Pages

Tuesday, June 28, 2011

Emosi ( sambil mengangkat kening )




Emosi


Suka aku menyebut perkataan ini. Seperti ada sahaja misteri berselindung di sebaliknya. Kadang aku kelakar melihat orang yang tenggelam di dalam mainannya dan yang terlalu meng'hayati' nilai perkataan ini di dalam sesuatu yang tidak patut @ tidak penting.

emosi ini dapat aku sifatkan sebagai sesuatu perasaan di dalam diri kita. Memanglah kan, tidak mungkin paru - paru ataupun buku lali, mestilah perasaan. Ia datang dengan tidak semena - mena mengikut peristiwa yang kita alami dengan keenam - enam pancaincera kita (enam?). Perasaan sedih, gembira, sakit otak, sakit hati, marah, rasa nak bunuh diri, memukul teddy bear di atas katil, membaling handphone dan berbagai lagi perasaan suka dan duka kita sepanjang kehidupan ini berkait dengan emosi.



" Ruby, alangkah baiknya kalau u ni perempuan kan " -salah satu babak di dalam filem XXX Dalam Botol


emosi ini memang menggelikan kerana ianya dialog antara lelaki dan lelaki. Cerita hebat yang boleh memuntahkan segala isi perut anda tanpa henti, saksikanlah cerita ini sebagai contoh mainan emosi yang amat professional. Kenapa aku kata pro? Sebab semua babak boleh memuntahkan anda walaupun ia babak cinta yang penuh penghayatan. Bukan sahaja wataknya bermain emosi, tetapi yang menontonnya juga mungkin beremosi ketika bercerita akan filem itu kepada teman - teman. Saksikanlah sendiri.







Seperti azalinya sesuatu benda atau isu, pasti ada Pro n Cons yang tersendiri. Kau makan 'Just Made 5' pun ada pro dan kontranya tersendiri kan, normal lah tu.
Pada aku, baik dan buruk beremosi ini sebenarnya jika ada tujuan. Tak kira sedih, marah, atau gembira, selagi tujuannya betul, tepat dan logik sebabnya, tak kisah kau nak beremosi semacam apa pun. Hendak melalak tidak tentu hala pun aku maafkan selagi ianya sesuai dengan normal seorang manusia.

contoh emosi semasa gembira :

Ketawa terbahak - bahak sehingga kucing anda lari keluar rumah akibat katakutan melampau melihat bahaknya ketawa anda

mungkin kita katakan dia gila atau sewel, tetapi itu bukan point yang saya nak terangkan. First, kita lihat dulu cerita kenapa dia ketawa begitu.

antara contoh sebab dia ketawa :

1) Kerana putus cinta dengan awek yang sangat disayanginya
2) Kerana terpotong kemaluan jari sendiri ketika memasak di dapur
3) Kerana dapat dinner dengan blogger MASYHUR
4) Kerana dapat kekasih iras -iras dengan artis Korea
5) Kerana mendapat kesemua '10 perkara paling gua nak' seperti yang dibuat di dalam blog gadis - gadis semasa.


Nampak tak sebab - sebab tak relevan untuk dia ketawa terbahak - bahak begitu? Adakah terlalu gembira? Kalau kerana nombor 3 tu aku maafkanlah kan, mungkin dia gembira melampau yang amat. Kalau sebab point pertama dan kedua tu, agak - agaklah kan, salah tak kalau aku nak terajang kepala dia ala - ala Jet Li tu. Mesti tak salah kan?


semua emosi yang berlaku selagi ada asbab yang kukuh, tidak ada apa kerana itulah lumrah manusia. Kita mengangis teresak - esak kerana kematian ahli keluarga contohnya, kita bersedih, menangis teresak - esak meratapinya. Memang tidak elok meratapi si mati tetapi pada aku, itu bergantung tahap kuat hati seseorang. Jika beliau hendak menangis, itu lumrahnya! Bila sedih, kita menangis. Bila orang paling kita sayang meninggalkan kita, kita lebih kuat menangisnya. Itu normal!






Emosi itu memang kadang sukar dikawal bila situasi sekeliling kita memaksa kita melampaui batas kesabaran kita. Ada yang gembira dan sedih melampau sehingga gila. Itu sangat melampau. Jangan jadi begitu.

