Pages

Tuesday, June 14, 2011

Lelaki / Perempuan semua sama je!

Cinta , cinta dan cinta. Bersepah - sepah orang bercinta. Lagi yang sebaya dengan aku ni lebih kurang, fuhh...dah ramai dah sedang hangat dilamun cinta di universiti. Tak lupa juga yang masih di bawah umur atau lebih tepatnya bebudak sekolah, memang hebat! Dah pandai macam - macam. Dah kenal macam - macam. Aku dulu masa sekolah menengah 5 tahun dulu, macam tak ada perasaan langsung dekat perempuan. Biasalah, aku kan budak skema. Korang percaya jela k, bagus! :D



Aku ada dengar pasal masalah yang wujud bila kita nak bercinta ni. Susah nak jumpa yang betul - betul ikhlas dengan kita. Kenapa ye?




Hari ni kapel dengan si A, tapi akhirnya kecundang setelah beberapa bulan kerana si lelaki nampak tidak serius. Selepas itu, bercinta lah pulak dengan si B. Bahagia benar nampaknya TETAPI hanya bertahan 9 minggu sahaja. Aduh, kecewa lagi. Muncul lah pulak si C selepas itu dan nampak seperti serius. Berdebar hati. Lebih berhati - hati kerana takut dikecewakan. Tetapi perangai pasangan baru itu masih sama seperti kekasih - kekasih lamanya sebelum ini.

Persoalannya, KENAPA masih mendapat JENIS KEKASIH yang SAMA walau sudah BERKALI - KALI berTUKAR PASANGAN?

Untuk yang lebih ringkas dalam bahasa pasarnya,

KENAPALAH LU TETAP DAPAT PASANGAN YANG PERANGAINYA MACAM TU JUGAK. DAH BERAPA KALI LU TUKAR PASANGAN NI KAWAN??

Ini antara misteri di dalam psikologi percintaan. Kenapa ya?

--------------------------------------------------------

Kita bawak masalah ini ke bahagian seterusnya. Kita fikirkan apa impaknya jika kita menghadapi masalah seperti di atas.


" Ah, LELAKI semua SAMA je! Kalau dengan perempuan, Bla...Bla...bLa...blaa....(panjang) "

" Ah, PEREMPUAN semua SAMA je! Kalau dengan perempuan, Bla...Bla...bLa...blaa....(panjang) "

Ayat di atas pasti pernah anda dengar. Mungkin juga anda sendiri pernah mengeluarkan ayat - ayat di atas. Pergghh, hati tengah panas kan, jiwa menghadap emosi, kelakuan mengatasi kemampuan diri, maka makian terhasil dengan spontan. :)

Apa punca masalah ini berlaku?

kita dengar kisah ini dahulu :


    " Nama aku Po'ah (bukan nama sebenar). Aku bekerja sebagai pelayan GRO. Aku selalu melayan lelaki kaya dan mewah di dalam kelab malam. Tapi jangan risau, aku tak pernah terlanjur lagi. Aku masih dara (sila percaya). Aku berkeinginan untuk mendapat seorang lelaki yang baik sebagai suami. Tidak lupa juga lelaki aku itu haruslah sopan, kuat agama, merdu ngajiannya dan bonus jika beliau seorang jutawan yang suka menderma. " cerita si Po'ah sambil meneguk arak dengan rokok 'light' di tangan kirinya.


Agak - agak apa yang kita boleh nampak dari kisah rekaan ini? Cita - citanya memang bagus, baik dan suci tapi agak - agak sesuaikah dengan dirinya itu? relevankah jika cita - citanya itu boleh makbul? Aku tak mampu kata apa - apa kerana itu kuasa Tuhan.

Apa yang aku boleh simpulkan dari tajuk awal perbincangan ialah :


1) Kerana pasangan kita terdiri dari orang di sekeliling kita.

Maksud aku ialah setiap kali kita bercinta atau memilih pasangan, suasana dan keadaan kita memilih pasangan itu sama. Jika kita sedang bekerja di kedai makan, pasangan kita hanya di lingkungan itu. Mungkin pekerja di situ sendiri. Paling jauh pun lelaki yang selalu lepak disitu.

Bayangkan anda sebagai seorang Pilot kapal terbang. Logikkah anda mendapat kekasih seorang pekerja warung di kampung? tidak! kerana peluang untuk berkenalan itu hampir mustahil.

Jika anda seorang pelajar kolej swasta. Pasangan anda kebiasaannya mesti dari sana juga kerana itulah 'si dia' yang anda kenal dan boleh berjumpa bersua muka. Persahabatan menjadi percintaan. Paling jauh pun anda hanya bercinta dengan rakan lama sekolah anda atau rakan sekerja. Tidak mungkin tiba - tiba anda bercinta dengan pemuda atau gadis di timur malaysia jika anda di selatan Malaysia tanpa ada perkaitan langsung dalam kehidupan.

Dan jika pasangan anda ialah lelaki/perempuan yang dari suasana yang sama, maka itulah jenis perangai lelaki yang anda akan jumpa. Itu teori aku yang pertama.

