Aku terfikir akan Bercinta Antara Lelaki Dan Perempuan dalam nada yang normal dan bukannya tentang gay, lesbo mahupun biseksual lovers.
sweet gilalah kononnya tu. HAHA |
Ada banyak kes masalah cinta tak kesampaian. Ada macam - macam jenis masalah yang boleh kita dengar dari mereka. Ada yang putus pasal curang, pasal gaduh sana - sini, mengongkong secara melampau, mengangkang dan ditinggalkan, ada orang ketiga bahkan ada juga sampai orang keLIMA dan macam - macam lagi hal rumahtangga mainan di dalam cinta remaja ni.
Nampak tak relevan cinta masa kini?
Semakin rapuh, semakin less in romantic dan semakin mengarut. They put Love as a toy to play with and surely as a ball to kick whenever they feel so. Bercinta sekarang semakin senang, modal pun makin sedikit. Setakat pakai 10 SMS, dah boleh dapatkan hati seorang awek dan bila cukup bulan, cinta itu tamat. Sekarang ni pun, dah ramai Meleis yang bercinta satu malam. Ala, kira bercinta dengan padat dalam satu malamla. Ops, tiada kaitan dengan ZineSatuMalam ok (promo). Ianya dua benda berbeza.
----------------------------------------------------------------
Beberapa alasan orang - orang bercinta ni tentang kenapa mereka bercinta :
" Saya nak rasa disayangi oleh dia. Sebab tu lah saya declair kapel dengan dia "
" Saya takut kehilangan dia. Sebab tu lah saya declair kapel dengan dia "
" Saya perlukan dia sentiasa di sisi saya. Sebab tu lah saya declair kapel dengan dia. "
Dan seribusatu alasan lain yang boleh kita dengar dan mungkin yang korang sendiri boleh tambah berdasarkan pengalaman korang sendiri.
-----------------------------------------------------------------
Kita singkap kembali dari sudut luar, kita renung kembali :
Bila bercinta, kita pasti ada perjanjian atau perlakuan 'declair' sebagai kapel dalam bahasa rojaknya. Apa relevennya perjanjian percintaan itu diucapkan? Aku cuba memahami akan kepentingan declaration couple itu. Sweet ke? Ok, aku try menyenaraikan kenapa declaration COUPLE itu perlu dibuat dari sudut pandangan orang bercinta.
1) Sebagai tanda yang kita menyayangi dia2) Sebagai tanda yang kita mahu menjaga dia dan tidak mahu dia diganggu orang lain3) Sebagai simbol (asyik tanda je, bosan) kepada kesediaan kita untuk setia menyayangi si dia4) Sebagai simbol yang kita tidak lagi menoleh kepada orang lain sebagai calon suami/isteri5) Sebagai tanda dia itu bakal suami/isteri pilihan kita.6) ........................Macam biasa, korang senaraikan sendiri.
Wahh, sweetnya bila baca. menggelegak testeoron dalam badan aku bila menghayati sebab - sebab kenapa kita perlu meletakkan title AWEK dan PAKWE pada seseorang atau lebih tepatnya mengikut kamus remaja ialah istilah COUPLE dirasmikan pada tarikh - tarikh yang akan diingati dan disambut pada setiap tahun dengan penuh romantislah kononnya.
Perlu ke semua tu?
Sejujurnya cinta ni perlu ada something mystery about it. Jangan ada declaration itu mungkin lebih baik. Cukuplah sekadar bersahabat atau berkawan tetapi menyimpan perasaan di dalam diri dalam nada terkawal. Bermacam - macam cara kita boleh tunjukkan kasih sayang kita tanpa berpegangan tangan berjalan di bandar sambil menadah kutukan/ngumpatan makcik - makcik kampung yang dok hangat bergosip pasal anak jiran walhal anaknya pun sama.
Aku rasa lebih elok declair sebagai kawan baik dan terus direct menyatakan hasrat untuk menjadikan sesorang itu sebagai isteri. Err...untuk kaum hawa, tak perlulah declair nak jadikan seseorang itu menjadi suami kerana kalau korang cakap pun, terpulang pada lelaki tu untuk meminang kamu tetapi tak salah kalau menyatakan hasrat untuk menjadi isteri kalau dia sudi.
