Pages

Monday, August 29, 2011

Raya dan Merdeka



Malam raya tahun ini tetap meriah seperti sebelum - sebelumnya. Dekat kampung atok aku ni, bunyi mercun bersepah dan membingit suasana. Tapi malam - malam raya ni kalau bingit sedikit pun tiada apa pada aku, baru meriah namanya ye dak. Kalau sunyi je tak ada bunyi pape pun bosan aku rasa. Bila letup2 ditambah bunga api menerangi malam baru rasa kemeriahan raya tu.

" selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin bro! "

Ucapan sebegini dan yg sesinonim dengannya bersedah meluru ke inbox henset aku dan aku yakin korang semua pun sama. Baguslah tu, paling tak pun adalah juga masa kita ni untuk buang rasa ego dan meminta maaf pada yang lain. Sesama kita yg selama ni bergaduh, terbukaklah hati nak senyum pada musuh masing - masing tanda berdamai. Moga - moga berterusan senyuman itu.

Untuk pembaca - pembaca remaja yang pernah bercinta, masa ni lah hati rasa - rasa teringin nak pergi beraya rumah bekas kekasih masing. Biasalah, nak tayanglah yang kita ni makin hot dan vogue lepas putus cinta dulu, bagi si dia nyesal tinggalkan kita. Kehkeh


Raya dan Merdeka

Hari kemerdekaan bertindih dengan 2 syawal, enjoy raya enjoy merdekalah kita.

Dalam kesedihan meninggalkan ramadhan ( sambil ketawa - ketawa makan ketupat bersama rendang ) kita dihadapkan dengan kegembiraan merdeka. Erti kemerdekaan tu aku dapat rasa semua orang tahu. Kalau tak tahu, bolehla tanya cikgu, jiran, mak bapak, posmen, penyokong kuat paas mahupun barisan nasi dan sesiapa sahaja yang anda kenal. Pengertiannya bermacam cerita dan semua orang boleh menceritakannya. Yang ingin aku tekankan, ialah sejauh mana penghayatan kita pada kemerdekaan ini.

Dicanang bebas, suci, aman, merdeka, bumi bertuah dan bermacam lagilah keyword famous untuk merdeka yang kita boleh katakan atau tulis sebagai status di fb, tapi apa keyword yg kita simpan di dalam hati dan diri?

' Cuti sekolah, cuti kerja, gaji triple or double, cukup umur masuk kelab malam, habis exam, duduk jauh dengan mak bapak, putus ngan awek, ada pakwe baru atau merdeka bila dah habis puasa? '

Merdeka dari unsur negatif adalah yang sebaiknya. Kita buang dosa dan silap lalu, kita cuba ubah mana yang silap dan tambah apa yang kurang. Sempena feel raya dan merdeka yg berbaur dalam hari yang sama ini, elok rasanya kita mulakan langkah pertama menghayati erti raya dan merdeka dengan sebaiknya. Kita tanam azam, kita tanam tekad moga ada kebaikan yang datang, bukan untuk orang lain,tapi tetap untuk kita masing - masing juga.

Dah panjang sangat aku bebel, moga segalanya sihat dan selamat sepanjang musim perayaan ini. Salam aidilfitri dari aku untuk semua pembaca.


*teringat masa kecik-kecik round kampung collect duit raya.hehe

12 comments:

NFE. said...

Selamat hari raya wey. :)

.drakula. said...

kita raya dahulu...esok baru cerita pasal merdeka....keh3

Haikal Blank said...

Hehe selamat hari raya semua!

littledolphin said...

yeah-merdeka yang biasa tersemat dalam kepala ialah merdeka habis exam.lagi2 exam cam spm tu. :8

sesungguhnya merdeka dari penjajahan minda adalah lebih baik.saya rasa minda saya banyak dijajah. :x

littledolphin said...

lagi satu:apa maksud anda dengan 'lega apabila tulisannya kembali seperti sediakala?' o.o saya blur sorry heee :)

Rafidah Farhana said...

Selamat Hari Raya


Selamat menyambut Hari Kemerdekaan



Sama-sama kita renungkan dua-dua peristiwa ni :D

Nina~ said...

selamat hari raya :)

Haikal Blank said...

hai gadis bunga pink! selamat hari raya juga! hakhak

hana suradjat. saya juga sama. minda saya seperti telah dikawal. err...oleh nafsu sendiri mungkinnya.

Rafidah farhana, selamat berhari raya juga!! :D

Unknown said...

err aku tak suke beraya kat rumah bekas kekasih. mmg tak sukelah !

selamat hari raya keempat :D

adysuR said...

Zaman kecik2 dulu aku ingat lagi. Round kg, singgah satu umah besar mengharapkan duit pon nilainya besar. Last2 dpt 20sen. Haha

Unknown said...

raya ke4 aku main mercun naga dengan mercun lalat... pastu main mercun KLcc 12 das... piungg piunggg piunggg tebaboooo

.::: mr IQ :::. said...

Salam Aidilfitri dan Salam Kemerdekaan :)
Raya Kemerdekaan