|
gambar hiasan
|
pagi menerpa dengan segala ilmu alam berbunyi setia menjadi halwa si gendang sisi kepala. cicipan burung menghela segala mindaku ke sana entah ku tak pasti di mana. mungkin hanya imajinasi. aku diam segala, kumat kamit hati mengharap timbul sejahtera untuknya. semoga senyuman terpancar deminya. mungkin semalam hari gembira kerana suria bersinar untukmu tanpa diganggu hujan yang macam bagai. mungkin itu hari terbaikmu kerana kau tertawa ikhlas suka rindu segala. tapi itu memori kerana kita hidup pada hari ini, bukan esok atau semalam. kita cipta senyum kita sendiri. kita bangkitkan tawa kita sendiri, kita bahagia hari ini. siapa kata aku buta tentang esok lusa. cuma aku bahagia hari ini bukan untuk apa, cuma jaminan aku senyum pada esok hari. aku fikir untuk depan. aku maju untuk depan. terus menuju ke atas. mungkin angan - angan. tapi angan maju sedia untuk setia. menjadi pembela nasib diri mungkin mereka juga. kalau hati berkata pasti, kaki berdiam mesti digerak. lidah kelu mesti diasah. jari palsu harus dilupa! bukan aku seorang diri. ya, aku bersama kamu semua. membina satu tamadun aman sejahtera. di bawah naungan YANG MAHA ESA. bersatu membela agama kita.
aku mengharap menanti akan ada sinar selepas ini
walau akal menidakkan kuasa dunia
walau hati mengiakannya
kerana dunia ini DIA yang punya
No comments:
Post a Comment