Itulah aku.
Kan?
-----------------------------------------------------
Tiada cerita Hang Tuah atau Pak pandir hari ini. Jauh sekali cerita si Po'ah yang kencing berdiri bak kata sepah. Taksub maharaja lawak betul aku ni. Nak buat macam mana kan, dah itu fenomena sekarang ni haa. Sapa tak tengok boleh dikatakan ketinggalan di office - office seluruh Malaysia.
Abaikan cerita di atas. Lagha tu. HAHA
Manusia. Macam - macam gelagat kita jumpa. Ada yang perangai sopan, baik, tapi penipu. Ada yang muka pecah, parut - parut, tapi beradab sopan. Ada yang miskin berlagak kaya dengan GUCCI PRADA nya. Ada yang kaya berlagak. Ada yang kaya bergaya miskin, cool aje nampak macam sengkek. Aku yakin korang pernah ada pengalaman jumpa dengan orang macam ni. Macam - macam gelagat kan? err...Korang yang mana? HAHA
Aku rasa aku boleh klasifikasikan kepada TIGA jenis perangai yang ada pada manusia ni. Aku hentam kromo je ni. Aku pun berangan - berangan melayang kepala lepas tengok berita, tiba - tiba terfikir nak menulis. Aku tibai jela. Korang jangan nak hentam aku lak pasni. Sial la camtu kan. hahaha.
*******
3 JENIS GELAGAT DAN TELATAH MANUSIA ( Dr. Blank)
1) Pencadang
Golongan ini selalunya datang dengan sesuatu yang baru. Tak kiralah baik ke buruk kan, tapi sentiasa membawa dan mengajak ke arah sesuatu. Golongan ini kuat pengaruhnya kerana atas 3 sebab. PERSONALITI, TUTUR KATA dan KEBIJAKSANAAN. Ketiga - tiga aspek ini amat membantu dalam pengaruh yang mereka ada. Ada salah satu pun gua rasa dah cukup dah.
Golongan ini biasa menjadi 'kepala' dalam sesuatu tak kira besar atau kecik. Dari negara, negeri, daerah, pertubuhan, persatuan, kelab, kelas sains, tadika dan keluarga - keluarga gangster, mereka selalu membantu dalam pengurusan dan pemberian idea untuk menghidupkan sesuatu perkara.
Korang tak faham? Senang macam ni lah, dalam kalangan member - member baik korang yang selalu keluar dan melepak bersama ataupun 'hang out' bersama bak kata gadis - gadis semasa, korang mesti perasan kan, akan ada sorang ni yang selalu jadi kepala tentukan nak lepak mana. Dia akan jadi macam 'tukang fikir' untuk kawan - kawan dia untuk menentukan 'port' mana nak lepak di hari minggu. Tak gitu?
2) Pembangkang
Golongan ini biasanya sering jadi pengikut dan lebih suka jadi orang kedua tertinggi dan tak gemar meneraju. Mereka lebih selesa di belakang tabir memberi arahan dan sentiasa cuba membetulkan segala yang ada di depan mata walaupun tiada point. Kadang - kadang aku sendiri pun tak faham golongan macam ni.
Golongan ni bagus untuk melengkapkan 'Pro dan Kontra' sesuatu perkara. Tanpa mereka, tiada kesempurnaan akan terjadi. Puak ini bagus untuk menyedarkan akan sesuatu walau kadang pahit kita rasa. Kita kena cool la bro kan. Kalau dah memang salah kita, kita terima dan mintak maaf. Kalau teringin nak marah pun, batalkan jela kerana anda akan dimaki semula. Baik senyum je dan ketawa. Buat macam tak ada pape berlaku.
Golongan ini kadang bukan hanya terhad kepada aktiviti membangkang sahaja. Ada antara mereka yang bijak, cuma mereka tidak suka menonjol. Jenis manusia ini hanya suka membetulkan sesuatu dari memikirkan sesuatu. Perasaan malas itu tebal melampau dalam diri mereka. Gelagat mereka cool dan tenang tapi kadang idea mereka lah yang terbaik kerana mereka 'upgrade' idea dari Si Pencadang untuk lebih gempak dan stylo.
