Selalu kita dengar tentang perkauman antara kita. Negeri itu inilah, negeri itu inilah. Ada juga yang mengutuk tentang taraf hidup kononnya orang kampung itu macam itulah, orang felda itu begitulah. Penat kita dengar kan? Kita selalu membezakan sesama kita sendiri. Kita beragama Islam, ya sama. Kita melayu, ya tetap sama. Apa yang perlu kau bezakan? Perlukah kita mendetailkan lagi perbezaan sesama kita dengan warna kulit, asal negeri mana, taraf pendidikan, bersekolah di mana dan bermacam - macam lagi benda kecil?
Kita pandang dari aspek seorang hamba. Adakah kita semua sebagai hamba YANG MAHA ESA, perlu mengasingkan diri kita dengan benda - benda ciptaan hamba (manusia) itu sendiri? Apa tak kita ni sama je! Yang membezakan kita hanyalah IMAN dan TAQWA!! Kalau nak detailkan pun, yang membezakan kita ialah ilmu. Bukan tahap pendidikan, tapi sejauh mana ilmu kita dapat dan pelajari itu digunakan untuk mengenal dengan lebih dekat SIAPA PENCIPTA KITA. Untuk lebih bertaqwa kepada ALLAH SWT.
Apa kita sedar semua ini?
Manusia memang suka membezakan sesuatu. Aku hairan, salah siapa? Adakah salah mereka yang mencipta perbezaan seperti yang kita dapat lihat masa mengisi borang seperti tarikh lahir, pengalaman bekerja, umur, negeri kelahiran asal, bandar, poskod dan horoskop! ( err....ada ke horoskop )
salah mereka kah mencipta semua itu?
atau salah kita yang terlalu taksubkan pembezaan yang dicipta mereka itu?
Kita manusia. Kita abstrak dan sukakan sesuatu yang abstrak. Itu seni. Pembezaan itu dilihat mampu memberi warna kepada kita. Kita lebih senang dapat rakan bila kita tahu asal kelahiran mereka. Anda setuju? Kita lebih senang berbual dengan mereka yang satu 'negara' dengan kita. Yang satu 'kepala' dengan kita. Semua setuju. Anda sebenarnya telah mengasingkan diri anda ke ruang yang kecil. Anda silap. Anda telah menyempitkan ruang yang dikurniakan kepada anda di dunia ini untuk mencari rakan.
Pening kepala? Tak faham?
Cuba bayangkan, anda mengetepikan semua pengasingan atau pembezaan atau sempadan dalam minda anda. Tiada lagi negeri, negara, darjat dunia dan tahap umur. Bukankah lebih ramai pilihan untuk anda berkenalan? anda boleh pilih lebih ramai yang baik dan sesuai untuk dijadikan rakan. Anda ada lebih banyak pilihan!!
Ini tidak, yang tua berkawan dengan yang tua. Yang muda memilih yang muda sahaja. Yang tercicir pelajaran dipandang serong. Perokok disisihkan ( ini bukan point aku. HAHA ). Ah, pengasingan ini kita sendiri lakukan!! Kita sudah menyempitkan fikiran kita dan dunia kita. Bukankah rugi namanya. tak gitu kawan - kawan?
Kita pandang pula pada jenis - jenis manusia. Fokuskan kepada golongan yang 'delinquent' ni. Lagi - lagi yang bujet gangster bagai. Yang cakap nak lebat je tuh tunjuk hebat. Persoalannya, mengapa mereka berfikiran sempit, bodoh dan sering cakap besar? Kerana itulah kehidupan mereka! Mereka tidak mengembangkan otak mereka. Pemikiran mereka sekadar takat tu je dari 10 tahun lalu. Ah, sampah. Tolonglah buka minda. Berkawanlah dengan semua. Buka minda, kaji yang mana baik yang mana buruk. Pengalaman adalah sesuatu yang perlu dihadapi bukan dipelajari. Kau selalu membuat andaian itu dan ini. Apa kau tahu sesuatu itu benar atau palsu jika kau tidak lihat, dengar dan merasainya sendiri??
Ah, Kroniknya dunia jika minda masih sempit dalam buaian mimpi kau (promote nama blog)
Buat mereka yang selalu mengherdik atas nama sempadan yang ku sebutkan tadi, harap hentikanlah. Kita semua sama. Yang jahat itu orangnya, bukan negeri, umur atau rakannya.
" hei, budak laki johor memang handsome kan? "
Kalau macam ayat kat atas nih, aku tak kisah korang nak buat sempadan dan mention nama negeri or apa. Sebab ini benda baik, tak kisah ko nak cakap macam mana.
" Budak kluang, Johor memang sangat kacak kan? "
Kalau detail macam ni lagi bagus! Boleh aku sambung puji korang lak. HAHA sekadar gurauan pun tak apa. Tapi cakap banyak - banyak pun tak apa. Bukankah itu satu doa...keh3...AMIIIN...
" budak yang nama HAIKAL semuanya memang baik, kacak, hebat kan .."
Peh, kalau kau nak kata ini diskriminasi ke apa ke, aku memang tak dulik!! kembang kuncup satu badan aku. HAHA kau nak asingkan ke, buat sempadan ke lantak kau lah!! sebab boleh buat orang tersenyum. Tak salah kan? :D
2 comments:
Jom baca kisah tentang lelaki yang miskin menjadi kaya dalam sekelip mata!! :)
www.nganjingorangsambiltrolling.com
anyway,nice post.Keep it up.
kah3...brengsek loo...ah, pegi balik blog ko sana. nak trolling kat sini lak. terajang pakai siku kang baru ko taw. *gaya gedik
hahahaha GILA!
Post a Comment