Ucapan ringkas dua suku kata yang lembut bunyinya bila disebut. Tiada perlu dengung atau ditekan ketika mentuturkannya. Bacaannya jelas dan efeknya melembutkan hati bagi sesiapa yang kita tuturkan padanya.
Padaku, perkataan itu seakan ada kuasa tersendiri padanya kerana ia mampu mengubah emosi seseorang menjadi sopan, lembut, senang cakap positif walhal kita tahu bukan mudah untuk kita mempengaruhi emosi seseorang kearah sesuatu yang positif.
Penting ke ucapan MAAF ini?
Persoalan ini agak tidak relevan kerana aku yakin ramai manusia tahu dan sedar akan kepentingan maaf ini. Kadang kita sendiri mengharap ada ucapan maaf dari seseorang yang mungkin kita ada sedikit marah, geram, benci, 'ta shukee' dan pelbagai sebab lagi. Maaf, sesuatu yang sinonim sebagai manusia kerana kita semua semestinya tidak pernah lepas dari membuat kesilapan atas asbab kelemahan kita sendiri.
Iklan. saje promote header gua buat untuk MEMADAM KOMPLIKASI |
-----------------------------------------------------------------
Ada satu persoalan tentang MAAF yang aku terima di formspring.
" Perlu ke kita meminta maaf kat someone tu even kita tahu yang kita tidak bersalah? "
Pada aku, ianya mengikut situasi. Kita lihat sejauh mana kesalahan yang dimaksudkan. If kesalahan tu besar gila sampai boleh buat bunuh - bunuh atau dimaki hamun seumur hidup seperti merogol atau mencuri, janganlah tiba - tiba kau mintak maaf macam kau yang bersalah! Cukuplah sekadar kau memohon maaf kalau ada menyakitkan hati ke apa, tapi tegaskan dan bela diri kau buktikan kau tak bersalah. If masalah yang dia tuduh atau katakan itu tergolong dalam group kesalahan besar.
Tapi, jika sekadar kesalahan kecil seperti ketidakpuashatian tentang isu - isu seperti poyo, ketawa kuat, kurang ajar, terlanggar bahu, dengkur ketika tidur dengan kuat, lambat pulangkan novel ataupun kita tak sengaja terkacau kekasih seseorang, dan lain - lain lagi Prob kecikla kan, better kita mintak maaf jela dari nak bergaduh, bertekak, bertikam lidah bagai.
Bukan apa, kalau dua - dua tidak mahu mengalah, masing - masing bertikam lidah dan tiada siapa tahu mana yang betul, masing - masing tunjuk sana sini, pelbagai sebab dibuka, cerita lama semua habis diungkit, dan akhirnya, ego menguasai diri dan tidak bertegur sapa menjadi kesudahan. Marah, Dendam menjadi pedoman. Yang bersahabat juga boleh putus. Perkara sebegini kita boleh ibaratkan seperti api. Apabila kedua - dua pihak menjadi api, marah sana sini, apa akan padam api itu? Semakin marak adalah! Kemarahan akan memuncak selagi tiada satu pihak yang cuba memadamkan api tersebut.
Bagaimana cara memadamkannya?
Itulah pentingnya DAMAI. Selagi tiada satu pihak yang mengusulkan damai di antara pihak - pihak yang bertelagah, segalanya akan berterusan terbakar dalam lautan nafsu amarah masing - masing.
Damai, bagaimana caranya?
Ketika itulah aku perlunya usulan MAAF di dalam pertelingkahan itu. Perkataan magis itulah yang menjadi senjata utama yang bertindak sebagai pendamai.
" Dahla Mat, aku mintak maaflah kalau aku ada buat kau sakit hati. Aku tak sengaja Mat, serius. Dahla, aku dengan kau pun kawan dah lama, takkan kita nak terus bertelingkah kan. Aku rasa tak sedap hatilah macam ni. Aku mintak maaf ok. "
Mudah bukan? Tapi yang nampak mudah itu akan menjadi susah kalau kita sedang dikawal oleh emosi nafsu kita walhal itulah jalan terbaik dan mudah yang boleh menyelesaikan 1001 sengketa.
Kau setuju bukan? Ouch, i know that.
-------------------------------------------------------------------
Maaf itu seperti kunci kepada masalah ego kita. Dengan maaf, aku percaya kita akan dapat menguasai masalah - masalah yang berpunca dari ego yang ada dalam diri kita.
Seorang yang pemaaf ialah mereka yang selalu meminta maaf dan dimaafkan. It is conserved. The more you give, more you get. Dunia ini adil kerana DIA yang mencipta, bukan kita. Lihat saja orang - orang baik atau alim yang pernah kamu kenal selama kamu hidup, katakanlah mereka terlanggar bahu kamu atau terpijak kasut kamu sebagai contoh. Agak - agak kamu akan memarahi mereka atau tidak? Kamu sanggup memarahi seorang yang pada kamu amat baik?
Tidak? kenapa?
