Pages

Thursday, June 30, 2011

Bersih vs Kotor ( permulaan )

Bersih




Tanya sahaja semua manusia, di dalam hati mereka semua sukakan kebersihan. Mengharap bersih hatinya, duitnya, amalnya, ceritanya, kelakuan, biliknya, awek/pakwe nya, keretanya dan segala apa lagi yang menjadi milik sementara manusia pastinya dimahukan bersih. Politik juga didambakan agar bersih. Tetapi kenapa masih ada kotor? Kenapa masih ada hitam yang kononnya tidak diinginkan manusia?


' Ala, nama pun manusia, biasalah tu '

aku sokong ayat penyata di atas, tetapi aku merasakan kurang adil untuk menyalahkan sesuatu atas nama 'manusia'. Apa kita menyalahkan manusia itu sebagai ciptaanNYA di atas kesalahan kita? Dah diberi title sebagai makhluk paling baik yang pernah diciptakan juga masih mahu merungut 'ala, kita ni kan manusia, biasalah kalau buat salah tu'. Fikir - fikirkanlah.


----------------------------------------------------------





Dalam kehidupan seharian, permasalahan pasti ada kerana syaitan dan nafsu itu sentiasa mencapahkan kita dari haluan sempurna. Didorong pula dengan dugaan - dugaan sekeliling kita yang sentiasa merealisasikan keinginan nafsu kita, fuuhhh.....memang semakin besar dugaan kita saban hari. Aku teringat lagu nasyid dari kumpulan Hijjaz


Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati, kita kan dikuasai
syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
pulanglah kepada Tuhan, cahaya kehidupan
Keimanan, ketaqwaan kepadanya
senjata utama.

---------------------------------------------------------

Kotor


" Hei budak! Hang mai mana? " muka jawa berloghat Kedah, kelakar kadangnya.

Zaman sekarang seperti memerli kebersihan yang orang dahulu tetapkan. Yang asalnya bersih telah disulam dengan wang ringgit dan apa lagi, semuanya jadi terpesong! Harta dan pangkat memang membutakan. Si tua lupa akan keluarga demi 'rakan - rakan'nya. Mengutamakan  persatuan berbanding keluarga. Ah, sakit hati aku mendengarnya.


Semakin gelap, ya semakin kotor dunia ini. Manusia dilahir memusnah?


Contoh penggunaan isltilah kotor :

1) Main kotor
2) Perempuan kotor
3) Bilik kotor
4) Air kotor
5) Kontur
6) dan lain - lain lagi.


Korang sebutlah apa - apa tentang kotor, pasti segala yang buruk. Jangan ingat pada fizikal sahaja kerana hati, jiwa dan akal yang kotor itu lebih menakutkan. Membunuh selamba je kalau rohaniah dah kotor. Tak takut dosa dah dan neraka itu macam pavi dah rasanya.


Ada atau tidak kebaikan wujudnya KOTOR itu?


Sejujurnya, 'kotor' itu harus ada bagi aku. Kenapa? Akan ku kupas nanti.




--------------------------------------------------------



*Hari ini bukan birthday aku.

4 comments:

Aesya Zealous said...

sy bersih.. :)

err tapi kalau skang cakap pasal bersih mesti org ingat 'bersih' tu..hahaah xmau la ckp pasal kebersihan.

papepun, kebersihan itu sbhgn drpd iman.

lalalaa..

Haikal Blank said...

kebersihan itu penting!

hati juga mau bersih dan suci. jom berhimpun SUCI 2.0!

erk??

Kak Long said...

cegu aku kata kan, manusia tak boleh terlalu bersih. sebab nti senang kena infection. sebab normalnya badan kita sendiri pon memang banyak kuman. apa kata sedang2 je? hehe

tapi menjaga kebersihan tu suatu hal yg baik. cuma tak perlu sampai paranoid sgt dgn germs dah la.. :D

Amiey White said...

Kebersihan perlu tapi hati juga mahu bersih . ceettt bila cakap pasal bersih aku pk tahi je hahahaha