Pages

Wednesday, July 20, 2011

Cinta Retro ( part 2 )

*sambungan



Dari cerita pada entry sebelum nih, korang tekanlah older post kalau tak nampak kan, kita dah borak sedikit sebanyak tentang cinta monyet atau cinta budak - budak masa aku muda - muda dulu dengan biodatalah semua. Memang stylolah perasaan bercinta masa tu. Rasa thrill dia ternanti - nanti bilalah 'si dia' nak balas kunjungan surat kita. Macam kau semua blogwalking laa.. Mangharap ada kunjungan kembali sambil menekan iklan nuff - nuff tu. Itu ada kaitan tu, tolong percaya.

Kita flashback kembali kepada awal - awal ingin berkenalan. Masa tu, kita mula rasa malu - malu pada si gadis bila berselisih. Sumpah gedik nak mampus kalau dikenang kembali tapi apa ada hal, aku tahu ramai dulu pun macam tu. Haa, tak ngaku! Aku sembelih sorang - sorang kang!


-----------------------------------------------------------------

trademark = letak gambar tak ada kaitan

" weyh man, aku ingat nak try tackle awek tu r. Aku rasa dia pun minat aku. Aku jeling - jeling neraka kat dia tadi dia sipu - sipu malu lah pulak. Ada respon orang cakap tu "

" Kau tulis suratnya, aku pass kan. Untuk kau, apa je aku tolong punya, jangan risau."


Atas sokongan dan bantuan rakan - rakan, surat berjaya disampaikan dengan penuh bau bedak echanteur. Agaknya betul nama bedak aku pakai tu. Yang bau apricot tu, seriously wangi. Hati gembira ke kelas kerana ketika berselisih, dia tersenyum bujet - bujet ayu lah pula. Aku cek zip seluar aku, sampai keretapinya jadi dia tersipu kerana suratku! yeah, itu tanda positif namanya. :)


Sesampai di kelas, aku terus melihat bawah laciku mengharapkan ada balasan atas surat berdebu - debu (bedak) ku kelmarin.

"Oh, tiada, sial!"

Sedikit kecewa. Aku duduk di kerusi dan merenung meja ku yang penuh poster pelik - pelik. ops, ada poster lagu 'seasons in the sun' nyanyian westlife. aduh, aku boleh layan lagu macam tu rupanya dulu. Kalau member - member aku sekarang ni tahu, konfem kena nganjing giler babi ni.

"eh, ada suratla bawah poster westlife ni! hehehehehe~ (gelak separa jahat)"





-----------------------------------------------------------------


Bagitulah kisah serba sedikit akan situasi permainan cinta kanak - kanak aku dahulu. Agak mengarut tapi itulah realitinya. Kelakar je.

Aku bawa kepada cinta sekolah menengah aku.

Aku ditawarkan persekolahan di SMK Agama selepas UPSR. Sekolah agama tu, boleh ke bercinta? Zaman dulu susah, sekarang bolehla. Sekarang budak dah tak takut dah. Selamba je nak beromen walau dalam sekolah Agama. Dah tahap amukan warden dah berkurang sekarang. Kang pukul lebih sedikit, mak bapak datang saman sana - sini. Hukuman yang dibolehkan hanya rotan di punggung. Itupun setakat 2,3 kali. Mana rasa.

Nak usya awek? Tetap guna surat. Nak pakai handphone masih mengarut lagi. 3310 pun dalam lingkungan RM400 lagi. Gila ke hape nak beli handphone mahal - mahal macam tu. Tapi suratnya dah disulam dengan kreativiti seorag remaja. Yang lelaki dengan tulisan berangkai bujet sweet dia ditambah bau bedak curi. Nama pun duduk asrama kan. Yang perempuan dengan lukisan - lukisan bujet doodle mereka dengan menggunakan magic pen atau pun pen metallic yang ada kilat - kilat tu. Masa tu, memang rasa paling comel la macam tu, tapi kalau sekarng tengok, macam menggelabah pun ada.


Nak berjumpa atau 'dating' sebagai bahasa rasmi dalam percintaan, memang susah masa tu. Nak berborak pun segan - segan. Kalau dapat awek yang macam kepala gila okla, ni aku dapat awek yang sopan. Nak berborak pun di balik pintu. Aku sebelah sini, dia sebelah sana.

"Gila tak feel macam ni" bisik syaitan kepadaku

Aku pun memujuk untuk berjumpa seperti orang lain, bertentang mata, barulah nafsu tu boleh tergugat sedikit. Setan juga aku dahulu rupanya. Akhirnya berjaya menghasut dia berjumpa di belakang kelas sewaktu semua orang sedang beriadah di padang. Aku beriadah dengan awek aku. Ops, cop. Aku tak buat apa - apa, duduk berbual je. Masa tu tak ada .3gp untuk ditonton, makanya tak terfikir akan benda - benda itu. Jangan risau ok. Kami terus berborak, ketawa kecil - kecilan kononnya. Dalam 20 minit, kami pun balik. Bapak skema gua masa dulu. HAHA


 ----------------------------------------------------------


dah beruban dah aku.