Kalau di antara kita ini mengalami sesuatu masalah, kesedihan, sakit hati dan perlu untuk menangis, nasihatku, jangan ditahan. Luahkan air mata kau dan berehatlah kerana jika ditahan, hati akan bengkak dengan dendam dan pelbagai perkara mazmumah. lebih elok dilepaskan air mata itu di dalam nada sederhana kalau boleh. jangan terlalu melampau sehingga 'gila' pemikirannya. Itu yang sampai terjun bangunan. Bodoh, bisik hatiku.

Bagi yang Islam, seeloknya yang tak pernah kenal tikar sejadah tu, kenal - kenal lah. Yang rambut berkaler 'die-die' tu, hitamkanlah, biarlah air wudhu' tu melalui ubun - ubun kepala dengan lancar dan sempurna. Wudhu' dengan air masjid adalah yang paling afdhal meleraikan rasa sedih dan marah pada aku sebab aku pernah buat melaluinya. Aku pernah niat nak bunuh orang dahulu dan wudhu' amat - amat menenangkan. Percayalah.


emosi itu mainan nafsu kita. Tidak salah bermain dengan emosi tetapi ada batasnya. Ingat pucuk agamamu dan hayatilah segalanya berlandaskan sana, jangan berdasarkan akal fikiran semata - mata. Jangan ditindas oleh emosi di dalam diri sendiri. Fikirkanlah ya kawan-kawan sekalian. wa sayang sama lu semua, Jangan buat benda bodoh sebab berkecamuk emosi kau!


Salam akhir tapi bukan yang terakhir, Semoga kita semua mampu mengawal emosi masing - masing ye. hehe

*jangan beremosi sehingga merosak harta benda terutamanya handphone. Bila gaduh dengan pasangan, baling handphone. Kasihan si 'besi' itu. :D

Assalamualaikum....~

14 comments:

Unknown said...

emosi adalah fitrah makhluk.

emosi adalah keperluan kepada kehidupan.

tanpa emosi ilanglah harapan, dan matlamat hidup..

tapi kecanduan emosi juga membuatkan manusia ilang pertimbang lantas memotong kemaluannya semasa masak di dapur..

hah? apakah?

Haikal Blank said...

matlamat mempengaruhi emosi...keh3....

bila ketagih dengan emosi, habis luluh!

tetapi tidaklah terpotong khazanah sendiri...AHAHA

K said...

kita yang kawal emosi, jangan emosi kawal kita XD

apelyna said...

haha. potong sayur kat dapur dah la. ish ish

*baling henpon? smash tepat. haha terkena

anonymous said...

aku suka bahagian last sekali. gaduh2 sampai baling handphone. harharhar

Amiey White said...

#sentap

entahlah bagi aku , bila aku sedih , emo tersangat sampai tak boleh handle . aku akan pergi jumpa mak aku dan mengadu , pastu jadi pendiam dan larikan diri .


aduhai , kira aku ada identity lain yg orang tak leh nampak , hanya mak aku dan aku je tau

Haikal Blank said...

Keroro! kemonlah! tepat dah tu! hehe....

Apel dan nisyiyanisya (main tibai je), baling hp tu ramai yang buat..lelaki pun buat, so jangan risau...HAHA *kecuali aku. keh3


Amiey Putih! rilek, jgn sentap dahulu mak nak.... yeah, senang kalau mak tu jadi kawan paling rapat kita.
pasal identiti second ko tuh, itu bagus. sebab aku rasa masa itulah kau banyak belajar tentang dunia kan? :)

. said...

sentap -.-

Kucing Serius. said...

Nak diikutkan,kalau diikut sangat emosi,banyak kali rasa nak terjun dari rooftop KB Mall tu.

Tak pun buat gaya baru lah. Rooftop Pavillion.

Setuju lah dengan apa yang kau cakap. Jelas,nyata. LIKE

Haikal Blank said...

Nawal, rileks! jangan sentap2....hilang seri di wajahmu~ HAHA


Kucing! yeah,lu ikut nafsu, lu mati meyh! Hehehe

Aesya Zealous said...

gua rase lu yg emosi bila taip entri ni.kahkahkah

Haikal Blank said...

zealousse, memang aku setiap masa emosi woo..lagi bila ko kata ko cun...HAHAHA

cik azeya said...

aku pon ade niat nak bunuh orang macam kau sebab emosi aku selalu tak stabil. T_T

Haikal Blank said...

HAHAHA jangan bunuh aku weyhh!! aku belum kahwin lagi..amalan pun tak cukup...

err...kena sabar ye..ye...ye....(gaya mamat khadid)