Pages

Thursday, July 21, 2011

Gangster



Gangster.

Fuh, bila lihat cerita - cerita Hongkong, Omputih, memang ganas kumpulan samseng mereka. Dengan parang, pedang samurai sampai ke pistol dan senapang semua ada. Bisnes haram juta - juta. Adegan tembak menembak itu sudah pasti. Tak campur lagi aksi 'riot' atau 'rampage' kumpulan itu menyerang kumpulan - kumpulan yang seperjuangan dalam merebut kawasan. Ala, yang macam cerita KL Gangster tu. Biasalah, aku nak juga UP kan cerita orang kita. Asyik puji cerita luar je, aku dah rasa best dah ada juga cerita Malaysia yang mampu buat suasana gangster macam tu. Agak stylola juga buat taraf filem negara kan.

Dalam nak menjadi seorang gangster atau abang atau taiko, tatto tu dah macam sinonim dah. Ada tatto ganas, naga, api - api, ikan koi, baru datang jiwa gangster tu dan tatto yang dicacah pada badan tu ada yang membawa maksud yang tersendiri. Bukan suka - suka je diorang nak cacah. Bawak pengertianla macam kebal, susah mati, 'ong', Abang besar kecik semua adalah senang cakap.


Kita abaikan cerita gangster besar - besar yang kita tonton dalam televisyen ataupun skrin wayang kerana ianya cerita rekaan dan korang tak perlu tahu akan suasana kehidupan gangster. Amat meloyakan dan memenatkan. Bom sana sini dan tiada siapa untung. Abang besar jela untung sebab makan duit seorang. Yang bawah tu, jadi tentera jela buat kerja menjauhi keredhaan Tuhan. Amat menyakitkan, serius. Nak keluar dah tak boleh dah, nak tidur pun macam - macam hal kena hadap. Asyik ditanya bila mahu bangun. Penat yang amat. Banyak betul tanggungjawab yang tidak perlu sebenarnya.

tak ada kaitan. promote kasut kesayangan gua.



---------------------------------------------------------------


" Bang, budak tu dah lebih ni bang. Sampai langgar wayar ni bang. Macam mana? "

" Ok, kau deal masa dan tempat, kita tarik dia. Biar aku open game tengok dia tinggi mana "

" Ok bang, set. Nanti saya deal dengan budak tu. Biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah. "

Lepas sampai masa ditetapkan, berjumpalah si mereka dan budak yang dicari itu. Fuh, dengan muka berlagak kebal, 'abang' yang  dimaksudkan dalam dialog di atas tadi menarik kerusi dan duduk.

tapp...tapp....tap....salam perkenalan dihulur. Yang bertentang terdiam membisu. Apa lagi, naik minyaklah si 'abang' itu dengan lagak hebatnya walhal nak masak nasi pun tak reti. Isi minyak motor pun mintak duit mak.

papp..pap...berakhirlah perjumpaan itu. Tiada aksi pukul memukul dan denngan hanya beberapa panggilan kepada Hotline persatuan masing - masing, berakhirlah sebuah ketidakpuashatian.

Opsss, tiada akhir sebenarnya. Nantikan sahaja adegan tayar motor atau kereta dipancitkan atau taburan kaca di hadapan kenderaan masing - masing. Dan begitulah seterusnya.


Macam - macam cerita.

--------------------------------------------------------------

gangster Jepun. mata sepet tu, cuma pakai spek. HAHA



Kehidupan gangster ini pada aku seperti membuang kehidupan REALITI seorang manusia ke alam yang lain. Situasinya amat berlainan dari orang biasa. Kehidupan si pemegang title gangster itu sudah menuju ke arah tersudut yang sempit dan tiada hala tuju.

Seorang lelaki biasa berumur 20 tahun melepak di kedai makan :

" Wei, awek yang semalam kau tegur tu cun lah. Body mantap lak tu! menggelegak jiwa muda aku tengok kau berborak dengan dia. Jeles pun ada, huh! "

pasal gadis, biasalah kan dah namanya lelaki.

" kau tahu tak mana - mana lubang kerja? Aku tak ada idea nak kerja apa sekarang. Takkanlah aku nak kerja kedai makan buat air sampai ke tua. Bila aku nak kahwin! "

pasal masa depan, baguslah.

