Pages

Friday, July 29, 2011

Menjana Kepala Otak Untuk Revolusi

Aku tahu, dalam kehidupan kita seharian, pasti ada satu masa kita termenung fikirkan akan kehidupan kita. Masa tu lah kita fikir kahwin, berangan - berangan entah apa - apa dan aku yakin ada satu masa korang fikirkan akan apa tujuan korang dilahirkan dekat dunia ni.

Bila dah fikir tujuan tu, pasti akan teringat akan dosa - dosa yang seharian kita pernah lakukan sepanjang kita berada di muka bumi ini. Dah teringat dosa, kita bertanya sendiri pada hati kita,


" Bila masanya kita nak berubah? Apa sempat untuk aku bertaubat? Apa ada ruang untuk aku menjadi seorang Muslim yang teguh imannya? "


Pasti pernah bukan?


---------------------------------------------------------------------


Ok, itu satu petanda baik kerana itu antara tanda hati kita masih lembut dan insyaALLAH ada lagi sisa iman dalam diri kita walau sebesar zarah sekalipun.


Hidup akhir zaman ini memang penuh dugaan dan cabaran. Maksiat, dosa, bersepah sana sini. Ya, teknologi berkembang selalu dipersalahkan walhal tanya dada sendiri, salah siapa, kita akan mengangguk sendiri setuju ia salah kita sepenuhnya. Itu normal.


Hari ini kita sedar, tetapi esok? Kita semua lupa apa yang kita insafkan dalam 5 minit malam tadi. Semuanya kerana kita telah dikawal. Kita telah dikawal oleh orientalis - orientalis yang sudah berabad lamanya merancang agenda mereka. Agenda apa?


 " SEKULARISME "


Sekularisme adalah pengasingan sesuatu entiti atau kerajaan dengan agama. Itu maknanya yang aku tahu. Mungkin aku silap, korang carilah makna yang paling tepat tapi aku rasa lebih kurang tu la sebab aku sendiri mengaku aku tidak begitu hebat akan istilah - istilah bombastik sebegini.


Setiap inci kehidupan kita telah disuapkan dengan unsur sekularisme ini sejak kita kecil lagi. Dari kartun sejak kita kecil dulu, semuanya mengasingkan agama dari kehidupan secara halus tanpa kita sedari. Dipesongkan kita dengan unsur - unsur mistik, kuasa - kuasa ajaib, unsur Romantis dalam percintaan, hubungan anak - anak dengan ibu bapa, cinta remaja dan macam - macam lagi.


Nampak tak kesannya?


Kita tidak perasan akan pengasingan agama itu! Contoh mudah, kita bertepuk tangan, bersalaman dengan yang bukan muhrim berlainan jantina. Kita rasakan semua itu sudah normal dan tiada apa salah. Kita lihat kepada etika dalam makan beradab, kita menyuap daging dengan tangan kiri kerana diajar garfu di kiri dan pisau di kanan! Ok, alasan gua tak kukuh, jom tampar aku. Lantaklah.


------------------------------------------------------------


Oleh kerana unsur - unsur ini, aku dan rakan - rakan berkolaborasi dalam penghasilan satu blog yang mana ikhlas dalam penyaluran ideologi, fakta, kritikan, info (samalah kan dengan fakta), dan pelbagai lagilah senang cakap tentang pemikiran dan pendapat kami akan isu Sekular dalam kehidupan kita seharian.


Jangan gusar, kami tidak mendapat apa - apa keuntungan kerana blog ini ikhlas untuk kita semua. Tiada sebarang iklan diletakkan demi mengikhlaskan hati kami berkongsi apa sahaja yang kami tahu dengan korang semua.


Korang rasa ada sedikit teruja kan nak tahu apa menatang yang kami hasilkan?


Luangkan masa korang untuk membaca muntahan pendapat kami di blog :







Ya, ini sebuah promosi kecil - kecilan aku untuk kamu.

Ini penulis terkini blog Memadam Komplikasi ini :


Kucing Serius
                     Muslimah Optimis
Syabab Berhati Mulia
                                 Mejuez
MuazSyamil






Kami juga mengusahakan satu group GENERASI PENCETUS REVOLUSI yang boleh korang join dalam berborak kosong yang tidak terlalu kosong kerana sebarang masalah remaja boleh dibincangkan dalam nada Berkawan - kawan. Ala, kami juga orang biasa seperti kamu yang lemah dan perlukan tunjuk ajar kamu semua. Yang ada ilmu, boleh kongsi bersama. Yang ada karya - karya bermanfaat di blog atau apa, boleh kongsikan. Kemungkinan juga akan ada isu setiap masa yang kami akan timbulkan untuk renungan kita bersama. Amacam?


