Pages

Saturday, June 11, 2011

BURUK vs KACAK ( fesyen )

Fesyen. Memang pelbagai. Dari fesyen seluar, baju, tudung, selendang, singlet malahan pakaian dalam pun berfesyen. Seluar dalam lelaki pun macam - macam design kita boleh tengok lagikan pula bila kita masuk Supermarket, tengok jenama 'Sorella' dekat bahagian pakaian perempuan. Pergh, ada bunga - bunga, ada yang macam plastik warna pink pun ada dengan gambar iklan model pakai semua lawa - lawa berpakaian dalam. Err...jangan pertikaikan kenapa aku boleh hafal semua tu. Biasalah, lelaki kan. HAHA



    Dalam pemilihan pakaian, pendiskriminasian itu tetap perlu ada. Ya, orang kata apa salah nak berfesyen macam maan pun kan. Itu hak masing - masing dan tiada siapa layak marah. Tapi kadang kena juga fikir pada mata yang melihat. Perasaan dengki itu semua orang ada dan kalau tidak mahu menjadi modal fitnah kutukan orang, elakkan dari berfesyen tidak sesuai. 

    Bukan diskriminasi, tetapi kesesuaian pakaian dengan keadaan tubuh badan dan paras rupa. Ada yang melenting mengatakan  "Ala, bila yang cantik pakai macam mana pun ko tak komen, bila yang macam kita yang biasa - biasa ni, ko komen macam - macam. Tak adil betul la ko ni kal "

Memang tak elok mendiskriminasi tapi pada aku, ia perlu. Bayangkan sahajalah yang berbadan besar, AKU la senang cakap memakai baju sendat sehingga orang boleh mengira lipatan lemak di perut. Agak - agak selera tak kalau terpandang?

    Dibandingkan fesyen itu mengikut si dia dan dia yang mempunyai cutting baik bak buah betik yang ranum, memanglah dia pakai lawa dan HOT tapi kalau aku yang tubuh badannya jauh beza dari maya karin ataupun Julia Ziegler mahu memakai baju yang sama, apa relevan? Hangpa cuba habaq mai sat....

Aduh, baik lelaki atau wanita sama sahaja. Kalau perempuan nak menonjolkan 'aset' itu biasa dah, tapi kalau sampai lelaki 'sasa sangat' tu pun nak pakai baju sendat menampakkan lipatan kat dada tu macam mana pulak? adeehhh....aku pun sanggup pakai baju double ex el untuk menutup lipatan lurah - lurah dendam itu. Lantaklah orang kata merebeh tak macam aaron aziz, tapi tak adalah membuat orang mengira ketebalan nipple standard seorang lelaki malaya. ergghhh...!!


    Antara BURUK dan KACAK memang ada gaya hidup berbeza. Kita kena terima hakikat pendiskriminasian itu. Masing - masing ada gaya masing - masing yang sesuai kan, janganlah terlalu mengikut orang lain. Kalau ok, tak apalah, jangan badan jack black nak tiru fesyen Jason stratham. Memang ke lautla ko nanti dengan 'pujian' rakyat jelata. Kalangan remaja ni dah memangla gemar bergosip! paham - paham jela ok.

Beli cermin bak kata SEPAH! jangan menjadi badut sarkas di jalanan!
*err...spek oakley harga 5 riban tu tak perlu dipakai di dalam Mall. Tak silau pun lampu kalimantang tu. Gantung kat baju pun ok. Stylo gak.

Sudahlah, pada aku, buruk ke kacak tu semua kurniaan. Selagi kita baik hati, sopan, bijak, patuh pada agama, segalanya akan sejahtera. Senang je kan. Pada yang gusar tak ada orang nak masuk minang, rileks dan tenanglah. Cuba berubah jadi lebih baik dan banyakkan berdoa. Confirm akan ada jodoh masuk. Ini kalau perangai masih macam Lucifer, lu nak dapat pasangan yang baik macam mana. Yang tak baik pun tak nak kat kau. Tu yang sampai desperate pakai baju tayang kolam kat dada bagi lelaki tergodalah kononnya. Adoyaii....

Aku taw korang semua yang baca blog aku ni baik. Aku taw sangat dah. Kalau ada yang jahat tu pun, tak adalah jahat mana. Biasa - biasa je. HAHA 

Selamat malam semua! BABAI!


Tak komen, like pun jadilah. Gua suka layan orang komen. Hati gua tenang. haha

8 comments:

nurus said...

salam
apa pun sebenarnya,pakai ikut islam. cantik tegha mana pun,pakai mcm =.=, kene kutuk jugak

lagi2 yang biasa2 mcm 'kita'
btw: nice point!!

Haikal Blank said...

haha yup! yang tu betul! kompem...kalau yang tudung litup tu lagi baik, pakai semua labuh....terpelihara pun ye sebab orang takut cket nak usya ke kacau ke....

hahaha aku je biasa - biasa...ko hot kot...:D
thanx geng!

adwafarahin said...

pakain cra islam simple n mudah je xyah pening2 :)

Unknown said...

pendiskrminasian : mak oiii punya panjang... hehehehe

betul ape ko ckp tu.. kalau muka mcm mak joyah tapi nak dressing mcm julia zigler rentikan leee... buat kutuk dek orang lagi ade...

Anonymous said...

nice entry. suke sgt abang mamat. hehe

Haikal Blank said...

yeah adwa...itu memang yang terbaik....tapi..tapi.....minoriti kan yang betul2 ikut? laki or perempuan maybe sama je kot.

Haikal Blank said...

hahaha brader zul, aku pun tak taw aku nak cakap macam mana..main tulih aje..haha

betul2, kadang2 kena pandai ukur baju sendiri....:D

Haikal Blank said...

yana! brader mamat tu memang klakar. Lagi kelakar bila johan tiru gaya dia...keh3