Selepas itu?
Teruskan dalam nada dan pergaulan sebagai kawan baik!
Paling kurang, tak adalah kita nak berpegangan tangan bagai masa keluar bersama. Kan nampak sopanlah sedikit dari bersiputan je sambil mengelilingi Mall - mall yang dikunjungi.
Kalau dilihat dari perbualan pun, tiadalah sayang - sayang bagai. Cukuplah sekadar penggunaan kau-aku. Hendak cantik sedikit, gunalah saya-awak. Kalau dah tak tahan nak romantik macam omputih, boleh pakai i-u. Nada perbualan juga tidaklah menjadi maksiat kerana kuranglah sedikit cerita berangan - berangan, biasalah kan, aku rasa korang tahu apa topik perbualan semasa bercinta ni. Segala indah semua keluar sampai berangan nak namakan anaklah apalah kan. Err..mungkin aku je kot yang berborak sampai benda tu, korang tak ada kot. Korang kan baik dan sopan semuanya. Amiiin....
Bila malam, sebelum tidur, perlulah bertukar pakaian. Yang perempuan dengan baju pinknya atau biru cair berbunga - bunga kecil atau pun kartun - kartun. Ada juga yang memakai singlet dan boxer, tapi kalau lelaki senang je dress nak tidur. Tanggalkan segala yang ada kecuali boxer. Tarik bantal dan selimut, lelaplah dia. Masa sebelum tidur tu, akal merewang ke pelbagai sudut. Berangan! Berangan tentang awek, teringat kenangan ketika datinglah bagai. Kalau dapat awek badan mantap, mulalah berimaginasi bukan - bukan dan ketawa sendiri. Kan dah buat maksiat akal pula tu.
Cuba kalau setakat declair sebagai KAWAN BAIK. Aku rasa lebih senang untuk kita mengelak dari membuat dosa - dosa kering seperti di atas. Ala, orang cakap dosa dah banyak ni, baik teruskan je, sama je. What The Fuck ialah jawapannya. Kita kalau dah sedar kita ni dah banyak dosa, cubalah untuk berubah sedikit demi sedikit. Walau perubahan itu kecil, tapi selagi kita Istiqamah dan ikhlas untuk berubah, ia dipandang tinggi kerana pada akhir zaman ini, fitnah manusia itulah benda paling menakutkan. Kalau ada berubah walau kecil tu, nasihatku, teruskanlah. Pasti ada hikmahnya. Pastikan hari ini lebih baik dari semalam dan begitulah seterusnya. Jangan kita memasuki golongan orang - orang yang rugi.
Ini sekadar cadangan atau lebih stylonya aku sebut pendapat dari hati aku. Aku sekarang sedang cuba menghasut rakan - rakan aku untuk bercinta dengan teknik ini. Ianya nampak bangang dan membosankan tetapi pada aku, ianya lebih sweet kerana dengan bercinta sebegini, ia lebih memerlukan kepercayaan yang tinggi sesama pasangan dan ianya lebih romantis. Kalau dah percaya antara pasangan, romantis itu akan datang sendiri. Bila berjumpa tu, perasaan menjadi lebih tenang dan terhindar dari fikiran kotor.
Keistimewaan dari kaca mata setan?
Korang boleh lagi jeling - jeling awek lain kerana tak ada declair apa - apa. Tapi sampai bila kau nak memain macam tu? Nanti lu dapat bini atau laki yang memang kaki suka mencari lain, baru kau tahu sakitnya. Kalau Tuhan nak bayar balik, cash je dia bagi. Kau buat, esok kau kena. Apa kau nak cakap?
