Pages

Monday, June 13, 2011

TANDA - TANDA KEKASIH KORANG MULA DINGIN DALAM PERHUBUNGAN

Dalam dunia percintaan pada awalnya memang indah. Dari A sampai Z kalau boleh kita nak bercerita. Sim kad digi mesti ada, baru boleh gayut lama - lama katanya, murahla katakan, aku tak taw sebab aku pakai maxis dan celcom sahaja. Tapi bila sampai  satu tahap, mesti macam ada sedikit dingin dalam perhubungan. Aku listkan 5 je kat sini . Korang nak tambah? Lantak koranglah. HAHA

TANDA - TANDA KEKASIH KORANG MULA DINGIN DALAM PERHUBUNGAN


1) Kekasih korang mula membalas mesej dengan 'ikhlas' sesangat.

maksud ikhlas ni ada dua. Aku maksudkan yang ada pemula dan penutup kata tuh. Double meaningla kan orang cakap. Maksud yang tersembunyi tu haa...Masa awal - awal, penuh dengan cerita dan hujah tentang apa sahaja yang berlaku seharian sehingga kentut pun diceritakan. Biasalah, masa bercinta ni, kentut pun jadi wangi orang cakap. Normal kan? keh3...
Saban hari, SMS semakin pendek, dan semakin kurang isinya. Pertanyaan setiap hari juga hanya berputar kepada 3 soalan sahaja.


"nga watpe tu syg?"
"Dah makan belum?"




dan yang paling pedas ialah, "awak tak ngantuk lagi? Dah lewat ni. Saya dah ngantuklah"
Padahal sedang bermain game online tak pun DOTA bersama rakan - rakan. Itu untuk lelakilah. Kalau perempuan mungkin bermain game zuma dan yang seringan dengannya.


2) Semakin banyak rahsia dengan kamu

Kamu akan merasakan si dia menjadi semakin misteri. Bukan seperti ada ilmu ghaib atau hidup di alam misteri, tetapi kamu akan merasa yang kamu seperti sudah semakin tidak mengenali diri pasangan kamu. Segala apa yang berlaku, kamu tidak akan tahu. 
Bukanla benda - benda kecik seperti sudah makan atau sudah cuci jamban ke apa, maksud aku benda - benda yang selalunya dia bagitahu kamu seperti keluar dating dengan awek baru, keluar minum dengan tukang urut ataupun membelikan cincin untuk jiran sebelah.
Kalaulah sampai rahsia seperti itu terbongkar, dinasihatkan korang berambus jela. 

*berambus dari hidup dia, bukan dari alam fana ini. Kalau sampai terjun bangunan itu satu benda yang terlalu dan tersangatlah melampau bangangnya noktah.


3) Masa ber'dating' anda semakin pendek dengan alasan kesempitan wang walaupun selama ini anda payung segala belanja berdating.

Yang ini aku fokuskan kerana alasan tiada duit ini sering diguna pakai oleh rakyat jelata. Aku faham harga minyak naik dan gula pun naik, tapi kalau dah yang biasa mengeluarkan wang senyap je dan kau yang melebih - lebih kenapa?

*mungkin aku yang selalu guna alasan ni kot..HAHA ingat, aku cakap mungkin je. Jangan percaya.


4) Kekasih anda mula meminati sukan yang selama ini tidak pernah digemari apatah lagi diceburi

Kalau selama ni hanya malam hujung minggu kekasih anda sibuk kerana melayan bola sepak EPL bersama rakan - rakan di kedai mamak dan anda tidak akan mendapat peluang langsung berborak bersamanya walaupun melihat bola bersama - sama kerana khusyuknya mengalahkan sewaktu mendengar khutbah jumaat, mungkin selepas dia rasa bosan dengan anda, anda akan mendengar dia tiba - tiba meminati sukan - sukan lain.

" syg, abang bzlah rabu ni, abang nak g stadium tengok game bola tampar dengan member abang "

tak memasal layan bola tampar lak. Itu mungkin boleh lagilah nak fikir positif. Cuba bayangkan si dia tak mahu keluar rumah kerana sukan gimrama, renang atau bina badan. Apa tak terang dan jelas tandanya tu? 

*kalau sebab nak tengok adik main guli macam mana?

ini konda kondi. Lu tahu main konda kondi?


5) "Sorry, please try later" akan menghantui anda.

Ayat di atas mungkin akan selalu menghantui anda kerana beberapa sebab. Dia dah selalu off handphone dia kerana faktor kerjaya atau pelajaran. Walhal kalau korang pasang CCTV dekat bilik pasangan anda, mereka sedang bermain daun terup ataupun bergayut dengan sim card atau nombor lain dengan 'rakan' yang dikata mereka. 

*Suara gadis di dalam telefon yang menyebut ayat di atas memang menyakitkan hati. Lebih - lebih lagi jika ada voice mailbox.

agak - agak kalau suara amir keluar kat phone, "i'm sorryyy", lu orang marah tak?

------------------------------------------------------

tanda - tanda ini adalah rekaan aku dan sama sekali tidak tepat. Jangan terlalu taksub dan percaya kerana aku bukannya wak kernal atau bomoh terkenal lebih - lebih lagi bomoh yang selalu ditangkap kerana merogol seperti di surat khabar saban hari.

Dah nama bercinta, adatlah ada bosannya. Kalau lu tak nak kekasih lu bosan, ajak kahwin cepat - cepat, tak pun bagi yang cun tu...
-

-

-

-

-

-

-

Kapel dengan aku. (ayat desperate tahap binturong)


#HAHA ok, babai semua.

eh jap, korang tak nak komen satu dua ke? aku mengharap ni..(gaya desperate)

16 comments:

Dosh Saleem said...

hehe..biasa la bro..adat berdating.gahaha

Simpleblanklife said...

HAHAHA memang dah biasa dah...biasa buat pun ye...keh3...

kaizen said...

lepas nih ko da xleh nk buat kt awek ko dah...da kantoi.....hehehehe

sergeant keroro said...

hahaha, nice!!

entah kenapa rasa bersetuju XD

Roro said...

Sedang melalui .

Hakim IS Mikah said...

hahaha

Simpleblanklife said...

aduh kaizen, macam mana nih....HAHA tak apa, aku banyak idea lain lagi..simpan...:D

Simpleblanklife said...

RORO!! aduh, jgn bersedih...hu3...kau kan orang yang gagah dan setia...wa taw lu boleh lawan dugaan semua ni k....:)

Simpleblanklife said...

hakim, apa kau gelak? kau dengan propose je.,.,jiwang melampau ko tuh....aku kenalkan dengan adonda avons kang

Simpleblanklife said...

keroro gunso!! aku terlepas pandang lak komen ko..maap2 lambat cket...trimas r setuju...ni baru tanda awal...KAH3...baca kat blog Mr.K, habis panjang dia explain...aku baru terperasan tadi ada dak share...HAHA klakar

ummu najwa ladzim said...

zuma???ohmaigod.........kau ingat pempuan tak reti dota..tah2 lagi terer!!!

Simpleblanklife said...

hahahaha ah! tak mungkin aku kalah dota dgn kau! jom gg jom! :D

ummu najwa ladzim said...

kau host...nk sgt main...jom!

GadisBungaPink said...

simkad digi tu btl. hehehe

hairil hasan said...

Betol.... Aku setuju giler...

Anonymous said...

Hurmmmm.....ape yg di list tu aku nga merase nih....erghhhhh....oraittttt...now I know...