Nak kenal orang macam ni? Di dalam kelas semasa sekolah, mereka memang boleh menjawab setiap soalan yang diajukan guru atau lecturer, tapi mereka hanya duduk dan diam sambil senyum. Kadang mereka memberitahu rakan sebelah mereka jawapannya walaupun tahu beliau akan kerugian choki - choki sebagai hadiah kerana menjawab dengan betul
Korang mesti pernah jumpa kan? keh3
3) Pemerhati.
Golongan ini memang paling malas. Mereka memang tidak kisah apa yang berlaku di sekeliling, yang penting, duit kat bank diorang tak luak. Kalau tiba - tiba berkurangan, baru diorang melenting. Tak adalah sampai tak ambil port langsung, cuma mereka lebih gemar mengikut dari meneraju. Mereka suka melihat apa yang akan berlaku selepas ini dan ini.
Ada juga manusia bijak yang tergolong dalam golongan ni. Mereka lebih pentingkan diri mereka dari orang lain. Mereka hanya suka jadi pemerhati. Golongan ini biasanya selamat sejahtera. Tenang je hidup diorang. Tak ada nak fikir sangat masalah dan hal - hal dunia.
Mereka biasanya lebih orang yang suka kedamaian. Seperti kau lihat orang yang memang kaki travelling, panjat gunung or whatever, mereka memang tak pernah ambil port akan pilihanraya. Orang - orang yang berkhidmat sukarela untuk persatuan kebajikan atau pertubuhan haiwan dan persatuan pencinta alam, mereka hanya pentingkan projek kebajikan mereka sahaja. Pergi mampuslah sama apa yang terjadi. Mereka hanya mengikut pergerakan persatuan, dan projek mereka berjaya. Idea tak keluar, bangkang pun tak. Mereka hanya mahu membuat kebajikan. Apa perlu kongkongan untuk secebis kebajikan? tidak!
Nak kenal orang macam ni? orang macam ni agak ramai. Aku pun tak tahu macam mana nak tengok. Pandai - pandai koranglah kan asingkan orang ikut golongan atas tadi dengan yang ni. Lemak r semua nak aku sediakan kan. *ketawa kecil
------------------------------------------------------
Aku menaip entry ini sambil menekan henfon, berSMS katanya melayan dak baru nak masuk U. Cam haram borak ngan dia ni. Ketawa memanjang je aku. HAHA dari entry aku serius, jadi entah apa - apa entah. Habis mood gua. KAH3..
Nak join gua ketawa? Korang baca BLOG dia pun dah cam haram. TRYLA!! kah3.....
* Abehla ko geng. Gua suruh semua dak - dak gua baca. Mati ko kena banned. HAHA
amacam? suka? lu boleh like kalau lu suka. Wa suka lu like.
12 comments:
wowwww
aku skong ke-3 nih...xde salah 1 x lengkap laa dunia...
hahaha apa wooow2!! jentik paru - paru kang. HAHA
HAHA aku rasa kau suka jadi yang ke-3 kan? keh3..simple is easy. apa aku megarut nih. :D
membangkang kerana sygkan negara xsalah... :)
HAHA yang tu gua sokong...kalau tak ada yang bangkang, kita tak tahu mana yang silap kan....tak ada pak mat, memang sengetlah batu bata yang kita simen tuh.
haha . kau ni memang cool lah ! :p
eyh , aku tag kau contest eh
http://theuglyreality-hanisa.blogspot.com/2011/05/i-need-to-blog-myself-contest.html
aku setuju, betul sangat la pembahagian jenis2 manusia yang ko buat..
tapi pembangkang tu, kadang2 kita annoyed jugak bila asyik kene bangkang je, tapi kena la toleret jugak kannn
yg pemerhati tu mcm kura2 la,, taknak kene blame.. janji hidup dia tak terjejas...
hahaha poyola kau hanisa oii!! :D
ok2...gua tgk skang gak...:)
trimas brader zul..semua jenis ni kadang annoyed kalau tak kena pada tempat....
Masing2 dilahirkan di keadaan persekitaran berbeza..jadi, kalau jenis mana pun, janji pandai bawak diri, semuanya ok je...:)
kdang2 aku suke jadi yg ke-2...
*sbb geram yg memimpin tuh nk tunjuk hebat walhal xtaw mende...
hahaha memang ramai suka yang je-2...:D
Post a Comment