Tapi bila dah besar macam ni, bulu ari - ari pun dah lebat melampau sampai perlukan trim pada setiap 2 minggu, cinta macam masa sekolah - sekolah dah ketinggalan. Kebanyakan kawan - kawan aku pun tak kekal dengan awek masa sekolah. JARANGla nak kekal sebab dah nama pun cinta monyet kan, untuk sesaje jela. Nak merasa je orang cakap. Merasa bukan meraba.

Sekarang cintanya perlu dibelai di dalam handphone. SMS menjadi perantara terbaik. Ayat - ayat gedik menjijikkan kawan - kawan menjadi modal percintaan. Nak usya, ayat kenalah macam tahi sedikit. Jiwang melampau demi menunjukkan sayang. Walhal sumpah tak puitis langsung.

Itulah, cerita dulu dan cerita sekarang sangat berlainan. Sangat berbeda kisahnya. Tapi itulah yang mendewasakan kita.


Berkenaan cinta, aku tak kisah muda - muda nak bercinta ke apa, cuma kurang - kurangkanlah maksiat tu ok. Maksiat hati dah terang - terang sebab kita asyik terkenangkan dia walau dia bukan muhrim, maksiat mata pun dah kompem bila kita pergi dating. Maksiat telinga? Semasa bergayut di atas katil sambil memegang teddy bear mengucap kata - kata rindu pada si dia juga maksiat. Nak cerita bersentuhan kulit juga maksiat. Dah pergi dating, mesti pegang tangan.

Itu basic. Tapi dah cukup banyak bukan?

Tak masukkan pemakaian seksi sebagai maksiat mata si lelaki. Bersentuhan kulit, bibir. Bersenggama bersama ketika parents pulang ke kampung. Ah, macam - macam cerita cinta. Makin hari makin pelik. Aku sedang menasihati diri aku sendiri ni agar aku boleh berubah. Aku tahu kamu semua baik dan sopan, amiin.

Hei, sudahlah kal, kau dah jauh terpesong dari landasan sebenar ni. Tutup cerita jela.





" Hei KAL, kau jangan nak bercinta masa sekolah. Aku sembelih ko kang! "

-AYAH AKU-

14 comments:

syazrinakuya said...

hoi kembar, gatal jugak kau rupenye..lalalala

Haikal Blank said...

haha gatal? sama je kot dengan pakwe kau...keh3....

Alin said...

untunglah dpt cinta MONYET tie skh dulu. aku dulu pun kalau minat, diam-diam je. menyengih manjang je aku baca blog ko nie. huhu. pro jg^^

Haikal Blank said...

haha bagus menyengih...jangan merenyih...HAHA

J.Syazwana said...

kelakar seh kalau ingat balik cinta monyet dulu2. cam haprak. kah kah.

Primadona said...

ayat last sekali tu tak boleh blah.Rupa2nya abah2 kita ni sama spesis la eh.Aku wondering jugak masa diaorang pergi kursus nikah dulu dialog yang sama jugak ke mak bapak guna utk kasi ajar kat anak2 diorang.haha

Haikal Blank said...

keh3...kenangan indah namanya tuh!

hahaha gila kau nak lawan cakap dia. bapak aku ganas woo..paham jela tentera darat kan....fuhh~

dilazfamily said...

salam kenal.seronok kan zaman sekolah dulu.lagi kalo ada cinta monyet, hehehe

Primadona said...

bapak aku dulu pun tentera darat jugak.Berani lawan penampar hinggap kat pipi.tak pun rotan.haha

Haikal Blank said...

haha dila, memang seronok. serius. HAHA

Silhoutte, ok, aku faham perasaan kau. kita sama. tapi selepas pencen, segalanya berubah. dia terus jadi bapak paling sporting pada aku. HHAHA

apelyna said...

org bercinta yang pandai kawal nafsu memang hebat. igt senang?
Setan dah makin mantap weyh, dye tgk 3gp gak. .bangang. haha

Haikal Blank said...

hahaha taw tak apa! susah wooo!!

hahaha setan tengok pakai galaxy tab? ke pakau screen HD? HAHAHA shit, memang bahaya.

LynnAiza said...

pesanan paling ohsem dari seorang bapak!hahahha.kecik2 takpayah nak bcinta bagai. :)

Haikal Blank said...

fuh. kemajuan teknologi juga membenakkan kepala manusia...:(

Lynn, nasihat tu amat ditakuti ye...fuhh...itu lebih kepada amaran...:D