Kecewa. Kecewa itu umpama satu perasaan yang terasing di dalam diri. Jiwa dan jasad diasingkan dalam satu dunia masing - masing sehingga ada satu jambatan menyambungkannya dan ketika itulah baru akal boleh berfikir membezakan yang baik dan buruk untuk diri kita. Kita tanya saja dia, dia dan dia apa ada manusia yang tidak pernah kecewa? Aku juga selalu kecewa. Kamu juga bukan?
Kekecewaan itu datang dari pelbagai aspek, sudut dan asbab. Selalunya kita kecewa kerana 2 perkara iaitu apabila kehilangan sesuatu atau gagal mendapatkan sesuatu. Hampir sama maksudnya tetapi berbeza pengertiannya. Kecewa berkait rapat dengan gagal mendapatkan sesuatu manakala apabila kehilangan sesuatu, kecewa dan sedih itu bercampur baur di dalam diri kita dalam kadar yang sama.
Cinta
Ya, cinta adalah asbab paling utama yang menyebabkan kecewa. Kecewa dalam bercinta juga melibatkan Kehilangan si dia yang dicintai sama ada pergi menjauh atau telah pulang ke alam Barzakh. Macam - macam jenis kehilangan aku rasa kamu semua sudah tahu.
Gagal mendapatkan sesuatu dalam cinta juga mendatangkan kekecewaan. Gagal mencapai mahligai impian iaitu sehingga diijabkabul amat mengecewakan. Cinta terputus di tengah jalan disebabkan 1001 masalah yang wujud di dalam percintaan. Kamu semua lebih arif tentang ini bukan?
hey Kawan!
Sememangnya kecewa itu amat luas dan sangat banyak jika ingin dibebelkan. Petang ini aku tidak ada idea ingin berborak panjang. Malam nanti mungkin gua sambung. Banyak kekecewaan yang ingin aku lampirkan. Kerana aku suka bermain kata. Anda?
7 comments:
kadang2 takmau bermain kata, hanya nak baca....
kecewa adalah perasaan sedih selepas jiwa tidak berjaya mendapatkan apa yang diharapkan...
pengharapan diluar kenyataan dan kemampuan punca jiwa sengsara.
haha tak perlu bermain kata juga tiada apa. janji tidak mengata...hehe
kecewa gak nie kene buat short sem
mseh x dpt terima hakikat
*padahal mnggu dpn nk abes da nie LOL!
hahaha rilek2..g jawab exam tu sana...sabo, jap lagi balik, g enjoy...keh3
love life aku sgt confusing.. tak pernah ade kata putus. so aku mcm x tau la aku sbnarnya kecewa ke tak.. hu3
pathetic kan bunyik die?
hahaha maaflah kalau mengecewakan kau mejuez, aku saje2 je nih menaip...tak ada idea langsung pun..sekadar nak meluahkan sesuatu..HAHA
keh3..:P
ops, part tu kadang bukan confusing....cuma dia lebih kepada misteri yang tiada akhir...:)
yeah, sound a lil pathetic tapi aku pasti ada jawapan kepada semuanya nanti. gua yakin. same as you right? :)
Post a Comment