Kerana jika kamu membuat sebarang kesilapan pada mereka, mereka akan mudah memaafkan kamu. Dan seperti itulah orang lain akan mudah memaafi mereka jika ada kesilapan. Mulutnya tidak lokek memohon maaf walau kita tiada melihat apa - apa salah yang mereka buat. Bukan apa, mereka cuma risau sekiranya mengguris hati sesiapa.
Dunia adil bukan?
Perkataan maaf itu bukan hanya di bibir, tapi seluruh jiwa boleh terkena getarannya. Ianya seperti MAGIS padaku. Ianya mampu mengubah sesuatu dari negatif ke positif secara tiba - tiba.
*Masa korang merajuk dengan kekasih, korang bisinglah, itulah, inilah. Sekali dia call pujuk lepas tu, apa korang rasa? hehe.
31 comments:
sepatutnya maaf perlu diucap setiap kali sebelum kita melelapkan mata.. bukan pada situasi.. apa salahnya kita mintak maaf kan
kdg2 susah nak ucap 'maaf'.ego setinggi everesttt.*sighhh..
p/s:like this >>>
"Perkataan maaf itu bukan hanya di bibir, tapi seluruh jiwa boleh terkena getarannya. Ianya seperti MAGIS padaku. Ianya mampu mengubah sesuatu dari negatif ke positif secara tiba-tiba" ! :)
allah suka kalau hambanya seorang pemaaf
:)
maaf, sukar untuk menyatakannya kalau amarah dan ego menguasai.
maaf, ex aku tak pernah pujuk...haha
maaf tu bole jadi satu perkataan untuk soothingkan perasaan orang,aku praktikkan jugak maaf ni, almost kat semua benda even aku tak buat. n alhamdulillah, it really works
haha betul gak atiq! aku pernah dengar dulu ustaz aku suruh maafkan semua orang stiap kali sebelum tdow! thanx ingatkan aku...aku tak pernah praktikkan, tu yg lupa...hu3..
Lynn, yup, ego itu yang selalu menjadi penghalang.
adwa, amiin. InsyaALLAH...
:)
keroro, itulah namanya kena pandai mengawal nafsu!
kuya, yup, it's simplest way untuk buat orang senang dengan kita bukan? HEHE :P
thums up untuk entri kau kali ini.Sungguh bermakna.Ucapan maaf hanya mampu dilaksanakan jika ego itu kita mampu turunkan.Dengan maaf jua jiwa yang kacau mampu menjadi tenang.:)
bukan senang nak memaafkan org.
aku dah lalui benda ni. .x semestinya ucapan maaf tu dah cukup untuk menyembuhkan luka yg terpendam dalam. cewah!
hahaha. maaf tu perlu, tp kena lah ikhlas. .setakat sebut tak jadi hapa.
aku pernah kne khianat dgn kawan smpai aku rase xnk maafkan dia smpai dia mati biar tanah taknak terima die. ganas tak ganas?
tp aku rase aku dah sedar skg. ak dah mule maafkan dia.
but still, wlupun maaf tu satu magis, kita tak boleh sentiasa berharap dgn maaf.
lebih baik elakkan diri dr buat perkara yg menuntut kemaafan.
fuuu~ panjang giler
maaf tak bermakna kita lemah.
maaf itu indah....
hehehe apel, aku tahu itu. aku juga pernah melaluinya. sakit hati yang teramat.
Aku sebenarnya memaksudkan bahawa belajar meringankan MAAF dalam diri. Ini sebenarnya seperti latihan kepada jiwa kita. Cuba belajar untuk memaafkan.
Kalau kau mampu buang ego dan memaafkan walau kau sakit hati yang amat, hati kau akan tenang. Ianya datang secara sendiri. naturally ok.
Mungkin bodoh orang cakap kalau nak maafkan walau orang tu dah buat benda yang amat jijik pada kita, tapi sampai bila kita nak memusuhi orang? Apa kita ini sangat tinggi di sisiNYA? aish, aku sendiri tengah cuba belajar memaafkan. Aku sendiri cakap tak serupa bikin. HAHAHA katalah apa pun. tapi gua tengok muka lu apel, gua tahu lu pemaaf. :)
Biasa orang sporting ni mudah memaafkan. keh3...:P
bagi aku maaf itu sgt penting. ya,aku ngaku bkn sng nk mfkan orang tp kdg2 biar pun someone dah sakitkan ati aku beribu2 kali tp last2 aku still leh maafkan dia. y? sbab aku xkan tenang kalo aku xmfkan org.
even ucapan rgkas yg punya dua suku kata tp ble kau dgr je prkataan 2 kau boleh jd cair,serius. xrugi kalo mintak mf dan memaafkan orang.