*Entry ini ialah luahan hati. Kalau tak faham tu, maafkan aku. HAHA
Dah suka, tanak tekan LIKE ke? HAHA
Dah suka, tanak tekan LIKE ke? HAHA
69 comments:
dah malas nak bercinta boleh macam tu? ngeh2 ;)
kalau target kawin terus lagi canteek! terus jumpa family! perghh....kurang dosa beb! :)
hik3, gua arget nak jumpak ayah mak dia terus.. lagi senang
saya suker artikel awk!!!sbb sy mcm tu..hahahahhaa..sengal XD
akupahamjekentriini. ;)
SEJUTALIKE!
org kata,lepas dah declare lagi cepatttt lingkup(kejam sikit) hubungan kapel2 tu.tapi entah la.tak reti nak ulas pjg2 bab2 kapel2/cintancintun ni.sbb aku mmg tak menggalakkan diri sendiri ke zone ni.semoga dipertambah dan dikuatkan iman kita2 semua.aminnnn.
p/s:mintak izin nak link blog ni kt blog aku ye.
aitt! dah kebal dah kau skang! HAHA
yup, itu yang terbaik bro. baru macho namanya...keh3...
Tina, nampak lebih sweet dan tenang kan? tak adalah kerja nak pening pale pk hal orang je...HAHA
haha tak dak hal. nak tuju video klip pun tak apa...
yang penting, usaha. tak ada usaha ke arah putih, kau tetap sesat dalam hitam.
hahaa. nice :D
sebab tu aku tak pernah couple.
kawan baik je dgn semua. lagi best
kalau dah couple ni, nanti bila putus payah. dah tak kawan dah. tak syok langsung
setuju ngn artikel nie.. :)
yeah si pencerita fairy tale...dari kawan baik, bercinta. bila putus, ikatan kawan terus hilang. canteeekk...bangang namanya tuh
Mizz adwin, trimas! yeah, bukak blog kau terus ada gambar hantu rekaan tuh. HAHA seram gak tengok pepagi ni. :D
dah berapa tahun aku single...
gamaknya aku ni tak laku kot
ke tak hensem?
ehh lama betul aku takde makwe...
"saya single, saya okey"
keskeskeskeskes
HAHAHA yela ko zul oii!! :D
*yang penting jangan keluar ayat pedas yang superb bangang
"saya GAY, saya ok" errkkk!!
takut nak declare awal-awal..
haaaaa, aku lambat arini.. btw, nice bro..ade kena mngena ni..lala
sebelum pape, kena fikir masak2 kan...:D
Kuya, biar pecah di perut, jangan terburai di mlut...HAHA
kawan tuh lg best..tp payah jugak la hati dan perasaan ni..kite pikir kawan...die pikir lain..haa camner tuh dokter cinta haikal... haha
aku single. peace!
yang macam tu, kita kena explain dengan ayat tegak dan jangan pernah memberi harapan. bukan apa, takut makan diri sendiri nanti.
ya, gua pernah terkena dan gua rasa bersalah sampai sekarang. :(
baik dokter.saye faham.buat ayat tegak ye.. =)
haha fairuz, yela ko tuh....:P
ok2, aku percaya, jgn terajang aku.
Riben putih boutiques! buat ayat tegak tapi jangan terlalu tegak dalam mentuturkannya. HAHA
namaakulynn, kau nak link ke mana pun suka hatila...blog ni bebas sedikit dan tuan dia susah nak marah. HAHA
ada jodoh x kemana, jgn tkt kehilangan.. DIA dah cipta yang terbaik untuk kita.. better BFF than kapeling :)
yelah..just kawan lagi baik rasanya..tak yah nak rindu rindu..sakit wooo..tambah tambah berjauhan..iskkk..lupakanlah saja dia tuh..boleh?
yeah, betul la saiazuan! keh3...
Ernie, kalau boleh, baguslah kan...:D
Wah terbaiklah entri kau hari ni.Berfikir ja aku.Cinta lepas nikah lagi best oh.Eh aku nak tanya kau makan apa smlm sampai boleh buat entri terbaik ni.haha
haha jijah! lepas nikah, baru cakap i love u, perghh, sweet giler tu! :D
haha aku makan hati, sebab tu kot. ada kaitan2 ngn dunia sebenar gak nih. HAHA
perghhh!! terbaikk entri ni cun! kacak sukee..haha:P
#sentap gak tapi bila pikir blik..klau kawn je nanti dy main kayu tiga dgn org lain..sush wey..haha=.="
normal.."kita kan kawan.."
