I said...

sangat sangat setuju !! pkai bju kurung lebih selesa...=)

Haikal Blank said...

yeah, baguihla macam tu! :D
sejuk ati mak nak...

Shila said...

malas nk gosok bjau kurung...!

Haikal Blank said...

hahaha baju melayu aku pun adik aku yang gosokkan. ehem. best jadi abang ni. HAHA

" aku kan abang ". hehehe

kunci locker said...

hahahah...ok aku tak pki bju kurung..aku pki bju melayu,...nk ckp ape ek ni..aku rse ko gatal...hahah

larikkkk

Haikal Blank said...

hahaha haish, jujur sangat kau ni! bukan gatal, cuma jujur je. hekhek

Unknown said...

weeii ekal apa kata kau try berbaju kurung konpem nampak seksi muahaha

aku lebih selesa berbaju kurung. waktu kuliah pun selalu pakai baju kurung eceh ceh

psstt aku dah nak balik kampus jumaat nih.. err takde kena mengena kbai !

A.I said...

i love baju kurung!

kalo boleh nak je pakai jalan2 kl ng baju kurung.
tp tak in plak ng keadaan. hehehe.

.drakula. said...

kadang2 aku kurang faham kenapa kalau amoi lalu pakai seluar pendek mata kita boleh buat do no jer tetapi jika ada gadis malaya lalu pakai baju kurung walapun tak jelas tubuh badannya ...aku boleh jadi teransang...aku konpius...keh3...salah mata aku atau nafsu aku...:)

Ceritera Anak Sampah said...

walaupon i free hair, i mmg sukee gler bju kurung yg X modern. SELESA

Haikal Blank said...

amna gadeeja! balik jumaat ni hati - hati kawan! :D
ehem, bajet cun la tu...HAHA

Aisha inani: yeah, baju kurung menawan tahu!

RepublicAku: serius pun rasa sama macam kau. HAHA mungkin kita suka yang samar - samar gitu. Baru ada thrill. kahkah

Ceritera : yeah, di samping selesa, aku jamin keayuan kau akan terpampang walau siapa pun kau. :) love to berbaju kurung! yeah! HAHA

littledolphin said...

saya lebih suka jubah :P

p/s nak pergi bandung lagi, nak borong jubah T_T

K said...

apsal aku rasa bersetuju dengan ko dan republik aku.

dem.

haha

Haikal Blank said...

hana suradjat : yeah, kalau jubah itu lebih sweet ok. lupa lak gua nak mention. haha maaf!


keroro, aku rasa aku tahu sebabnya. sebab kita LELAKI kan? HAHA

Kak Long said...

aku pon suka tengok laki pakai baju kurung. eh eh. baju melayu lah.

pakai casual pon macho je, tapi bile seorang lelaki tu pakai baju melayu lengkap,...aku bole terkesima, tahu?

mcm tu lah kot mcm mana org laki rasa bile tengok pompuan pakai baju melayu. eh, baju kurung. heh~

Primadona said...

agak2lah bila raya baru boleh nampak korang pakai baju melayu dengan LENGKAP.Hari biasa sememeh je aku tengok :)

Haikal Blank said...

HAHAHA itu sudah mesti kawan! memang tak adil kan lelaki...kehkeh

venus said...

ooo k, selamat hari raya kal :)

MegaImaginasi said...

baju kurung mencantikkan lagi gadis2 melayu kita...

Daddylicious said...

mmg cantik berbaju kurung ni...:)

Nyamuk Terbang said...

mmg best pkai bju krung
rsa selesa
rsa mcm dri tetba ayu
err okbai

Primadona said...

ys.Sungguh tidak adil bagi kaum seperti kami.Haha.

Ceiler Mun said...

setiap hari kalau nak pergi kuliah, aku lebih selesa kalau berbaju kurung :)

cik azeya said...

gua pon lebih suke memandang gadis yang pakai baju kurung dari gadis yang pakai baju tak cukup kain plus rambut berkarat. dekat felda ni belambak. dah fesyen sangat lettew!

adysuR said...

Ko buat aku teringat kata-kata kawan aku. Dia kata abang dia pernah kata kalau datang tempat aku belajar macam heaven sbb ramai pakai tudung labuh..

LynnAiza said...

"Gadis berbaju kurung lebih Hot dan seksi dari yang memakai bikino "

setujuuuuuu. :P

SELAMAT HARI RAYA. *aci la wish.syawal tak habis lg. :D

Unknown said...

baju kurung barulah seksi misteri...

"apa yang ada di balik baju kurung itu???"

uuuuuuuhai!!!

Anonymous said...

haha. okay. dulu mase aku kecik kecik aku agak jantan. ko tgok muke aku. cam ade cutting jantan tak? wkwkwkw.

then disebabkan itu mak aku suruh pakai baju kurung, cube kau bayangkan aku pergi main basikal,main selipar tiga,main bola pakai baju kurung time kecik. seksi tak? *baru perasan hot jugak aku time kecik. hehe (lupe bgtau,mase aku kcik uma aku ni banyak budak lelaki je)

hihi. so aku rase pakai baju kurung ok what? ape yg prob nye. aisehh. maybe rase cam ketinggalan zaman kot,baek pakai singlet. ye dak? hehe. just kidding.

for me,aku ok je kalau bab pakai baju kurung. cume pakai tudung,insyaAllah. cari kekuatan ni :) taknak separuh jalan or follow trend je. aku da dpt blog kau ha. see my latest entry. ade pasal hang. promote sikte je padahal =.=

Unknown said...

masih semangat raya :D

Syazwan Che Deraman said...

aku suka tengok gadis melayu berbaju kurung. :)

F_H said...

pergh... wade.. gua time sek dulu tak pandang dak sek gua.. lame tak jumpe.. tup tup time raye dorg pakat datang rumah.. ade terngange gua tngk masing2.. syang betul tak usha mase time dorang ingus-ingusan..

yes.. baju kurung skrang tipis bagai dah.. dorg rase bertutup.. tp bagi guy.. semua itu tembus dari mate mereka.. kah kah.. demm it..

weii bile nak update daa...

Haikal Blank said...

harharhar baju kurung? seksi bhai!! kahkah