Takkan masa terluang berjiwang dengan kekasih ada, baca blog ni kejap pun tak ada ye tak? Kitorang bagi entry senang hadam punya.

*err...taknak support ke? HEHE tanda sokongan usaha kami bro!

21 comments:

Miss Dolce and Gabbana said...

wah i'm the first one yang komen ke atau dah ada umat lain.. btw syabas untuk kelahiran blog baru.Baru sangat ke? and dah tubuh satu group baru la.hehe..

haikalblank said...

HAHA kau first, tahniah! :P

Baru dalam 2 minggu maybe. Tapi dilancarkan hari ni laa...haha Group untuk lepak2 ilmiah dan akan diusahakan untuk timbulkan isu - isu yang kadang kecil tapi orang tak perasan. boleh lah berborak sambil tambah ilmu.

Niatnya macam tu la...tapi tak boleh nak cakap apa - apa lagi...:)

Amna.Qadeeja said...

lumrah manusia menyesal pas 2 insaf tp sekejap je.

esok lusa ulang balik kslhan yg sama.

tahniah utk kelahiran blog perkongsian itu. Insyaallah gua support :)

sergeant keroro said...

nice!!

aku tak layak rasanya nak join penulis hebat cam korang.

huhu

haikalblank said...

qadeeja! yeah, setinggi - tinggi terima kasih dari pihak kami..:)
ilmu itu untuk dikongsi. Moga sama - sama dapat kongsilah kan. gua orang biasa2 je, tak ada banyak yang nak dicurahkan. :)

Keroro, diorang semua memang hebat. Aku sendiri malu dengan diorang. Aku menulis fakta pun tadak...HAHA

Zulfikar Hazri said...

wahh, dah maju lagi setapak, good work.. teruskan menulis..

menulis dan membaca, improvise..akhirnya akan memajukan tamadun manusia.

Lucifer said...

naiss. boleh tahan blog tu. kekalkan ok. pernah baca tentang sistem syura vs demokrasi?, di mana demokrasi adalah salah satu bentuk sekularisme, pluralisme adalah kesan daripada brobokan sekular yang menghasilkan atheisme hari ini. boleh dikupas tentang tu.

AmalinaNashihin said...

baru perasan kes makan steak guna tangan kiri.
lepas ni gua nak potong guna kiri, suap guna kanan.
stail kan?
anyway, congrats for the birth of your new blog.
nanti aku buat jejak kasih :P

haikalblank said...

Bro zul. trimas! aku kena banyak membacalah pasni, aku paling noob bab2 tuh...haha gua cuba buat yang terbaik.

Bro luc, trimas. Yup, demokrasi dicipta untuk menghapuskan syura seperti zaman sahabat dahulu. Isu menarik. aku try kaji benda tuh.

Amalina, haha pasal makan steak tuh, aku memang pakai tangan kanan. Err....kadang siap letak pisau, siat pakai tangan. HAHA
yup, thanx for supporting us. :)

hana sudradjat said...

walaupun mengikut rulesnya pisau di sebelah kanan,tapi saya guna di kiri.kerana serius tak selesa guna fork sebelah kiri.fork sebelah kanan lebih selesa :D

kucing serius pun ada?oh ini memang betul-betul serius! :)

haikalblank said...

hahakucing yang amat serius dalam penulisan. sentiasa imporve! haha
p layan blog dia...:P

AISHA INANI said...

jap aku baca.
ayat promo mantap dah.

haikalblank said...

haha promo mesti kena hebat. kalau nampak ada kurang tu, tegur2lah ok...hehe

Rafidah Farhana said...

Gabungan penulis terhebat !
Mantaplah. Aku sokong kau orang. Teruskan usaha mengubah mentaliti kita semuaaa :)

haikalblank said...

haha rafidah! trima kasih geng...:D

namaakulynn said...

tahniah 'baby' baru.hehehe.
supportttt jeee. ;)

haikalblank said...

hahaha dia tengah nak belajar berjalan tu haa...:P
trimas!! :D

Alin said...

dah lama aku tak makan guna garpun dgn pisau. huhu. aku org islam dan bangga makan pakai tangan. hehe. ada kena mengena tak dgn blog ko?

haikalblank said...

haha apa yang ada kena mengena? makan pakai pisau ke? HAHA ada aje....

Ni entry promote blog baru yang aku dijemput jadi penulisnya je.

Blog MEMADAM KOMPLIKASI.

ummu najwa ladzim said...

Setelah lama aku tak comment,aku jejak kaki kat sini..aku terasa ngan entry kau..sebab aku insaf and lupa 5min lpastu..aku xtau cmne nk kekalkn keinsfan.
Sekian

haikalblank said...

hahaha itu normal dowh. ok, kau geng ngan aku. kita sama. hu3