#memang gua kena tgal la nti cun! haha:P
omg! haha siot lah, kau mcm ckp psl someone je pu? :p
so far okay, aku faham. perempuan tak boleh buat keputusan. hahaha. i'll learn from my mistakes before yeahh. :) thank you pupu
aku teringat sau moment aku ngn guy fren aku. .t
aku tau dia suke aku dan aku tau aku suke gilaaaa dia, tp wat bodoh tahap karma.
tetibe ade pompan len ctr kat aku mmt tu ade gedik2 ngan pompan mane tah.
secara tak semene2nye aku marah macam dia laki aku padahal bermembe nak kata rapat pun tak sangat, punya la aku marah tak hengat dunia.
dia pulak layan aku, pujuk aku macam memang dia laki aku.hahahahaha mintak maaf sebagai, siap explain detail perkara sebenar.
lawak doh. .aku ngan dia mmg tak pernah de tarikh pun.becakap pun sy awak. .
but then, tu sejarah lama lah kan.cewahh HAHAHAHA
*muka emo* *gelak hiba*
eyka! betul tu...sebab tu aku cakap ia perlu diisi dengan penuh kepercayaan....HAHA
SASACOMEL. perlu ke huruf A ditukar kapada U? keh3.....
aku tertanya2 siapakah anda? HEHE
Perggh, sweetla apel oii! hehe dah, jgn wat muka emo kau...rilek sudah...patah boleh tumbuh. learn from mistakes right? HEHE
papa,terbaiklah!!suke sgt22222 entry ni!suke nyeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.... ^_^
peh peh, terima kasih promo ZineSatuMalam, alang-alang antar karya kat sana gak k. hue hue hue.
btw, aku suka header kau yang no 3.
declare declare ni memerlukan komitmen.sangat menyusahkan.hahahaha.
declare jadi bestfriend lagi bagus. :D BESTFRIEND LAGI BEST,TAK YAH NAK COVER AYU.
p/s saya lagi suka hubungan yang lahir dari persahabatan. ho ho ho
hehe brader Luc, nak antar karya macam segan. tak hebat mengarang. Jadi bahan je kang. HAHA
yang nombor 3 tu macam ganas sangatla lak. gabung2 gambar cover album tuh haa....
Scribbleoffreaks! komitmen tu macam beban dan alasan untuk pelbagai benda. Dari persahabatan, segalanya lebih ikhlas dan kuranglah sedikit tipu daya percintaan tuh. HAHA
ramai giler komen..ape lagi aku nak kata..entry ni memang best..thumbs up bradeer
woooo...lame doe nak tunggu dapat balik blog aku..sementara tu aku lepak sini boleh kan?? dasat kau ni..ahaha
haha tak ramai mana...bahagi dua jela...sebab aku balas komen sorang2, tu nampak ramai...:D
thanx bro!
Noobiestest, jadah kau dasat..takdanya dasat...biasa2 je haa...ala, jap lagi keluar balik blog kau tuh..hehe lepak lelama pun tadak hal
declare kan?
hebat tak hebat, ruang untuk improvement sentiasa ada, zine tu pun karya penulisan bebas, ada yang dah diprint dan dijual dekat frinjan. ia komuniti untuk semua.
Aesya, ye, declaration dalam sudut lain lebih enaknya..keh3..:P
Thanx Luc. Aku try satu hari nanti...:)
belajar dari kesilapan ye tak...:D
sangat best...hehe tapi kena ade persetujuan 2 pihak...kalau sebelah pihak je yg nak memang karang ade yg bermasam muka berminggu2 hahahaha...
ianya bukan persetujuan tetapi masing2 seperti memahami. Kalau pihak lelaki dah kata yang dia akan mengahwini si perempuan itu, kalau perempuan itu sayangkan si lelaki, pasti tidak akan ada lelaki lain kan? hehe..
entry ni sgt cool ok! prefer bestfriend is the most laa
cadangan yang bagus. tapi macam susah nak buat. sebab couple ni dah menjadi budaya..=(
Haha yola amir aizat!
