Aku dalam perjalanan ke Johor bahru. Pemandangan tidaklah begitu indah dengan kekotoran yg kian runcing. Tapi bila menghayati apa yg wujud di sekeliling walau hanya pokok di tepi highway, hati tetap syahdu melihat kehebatan ciptaanNYA. Aku termenung sendiri dalam kereta seakan sunyi sebentar.
Aku terfikir akan kewujudan manusia. Apa ada lagi sifat sebagai khalifah di muka bumi ini? Erti mentadbir seperti hilang. Kita sekarang seperti hidup untuk memusnah, untuk menghancur. Kita seperti mentadbir untuk kepentingan diri dan tiada untuk dunia ini.
Ada yg kata, ia hanya tanah sahaja dan tidak bernyawa. Aku setuju, ia tetap tanah tapi cuba bayangkan kalau tanah itu tidak redha akan kau untuk mendudukinya? Kamal attaturk misalnya, mayatnya terapung dan tidak boleh dikebumikan kerana bumi tidak menerima jasadnya! Mahukah ditanam di kaki bukit dengan ditimpa batu berat semata - mata bumi tidak menerimamu?
Ya, mungkin tidak cukup menakutkan lagi. Cuba bayangkan jika segala kehidupan kamu tidak diredhai bumi? Apa mungkin kau bisa berak dan kencing? Kau bayangkan jela ok. Pada aku, ia menakutkan.
Aku tahu kita memang tidak boleh menghalang kemerosotan kualiti dunia sekarang. Pencemaran dalam segala aspek fizikal dan mental amat menakutkan. Saranku, cuba - cubalah berkhidmat untuk bumi kita ini bersama walau apa pun cara. Walau sedikit, kalau sejuta manusia melakukannya, ianya amat bermakna untuk bumi kita.
' jika kau tahu pada hari esok akan datangnya kiamat dan di tanganmu ada sebiji benih, maka semailah benih itu '
#DuniaKronik
*aku pertama kali update pakai handphone. hehe
13 comments:
hehe.. atas2 dah cukup serius dah. tibe2 tang kencing ngan berak tu buat aku gelak lah. tp aku tau penulis serius sbnanye. :D
Haha aku niat nk try update pkai hp je...tgk b0leh taip panjang ke x pkai hp...haha
Trimas geng!hehe
haha, nice!
pakai hp pon boleh XD
dedicate something for MJ boleh.. hee
http://mohamadisamuddin.blogspot.com/2011/06/segmen-memperingati-3-tahun-pemergian.html
cegampang picture lu sekarang hahaha
gajah gajah gajah
btw dunia sekarang memang kronik , baru nak up picture bukit di kampung aku dibogelkan . selamat takde gajah -.,.-"
Amiey! Hehe ini gambar sinchan yg paling elegan..hahaha
Memang kronik r kan..semua benda nak maju,nak senang.manusia mkin malas. Macam aku.hehe
Peh,kalau ada gajah mengamuk,mampus..sinchan ngamuk xpe..:-P
teruk bettei pic kau.
aku baru nak menginsafi diri masuk ke sini.
cis.
hoho , pakai hp tu
maju2 [?] haha
Peh naj terhebat,jgn salahkan aku. Sinchan tu yg dtg mgggu dp aku..haha
Jgn s0und ak nawwal..ak lapt0p pun xda..haha meminjam je aku ni kejenya..
Xbrharta dan jakun,n0rmal ah...hahaha
B-) cibet ngnjeng gua...haha
manusia lupa dengan peranan nya skarang..
"dik kira"
"rm10 bang"
"nah.. eh ehhhh takyah plastik, bukan banyak pun brgnya, plastik mencemarkan alam tau"
" baiknya abang ni"
" abang mmg baik, sesuai di buat laki, ada no phone?"
ermm..berfikir jap lepas baca entri ni :)
Post a Comment