Segala kenangan
atau gugur
segala cerita
Mungkin bila pembentak bersuara
apabila hilangnya cinta
yang sopan bertukar arah
menjadi siulan perpisahan
kerana apa?
kerana cinta itu palsu hakikatnya
Apa ada lagi erti setia dalam dunia?
apa ada lagi kata pujangga menyelinap hati?
apa ada lagi deru tangis kegembiraan?
atau semuanya tinggal separa
dari sebuah angan - angan
aku bertanya pada dia, dia dan dia
apa benar aku akan menghela angin ini
seiring namanya
atau aku sekadar menanti si pungguk
membawa bulan kepadaku
aku diam, senyum dalam bisu
kerana aku tahu pasti kecewa milikku
cerap akalku dengan kasih
kasih diri bukan darimu
walau aku sekadar hamba
tenanglah aku jika setia
kerana ku tahu DIA Maha Berkuasa
aku tunduk
Selera manusia membataskan fikir
Sketsa dunia menyongsang kebenaran
Erti cinta disalah tafsir
Walau bibir melafazkannya
Apa benar aku setia dengannya?
atau aku bukanlah apa ku sangka
Melankolik diksi ditabur
Puitis baris disusun jari
Hebat dikarang untuk dirinya
Lupakan semua ingat awalnya
Sekali ku kata penuh bermakna
Aku tetap aku
Ingat
Aku tetap aku
Selera manusia membataskan fikir
Sketsa dunia menyongsang kebenaran
Erti cinta disalah tafsir
Walau bibir melafazkannya
Apa benar aku setia dengannya?
atau aku bukanlah apa ku sangka
Melankolik diksi ditabur
Puitis baris disusun jari
Hebat dikarang untuk dirinya
Lupakan semua ingat awalnya
Sekali ku kata penuh bermakna
Aku tetap aku
Ingat
Aku tetap aku
3 comments:
yeah! aku ttp aku :)
ha'a la..kau tetap kau
hahaha ye adwa, kau tetap kau.bukan seorang jejaka. tapi tetap gadis yang kacak. hahaha :D
gurau, jgn marah! :P
Post a Comment