Budaya?hemm..yup,dah jadi trend atau budaya dah. Yg kcik ikut yg besar..tp kalau xd yg menggerak,xkan adalah perubahan kan..nk menggerakkan yg pertama kali tu dugaan trbesar bg aku...
erk...hehe...best la entri nie..mcm dh tolong aku mnjawab soklan2 yg bermain dlm pale otak aku skrang nie sbnrnya..yah...mungkin dgb hanya berKAWAN BAIK itu lebih baik kan...ikatan mungkin akan tputus tp sahabat baik slamanya....insyaallah..thanks a lot bro.!
kalau segalanya dijalankan sempurna dan mendapat keberkatan, segalanya akan mudah. elakkan dosa, kalau lemah, cuba sedaya upaya kurangkan dosa masa bercinta. gua percaya perubahan seribu langkah bermula dari langkah pertama. :D
suka sangat post ni :)
terima kasih kawan! :)
pergh! terbaik XD
p/s : aku tak mampu nak meluahkan semua ini :P
terima kasih keroro! :)
entry ni gua baca balik pun tersenyum sendiri. HAHA
Officialy! Your blog is one my favourite! Hahah!
woooh kawan baik! sangat bersetuju
woooh kawan baik! sangat bersetuju
SleM, kau biar betul...HAHA
muaz, yeah, trimas. dak sama U kena sokong sesama sendiri! HAHA
ya,ya, tyme bercinta aku lebih suka gune perkataan sy-awk, lg sweet aku rse.
setuju sgt lbh baek declare sbg teman baek dr declare sbg couple. cintan cintun ni sumpah menyakitkan.
aku suke giler..aku nak sarankan si dia bacala..mana la tau boleh cuba teknik terbaik ni..:)
haish qadeeja, yup, menyakitkan kerana ianya pasti gagal. Bersabarlah wahai hati~ :)
Adik ayu!! haha suka hatilah, sarankan kat sesapa pun tadak hal. Segala kebaikan datang dariNYA dan keburukan yang bersepah kau kesan tu, kompem2 dari kelemahan aku sendiri....:)
kebetulan la kan aku pon baru tamat zaman buat dosa....
ok2 aku nak folo cara nih plak lepas tamat eddah aku. muahahaha ;)
hahaha sengal ko echa oii...hehe terpulang! :D
hahah!!!bce entry lansung tringat zaman jahiliah dulu2..
hehehe kalau teringat baguslah...lagi bagus kalau ada usaha tuk berubah..:)
X kisah declaration apa tp aku rasa declaration itu perlu. Sebab bila dah declare barulah takde yg nak kacau daun. Ini bila tak declare aku nak ngorat pun susah. Ngorat tuduh aku kacau awek dia, x ngorat melepas pulak nanti. So at least kena ada declaration walaupun jenis apa..
Amboi, panjangnya aku tulis!!
hehe. even aku ade boyfren pin aku gune sy awk. awk biawak. haha. tak boleh la gune syg ayang abg melayang. kui kui. tp dlm msd syg syg. sbb nye,msg msg malu. even da setahun,baru setahon je. 4 me,couple or bestfren same je. best friend bg sesetengah org wont end up to married,couple end up with married *sesetengah okay. tp for me. it doesnt matter. as long as u didnt do stupid thing,a wrong thing. okay je,declare whatever u want to. but remember,tak lebih lebih :) hehe. tp budak zaman semua nk declare couple je weh,kalo declare ad bestfren mau beribu bestfren nye, hehe. *mak aiii da macam entry da aku komen.
hahaha yeah alip apai! kalau pasal tu aku setuju, tapi kalau dah sayang, dia takkan cari lain kan?
boleh gunakan konsep 'bina' cinta dari 'cari' cinta bak kata lensarosak. kehkeh
HAHAHA diannorhayati! yeah, point ko cantik. tak kisahlah declaration apa janji hatinya bagai ada connection ye dak...:D
dak skang declare pape semua senang..otak tak matang lagi kan...err..tapi perangai belagak matang. macam aku jugak. HAHAHA
SETUJU GILA DGN ENTRY NEI.AKU MAKIN SUKA LAH BACA BLOG KO.KEHKEH.tgak komen pun dah pakai hurup bsr.hehehe
haha fuhhh...thanx geng!! :D
Post a Comment