sesungguhkan tiap hari aku mgharapkan kemaafan dari semua orang dan begitu juga sebaliknya. :)
:) yup, memberi kemaafan dengan seikhlas hati itu sebenarnya kita yang mendapat manfaat. Hati kita tenang, bebas dari benci dan nafsu amarah. Lebih rilexla bak kata omputih...:)
yeah, wa sokong lu geng...:D
mhon maaf dlu tak smstinya kte d pihak yg salah kn. juz, kte tanak mngeruhkn keadaan lg. biala, kte yg mngalah dlu kalau dah sblh pihk tu ego sgt. mgkin ade yg ckp, sume bnde akan sttle dgn ugkpn maaf, sdgkn maaf tu cuma pltfrm yg kte da tanak bnde ni bpnjgan. tp keslhn ttp akn dingat n djdikn pngjran kn kn kn >.<
http://yanadimple.blogspot.com/
Wah! ada unsur nampak macam hipokrit, tapi percayalah, hati kita bila hari2 dipujuk agar memaafkan, ianya akan semakin ikhlas semakin hari. Percayalah, bila ada usaha, hasilnya kana tiba...:)
okeyy ,bagaimana pula kalau mereka berkumpulan then same-2 menhentam saye dengan mengatakan yang saye berslah , sedangkan mase tuh saye dan 5 orang kawan saye yang nampak kejadian tuh . but then memang bile bergadoh hati tak senang . :(
aish, tu kes parah tu. ops, aku dah pegi blog kau dan try komen, tapi macam tak masuk - masuk je. memang taley komen ke?
kau tukar setting comment boleh tak? kepada pop-up windows. baru aku senang nak komen pape nanti...aku lagi suka yang popup.. :)
haa.. betul3. memaafkn kslahn org kdg2 bukn sng kn. tp kne jgkla pjuk diri. klau x mnghntuii diri heeeeheee >.<
yanadimple.blogspot.com/
kawan,saya nak minta maaf. T.T *TETIBA*
meminta maaf adalah perkara yang sukar,tetapi sangat essential untuk mendapat ketenangan.
btw,pasal contest tu,terima kasih atas semangat yang diberikan. ;')
*cuba sebut maaf secara dengung*
hehe, kelakar~
ramai orang ego nak cakap maaf. tapi maaf yang betul3 maaf mestila kena datang dari hati~
nanti syawal~ maaf zahir dan batin~ eh?
apa yang ada pada ucapan maaf sebenarnya??kenapa perlu meminta maaf dan bilakah waktu yang sesuai untuk mengucapakannya??sekarang kebanyakan dari kita hanya mengucapkan maaf tanpa mendalami maksud maaf yang sebenar....senang2 hati meminta maaf dan kemudian membuat kesalahan yang sama...then,what the use of the "maaf" actually??orang kata kita kena selalu memaafkan orang lain baru orang akan memaafkan diri kita juga..tapi..macam mana kalo kesalahan yang dibuat terlalu sukar untuk dimaafkan??
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
diy pasang head unit dan poweramp
konsep yang aku tekankan ialah supaya kita usaha untuk mudah memaafkan dan jangan berdendam. Yup, try untuk mudah memaafkan. Jangan disimpan sakit di dalam hati.
Berkenaan maaf itu, kita boleh nampak kan dia ikhlas atau tidak. Kita boleh baca. Kita lihat balik jika terjadi ada manusia mengucap maaf dengan nada tidak ikhlas kepada kita, apa kita selama ini pernah memaafkan dengan ikhlas sepenuh hati?
Newton's third law of motion. Yup, dunia ini dicipta adil. gua percaya yang itu. :)
hmm :( memang saye nak mintak maaf , tapi kawan-2 saye yang lain cakap , dieorang akan pandang rendah , then takan maaf kan . sucks lah ade perasaan macam ni :( grrr !
:) jangan bersedih. dugaan tu memang ada. Kita tak ada kuasa nak ubah pemikiran dan hasad orang. Itu kerjaNYA, jangan masuk campur.
Ikut cakap aku, take sedikit masa,bagi situasi reda dahulu and slow2 amek ati. Kalau diorang tanak terima, tak apa. slow slow step by step.
Jangan mintak maaf masa orang tengah panas, kang ego dia naik, kau yang susah. take time dulu k geng...:)
gua doakan diorang lembut hati ye....amiin...:)
satu nasihat yg berguna untuk aq ary ni..thaks ya bro!!
misskurengasem, thanx gak sudi membaca entry nih..:)
*segala pengajaran tu semua dariNYA.:)
disebabkan ego, kata maaf agak susah untuk dituturkan.
yup, ego yang tidak terkawal memusnah akal.
hehe. nice sharing. aku rase aku ni pemaaf orgnye. kui kui. but have one part bile aku ade tak maafkan a few people ni bile dorang da menghine aku habes habes. so,about maaf ni. for me,its depend on situation. cuz bile ade orang da menyentuh kite punye sensitivity aku rase itu da xbole dimaafkan. mungkin maaf tu mudah,but for me only for a small thing that i can stilkl deal with it. but when it comes to my sensitivity,for example people callin me a bitch of course they are not forgiven:) but i wont 'attack em back'. so even aku tak maafkan pon tapi aku da diamkan diri da cukup baekkan?haha
*panjangnye weh.,tetibe terluahh perasaan pulok :p
belajar utk mengalah dan memaafkan.tak salah kalau kita mengalah selagi tak menjejaskan ape2.kdg2 kita akn rs lebih lega.
Post a Comment