" Aku rasa aku nak berubahlah. Sembahyang pun dah lama aku buat. Quran pun dah bertahun tak sentuh, lagikan nak baca. Aku tak nak lah hidup kosong je macam ni "

Sangat bagus. Fikir pasal akhirat.


Cuba kita ambil seorang gangster berumur 20 tahun berborak dengan rakan - rakan seperjuangannya :


" Budak baru sekarang dah pandai naik kepala, tak hormat abang - abang! Aku baru letak harga button family mahal sedikit, diorang dah kecoh! "

tak puas hati pada adik - adik dalam keluarga gangster


" Kau kenal si Lan (bukan nama sebenar) tu? Dia boleh buat pasal dengan budak - budak kita minggu lepas. Adalah sedikit masalah, habis aku tapaw kepala dia. Menggelabah jugak arr aku pegang dia sekejap. Baru dia taw dia ngadap sape! "

Tak puas hati dan rasa diri dia Tuhan.

" Kau apa kes? Dengarnya nak tarik 3,4 orang budak baru. Jadi tak? Kalau jadi baguslah, boleh kita kembangkan sayap keluarga kita. "

borak tentang keluarga gangster macam cerita Jepunlah kan.


------------------------------------------------------------



Macam dah sampai masa aku nak habiskan entry ni. Kali ni aku bagi korang fikir sendiri dan jawab soalan - soalan aku.


Cuba korang bandingkan perbualan antara DUA keadaan tersebut. Antara lelaki biasa dan lelaki gangster.

1)Yang mana lebih mengembangkan minda?

2) Yang mana lebih menarik topik perbualannya?

3) Yang mana lebih enjoy dalam persahabatan?

4) Yang mana lebih senang dapat awek?

5) Yang mana.............................(reka soalan sendiri, aku dah penat)

errr....mana lebih baik dan menyenangkan kehidupan? (soalan rasmi)





*pandai - pandailah korang hadam ye entry ni.


10 comments:

syazrinakuya said...

aku nk yg lelaki biasa.haha.carikkan sorg bole?

Kucing Serius. said...

Ahahaha. Setuju setuju.

Aku kenal sorang gangster ni,baik gila. Solat tak tinggal,tak minum arak,tegur sopan santun,muka baik,etc etc.

Tapi sekali dia bukak buah,goyang semua. LOL

LynnAiza said...

xmo ah gangster2 ni.nak yang biasa sudahhh.tapi kalau yang tau pkul2 ok la jugak.at least utk protection.kalau xtau lgsg takleh gak.lembik sgt pulak nnt.haha~

littledolphin said...

banyaknya soalan. =.="

sabar ek kawan.jap jap.

saya nak jawab soalan nombor tiga sahaja boleh tak?

yg mana lebih enjoy dalam persahabatan? biasalah,sudah tentu.cos gengster macam menakutkan je. *gulp*

plus,topik perbualan gengster ni macam semunya stress je.semuanya pasal tak puas hati.malas nak stress-stress ni.so,BIASA.tq.

adwafarahin said...

nk gak gangsta muka garang hati kiut tuh :P

Primadona said...

wah..isu pasl gengster.Gengster tak gengster mamat tu bila jumpa perempuan yang dia sayang, hati boleh cair oh.Dah kira ckp gengster ke tu.Aku lebih suka bila lelaki bercerita pasal masa hadapan.Gengster baik tu.haha ;P

Ghab Van Hal said...

gengster sume hampeh.

zaman aku dulu terabur budak-budak skinhead dengan punk. sikit2 tanya knowledge. paw2 orang. bengkek je aku tengok. naseb baik aku tak pernah kene paw.

Haikal Blank said...

HAHAHA yang bujet gangster tu memang ramai ouhh!! memang buat sakit kepala....

HAHA:D

Unknown said...

lagi bagus perbualan situasi A..

"eh ke soklan kau tu retorik tak perlu aku jawap?"

haha....

sebenarnya, duduk dalam geng ni rasa jadi mcm hamba pun ada..

sedangkan tak duduk dalam geng, aku boleh je duduk satu tabel ngan abanglong sambil main race, abglong kalah kena kocok....

tapi adik-adik kene bersila kat lantai.. sadis sigaragaa...

Haikal Blank said...

taw tak apa...siap boleh tunjal2 kepala lagi ngan along. dah nama member kan, rilek sudah..ni aku tengok adik2 kena sopan sedikit. keh3....

macam menyempitkan ruang persahabatan. entahla kan....