Pages

Friday, March 25, 2011

Tanda Seorang Lelaki Cintakan Seseorang ( gadis )

esok sabtu ya kawan - kawan. hari cuti walaupun microsoft word menjadi teman diri ini. biasalah, student kan. menaip kerja je la seharian. ASSignment yang berlambak memang merumitkan. LUMRAH kan.........

malam ni aku nak bicara tentang.....err.....aku pun tak tahulah. berpusing otak aku mencari sesuatu yang menarik untuk dipersoalkan. aku remaja. apa masalah biasa dihadapi seorang remaja? kita ligatkan kepala sebentar. kita cari mana lubuk persoalan dalam hati seorang remaja. BANYAK!!  pelajaran, cinta, wang dan pelbagai lagi.

tentang lelaki. tentang perempuan. isu hangat yang paling jadi perhatian dalam blog aku. aku tidak tahu kenapa. mungkin ada yang ketawa membaca. mungkin ada yang terbakar. mungkin ada yang mengangguk setuju. aku tidak tahu. macam - macam boleh terjadi. hati dan jiwa orang lain bukan kita mampu tetapkan. tak gitu?

apa tanda seseorang lelaki betul - betul cintakan seseorang perempuan?

macam - macam info dan pandangan tentang perkara ini. dan aku rasa ia tidak tepat. Biasanya dalam facebook ke apa, orang akan cakap tentang tanda seorang lelaki cintakan seorang wanita ialah :
---> lelaki itu akan membuat apa sahaja untuk perempuan itu.
---> lelaki itu akan sentiasa mengatakan cintanya setiap hari
---> lelaki itu akan sentiasa berusaha untuk bersama dan tidak pernah bosan dengan wanita itu
---> lelaki itu akan sentiasa meninggikan kekasihnya, kira macam cerita yang terbaik pasal awek dia depan membe2...
---> dan macam - macam.

banyak korang boleh terangkan kalau korang pernah baca dalam buku ke apa. tapi korang rasa korang nak percaya semua tu? 
aku tak nak cakap benda dan pandangan tu salah. tapi pada aku, tips2 yang kita pernah baca tu semuanya hanya layak wujud dalam drama. ia amat romantis untuk diterjemahkan dalam dunia realiti. dan pada aku, romantis puitis drama itu penuh dengan penipuan dan membosankan. romantik pada aku ialah suatu benda di luar kebiasaan seseorang tu. dan dia mencuba yang terbaik dengan titik peluh dia sendiri. aku dah rasa itu sangat romantik. anda?


  • pada aku, apabila seseorang lelaki sudah bertemu seseorang yang dia amat cintai, senang cakap dia serius target nak buat isteri, perkara pertama dia buat ialah, meminta maaf jika ada kurang dalam diri dia dan dia suruh pasangan dia ubah sikap or apa - apa yang kekasih dia rasa macam salah. dan of course memang dia tak akan mampu ubah semua. tapi dia akan cuba membuat apa dia mampu. kalau dia tak mampu buat sesuatu bagai yang dikehendaki, dia akan gantikan dengan sesuatu kelebihan yang lain. TAK FAHAM? haha rilek....maksud aku, dia akan timbulkan sesuatu kelebihan yang mungkin mampu tutup kekurangan dia,. tak faham lagi?
CUBA pumping seratus kali dan cuba fahami ayat aku sekali lagi. <--- ini gurau. dont try this.

  • perkara kedua yang amat relevan yang akan dilakukan seorang lelaki ialah dia akan sentiasa cuba bahagiakan kau DAN melihat kau bahagia. maksud aku, walaupun dia jauh dari kau wahai gadis. dia akan sentiasa pastikan kau bahagia. dan kau biasanya tidak akan tahu. dia akan rasa bahagia bila dia tahu kau sedang bahagia walau kau bersama orang lain. ah, macam dalam cerita indon atau korea lebih kurang. stalk dari jauh je. tanya khabar dari kengkawan je. hahaha pada aku, cara ni stylo. cukuplah dia rasa puas dapat tengok kau ketawa riang. :D
skill kat atas ni agak tidak relevan. tapi masih wujud dan ramai yang masih macam ni. tapi beberapa tahun, maybe giveup, tapi masih lagi ada orang masih begitu. dah makan 5, 6 tahun dah. tak faham kengkadang aku. abaikan....................


  • perkara ketiga dan yang terakhir dariku malam ni. sebab dah amat panjang. jenuh menangis orang yang nak baca nanti. pada aku, ni paling serius. bila betul dia dah jatuh cintan, dah target nak wat bini, laki tu akan jaga ko sehabis baik yang dia mampu. itu je. tak payah nak terangkan lagi. kau boleh try uji dia dan dia tidak akan pernah ada hati dekat perempuan lain dah. nafsu tutup! tinggal untuk kau je! ( AMARAN : jangan salah faham dengan maksud nafsu di atas ) dia memang akan selalu JUJUR pada kau. dia xpenah nak tipu. kalau dia salah, dia akan bagitahu kau dan dia akan rela terima apa sahaja hukuman dari kau. yang penting dia tahu dia sentiasa sayangkan kau untuk separuh hati dia.

ok, korang rasa tak cukup? sudah - sudahla tu. kang aku speak jawa kang kalau panjang lagi. mampus tak ada orang faham nanti. JOHORIAN boleyla faham kot. kah3

sudahla, jom layan lagu dari zaman sixties!!

I Honestly Love U - Olivia Newton John <-----tekan sini kalau teringin. stylo dan sedap suara dia. serius. lagu buat tidur. kompem lentok. :)



8 comments:

Anonymous said...

adehh tangkap cintan malam neh.Hihi
neway nice entry

Haikal Blank said...

haha jangan ditangkap cintan itu...biarkan ia terbang bebas.....hahaha ok, aku dah mengarut lagi...anyway, thanx gadis!! sebab sudi jenguk baca....:D

SitiHajarFarahin !! said...

kadang2 perasan2 gak yang tips2 cintan cintun kat fb tu selalu copy balik yg penah ade kat majalah or buku mane2.. but this is nice...bercerita berdasarkan pengalaman mungkin? hehehe

Haikal Blank said...

haha memang aku bosan baca yang tu..macam jiwang sangat...semua orang boleh berlakon...haha
pengalaman? err.....aku xcukup kacak untuk bercinta..hahaha tggu dapat kerja best2 t baru boleh pk kot..haha

A. said...

nice entryy! aha. cintan cintun. saya masih kecik lagikk! :) hahaha

Haikal Blank said...

haha xdenya kecik....aku rasa besar dah tu! pasnih dah nak blajar di menara gading! gudluck tu yoou!! :D

Unknown said...

Berdasarkan ciri2 yang kau bagi ,
Mungkin betul dia cintakan aku ..
Hmm ..

syaaaaaa said...

tapi aku masih x pasti lg....