Orang selalu berucap akan pro dan kontra. Aku tahu korang semua pun tahu akan baik dan buruk sesuatu perkara. Nama pun dah mumayyiz kan, tak kan lah tak tahu bezakan yang mana baik dan buruk. Elak aku sunatkan masing - masing buat kali kedua je kang.
Terselit dalam kehidupan sekeliling kita akan perkaitan BERSIH dan KOTOR ini cuma kadang kita tidak perasan kewujudannya. Kadang kita hanya memandang sesuatu itu dari sudut yang sempit tanpa memikirkan dari sudut - sudut lain yang terperangkap di dalam kotak ego akal manusia.
----------------------------------------------------------
Dialog antara aku dengan rakanku :
" Jangan kahwin dengan Po'ah tu, dia dah tak ada DARA! Dia dulu 'selalu' main dengan balak dia "
Wah, pepandai kau je kan cakap selalu.
" Dia dah berubah, dia dah baik skarang. Aku percaya dia boleh ajar aku macam - macam tentang Islam. Aku niat mandi wajib pun tak tahu "
Jawabku.
-----------------------------------------------------------
Dialog contoh di atas mungkin nampak bangang dan menyesatkan. Nampak juga bodoh jahil kebajingan gayanya tetapi amat sesuai dijadikan contoh. Kita cari apa yang KOTOR dahulu :
1) Dia dah tiada dara, maka
2) Dia dah pernah beromen, maknanya
3) Dia pernah berzina dan
4) Dia tiada dara (sekali lagi)
Yang kaum lelaki dah mula pegang kepala, garu sehingga melecet bernanah dan kecewa akannya. Ah, KOTOR perempuan itu, bisik hati setiap lelaki. Err...juga wanita tak terkecuali.
Apa pandangan dan perasaan kamu semua bila berhadapan situasi aku? Mesti macam kecewa dan di dalam hati jangan tanyalah, pasti penuh kutukan nerakawi.
Sekarang, kita cuba cari yang BERSIH pula :
1) Dia baik sekarang aku lihat, so
2) Dia sudah insaf, maka
3) Dia semakin mengenal Tuhan, and
4) Dia lebih suci dari aku yang semakin alpa dengan dugaan dunia.
Aku cerita tentang aku, jangan risau aku tahu korang semua baik dan bijak.
Bilangan point antara BERSIH dan KOTOR itu sama sahaja kan? Kalau korang listkan segala point yang ada pun aku dapat rasa ianya sama bilangannya kerana bersih dan kotor itu bersahabat baik. Ada baik juga ada buruk, ada cantik juga ada hodoh, ada bijak ada benak otaknya dan aku dapat rasa semua benda tetap ada lawannya. Kan Tuhan itu Maha Mengetahui, nampak adil kan segala ciptaanNYA? Renungkanlah.
Cuba kau fikir, apa hak kau melabel seseorang itu dengan title KOTOR hanya kerana kisah lamanya? Mungkin itu cerita dahulu dan menjadi buah mulut orang ramai, tetapi pada aku, jika dia telah kembali sepenuhnya kepada jalan asal menuju Illahi ianya bukan lagi isu. Manusia biasa seperti kita seharusnya menyokong orang - orang yang cuba kembali ke jalan yang benar, bukan membidas sewenang - wenangnya. Apa kau sudah cukup amalan mahu mengkritik manusia yang cuba mendekati kejayaan akhirat?
KOTOR itu pada aku wujud mengimbangi yang BERSIH. Apa wujud perjuangan menegakkan Syiar tanpa wujudnya elemen hitam? Yang kotor dicipta sebagai nasihat dan dugaan kepada sekalian manusia untuk kita sedar akan kesilapan kita sebagai hamba dan berubah ke arah kebaikan. Lihat sahaja Saidina Umar Al-Khattab sewaktu zaman mudanya, di kenali dengan manusia paling 'gangster' di tempatnya. Kemahirannya berpedang memang dikagumi dan beliau di antara orang berpengaruh di kalangan kaum kafir. Tetapi kerana peristiwa hitam itulah dia insaf, mengenali Islam dan sekarang namanya tercatit sebagai seorang Khalifah yang disegani.
-----------------------------------------------------------
Nampak kan? Setiap benda ada Pro dan Kontra. Kita seharusnya berfikir akan kebaikan dan keburukan yang wujud dalam setiap tindakan bukanlah hanya main redah je lebih - lebih lagi mulut kau.
Sudah malam, esok aku sambung lagi. bye sayangku semua~ euwww...(muntah mengkarung)
6 comments:
bersih dan kotor, suci dan najis...
kisah lame bkan kayu ukur untuk kisah baru(mase depan) tapi pengajaran bagi kita agar x buat kesilapan2 lalu di masa hadapan...
betul tu, pandang dari sudut yang baik :)
senangnya melabel
keroro, kadang kita sengaja membutakan mata dari melihat option yang sebenarnya ada. kan? :D
nawal, label tanpa otak memang senang. hembus aje. Hehe
nasib baik aku selalu berfikiran positif. lalalalalala ~
Post a Comment