Pages

Tuesday, July 26, 2011

Mengejar Romantis ( Promo )


Romantis



Aku baru selesai menonton movie melayu yang ada di dalam laptop kesayangan aku ni. Ok, seperti biasa, isu cerita - cerita melayu ini lebih kurang sahaja semuanya. Cinta musnah, cinta palsu, cinta tak kesampaian, cinta terhalang, cinta lari (kahwin lari), cintailah sungai kita dan macam - macam lagi berkenaan cinta. Cinta itu sangat - sangat sinonim dengan orang kita agaknya.







Kalau ditanya gadis - gadis seluruh Malaysia, pastinya romantis itu sangat - sangat diharap di dalam percintaan. Lihat sahaja kalau keluar ke bandar, berpegangan tangan seperti BUDAYA yang tak dapat dipisahkan dengan pasangan - pasangan yang sedang syok dok bercinta. Fuh, kemain lentok si awek bila duduk bersebelahan dengan pakwe masing - masing. Kepala di bahu si jejaka. Itu kejadian di tempat terbuka, belum lagi kita merantau ke tempat terasing sedikit. Memang tangan lelaki memainkan peranan sepenuhnya. Habis hutan semua diteroka. Hutan hitam si ari - ari.

Kalau dikira peratus pasangan remaja sekarang yang sedang bercinta yang tidak pernah bersentuhan kulitnya agak - agaknya berapa? 5 peratus? 90 peratus? Tipu. Aku rasa mungkin dalam 0.5 peratus sahaja. Yang lain pasti pernah mengalami perasaan bersentuh dengan kulit babi. Aku juga tidak terkecuali.


Kenapa semua itu berlaku?


Kerana kita mengejar ROMANTIS di dalam percintaan! Kita cuba menonjolkan kasih sayang kita kepada pasangan kekasih kita tetapi di dalam cara yang salah. Hati kita ada dua bahagian, putih dan hitam. Yang hitam dikawal nafsu semata manakala yang putih dibataskan oleh agama. Fikiran juga begitu. Ada fikir yang kotor, ada fikir yang bersih.

Pro dan Kontra. Itu asasnya.

Kita biasanya lupa akan batas yang ada dalam mengejar kebahagiaan percintaan. Aku tidak salahkan kamu seratus peratus kerana aku tahu, kita sejak kecil lagi telah dipertontonkan oleh drama - drama, wayang - wayang cinta tidak kiralah cerita orang kita ataupun cerita luar negara. Cerita drama melayu lama tentang cinta, berpelukan di tepi pantai, mengusap pipi si wanita, mengucap cinta sambil membelai rambut si gadis. Kita melihat ia sebagai ROMANTIS dan kita menirunya. Biasalah, nafsu ni kalau tak ada yang mengajar, dia duduk diam sahaja. Tapi bila dah diajar olah mana - mana pancaindera, yang tu yang berat tu.


" Apa salah gua bro? Gua nak bunga - bunga dengan awek gua pun tak kan tak boleh? Gua nak gak rasa romantis dalam bercinta bro. Tak kan lu je dapat, gua tak. "

Seorang lelaki memarahiku secara rekaan aku sendiri.

Aku tidak kisah kau ingin romantis - romantis bunga - bunga berjiwang bagai di taman bunga bersiputan berpegangan tangan dengan awek atau balak korang, tetapi aku ingin tanya kau orang semua,



" Bila bercinta, semuanya jadi bebas agama ke? "



Jadi, apa yang perlu kita lakukan?

BERSAMBUNG DI SINI.


*aku berniat mempromote blog gabungan dengan beberapa penulis lain akan isu - isu terkini masa kini semestinya hebat. entry ini bersambung ke blog sana. Sila habiskan pembacaan, baru aku tersenyum riang melihat kau orang. 
**senang kata, ini Entry promosi cara halus. Kalau terasa nak support, tekan butang follow dekat blog MEMADAM KOMPLIKASI.




16 comments:

syazrinakuya said...

aku first.haha.tapi kan, lau yang boleh ber aku kau, ber gua lu lagi semat.haha

Haikal Blank said...

haha itu sudah mesti. nampak sempoi giler kan...hehe tapi lain orang, lain cara. gua tak berani kata apa - apa..lalalaaa~ :P

Weyh, ko tak baca ke sambungannya ke mana!! :D

JAMIE said...

style...lain kali tambah g bunga2 cerita mcm neh!!!

K said...

nice one!! XD

Kik0 ♥ QiLaH said...

pompuan berhati tisu pesen gua,

selayaknya berkeinginan romantis itu..

tapi romantis laki, x kemana..

sobsob Y_Y

Haikal Blank said...

haha bunga tahi ayam ok tak jamie? hehe

trimas keroro.

Aqilah, semua orang nak rasa romantis. perlawanan dengan nafsu semua tu. definisi romantis itu apakah?

. said...

:) bebas agama sbb cinta

Haikal Blank said...

ouch, itu menyakitkan sebenarnya. tapi nak kawal nafsu itu susah bukan? :(

Unknown said...

kekadang gua ske pesen lelaki romantis tp kekadang gua rimas jgk haish

cam gua ckp pd komen sblm ni,bg gua bahasa sy-awk habis romantis gua cakap. eh? ade kena mengena ke komen ni? ;D

Haikal Blank said...

haha agak lari dari tajuk, tapi dalam blog ni, tarak hal...sesuka lu ah nak cakap apa. gua design header untuk pengomenla tuh. HAHA

rimas? manusia ni pernah ke bersyukur? keh3...:P

littledolphin said...

what is the definition of romanti sgain?

jom kita hijrahkan maksud romantis.

romantis itu subjektif :)

Haikal Blank said...

yeah, sangat romantis. tapi kita dah macam terikut dengan definisi yang mereka - mereka sogokkan melalui media. ahh....

Kak Long said...

yeahh.. aku rasa mcm baca lirik lagu rap lah bila baca entri ni.



semua tu betul. nak2 zaman skang ni, mak apak pon mcm tak kisah sangat je.. pelik jugak tu. hu2

Haikal Blank said...

hemm...diorang kisah sebenarnya, tapi diorang tak dapat kenal situasi sebenar budak sekarang! mereka pun bekerja kan, macam mana lah nak tahu masalah anak semua. Anaknya lak lupa diri. hanyut. aish...hentahla..aku juga tak terkecuali dari hanyut dalam arus teknologi ni. :(

Primadona said...

oh ya..ak agak terlambat tk komen dientri ini.haha.Aku suka bila kau mula persoalkan ttg bila dah berkapel semuanya perlu bebas ke? Aku cukup menyampah dengan pasangan kapel bila date tak ingat org keliling.Cukup menyampah.haha.Stylo la entri kau yang ni.Sarkastik.I loike ;)

Haikal Blank said...

Nak sangat romantik mengikut ajaran omputih. huh! aku pun harap aku boleh elak semua tuh...hu3..

trimas geng! :)