Nasihat : Cuba berkenalan dengan 'si dia' yang jauh sedikit dari kehidupan anda. Mungkin berlainan tempat, kerjaya ataupun gaya hidup. Mungkin anda dapat mempelajari sesuatu yang baru. Pengalaman tu kan mendewasakan kita. Tak gitu? :)


2) Kerana taste anda memang pada orang jenis macam tu

Maksudnya ialah anda mendambakan seorang lelaki itu dengan ciri - ciri tertentu yang baik dan sempurna tanpa memikirkan keburukannya yang ada.

Secara artistiknya begini. Anda mahukan lelaki yang bermotor besar, hebat, lawa, laju DAN juga inginkan si LELAKI itu membonceng anda dan membawa motor itu dengan mengikut had kelajuan dan peraturan jalan raya. LOGIKKAH? Dah terang - terang superbike dia ada, ko nak duduk belakang dia suruh dia bawak slow. Ko gila ke apa? Baik beli motor EX5 aje kan. Kompem slow kalau standard. Itu pun cecah gak 110 KM/H

Biasalah, kita nak gadis atau jejaka kaya dan pemurah tapi kita tak bersedia dan tidak memikirkan gaya hidup 'si dia' berbanding dengan kita. Kita makan warung murah, dia makan Pizza Hut. Kan payah kalau macam tu. Ini baru bab makanan, tak masuk lagi gaya bercakap, pakaian, tahap sosialiti masing - masing.

nasihat : Cuba kenal psikologi manusia berdasarkan pengalaman. Tanya orang - orang yang bijak pandai akan psikologi manusia. Orang tua lebih tahu. Boleh juga cuba berkenalan dengan orang luar persekitaran kita kerana pengalaman itulah yang memberi kita pengetahuan tentang kelakuan dan senario manusia. Tanya gua pun boleh. Aku suka membebel. HAHA


3) Kerana perangai kita memang tak layak dapat seperti apa yang kita nak.

Berbalik kepada cerita Po'ah di atas. Agak - agak dia boleh tak cari pasangan dia yang macam dia nak. Aku nampak ada antara korang, eh, semua geleng kepala. Tak apa, aku taw korang setuju je dengan aku.

Korang pun faham yang amat kan point aku yang last ni.

" Jodoh seorang penzina ialah seorang penzina "

dah biasa dengar ayat ni kan? So, nasihat aku, ubahla diri kita dahulu. Baru keberkatan dari Yang Esa itu datang. Banyakkan berdoa dan memohon ampun PadaNYA. Kita hamba yang lemah. Hanya DIA yang berkuasa atas segalanya.

:)
hanya iklan semata - mata. HAHA


*wa doakan korang semua dapat jumpa pasangan kekasih yang baik untuk dibawa ke jinjang pelamin nanti...Amiiiin....


14 comments:

Unknown said...

ini adalah hukum 6 degrees loneliness...

manusia akan berkenalan dengan persekitaran yang dia biasa dengannya...

kalau kenal luar pada tu, ianya mungkin divine intervention...

ahhhh.. kim salam kat po'ah.. banyak cntik.. demand lebih...

Anonymous said...

susah nk dpt cinta sejati!hee

Haikal Blank said...

hahahaa pergh brader zul....aku tak faham tuh...haha
keh3... nanti aku sms poah sampaikan ea....:D

Haikal Blank said...

hahahaha nak jadi seorang pencinta sejati pun susah kan? HEHE

anis aneesa said...

yerp,byk btowlnye tu..sy tganu,fiancee sy pahang,kitowg jmpe mse plkn kt phang n rupenye dye pnah skampung ngan sy dlu..tp tu la jodoh ktentuan Tuhan..hidup nie pnuh warna warni..^^

Anonymous said...

;-D haha,,, blog kau ni ala cendawan la, ok la tu...

tu la, aku tgh nk perbaiki diri, harap Allah makbulkn doa aku utk dpt lelaki yg baik

Haikal Blank said...

hahaha nisah! sweet tuh...okla dah ada dah orang yang disayangi..keh3...semoga kau terus bahagia! gua support lu punya...:D

Haikal Blank said...

hahaha memang cendawanla, bercambah naik blog macam aku ni...tapi tak ada special pun. lantak ah..janji boleh ketawa sudeyh..keh3...

aku taw ko mesti boleh bejaya! ko mesti boleh dapat laki baik nanti...:))

Fairuz Zainal said...

aku minat lah dengan name po'ah tu. hahahaha

Haikal Blank said...

huish, jangan..dia seorang lelaki..kau pun kan lelaki..KAH3...
bengong....:D

cik azeya said...

aku nak sugar daddy. adekah mustahil untuk aku mendapat beliau.

hahaha.


*aku geram dengan po'ah. apesal dia tak sedar diri? boleh tak aku nak lempang dia laju laju?

(emo)

Haikal Blank said...

janganlah marah Po'ah tu...dia tengah insaf sekarang...aku sedang tarbiah dia, jgn risau...HAHAHA

nak lempang boley, bayar 50 sen..aku set tempat..HAHAHA

nur maisarah said...

50 sen je? aku baru nak bagi 5000.

Haikal Blank said...

hahahaha ok, semenjak ko tak ada gambar nak letak nih, aku bagi diskaun...baki dari 5000 tu boelh sedekah kat rumah anak yati, orang tua - tua, rumah pengasih....errk??